Utusan Online - Sukan |
Dibelasah Perak 0-4, Kelantan turun takhta Posted: Dibelasah Perak 0-4, Kelantan turun takhta
KUALA LUMPUR – Perak membuktikan bisa di gelanggang sendiri apabila membelasah Kelantan 4-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh. Kekalahan tersebut menyebabkan skuad Datuk M. Karathu terpaksa menyerahkan takhta liga kepada Selangor, yang menang 1- 0 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Lebih malang kekalahan tersebut menyebabkan Kelantan tercicir ke tangga keempat di belakang Selangor, Perak dan Terengganu. Pada pertembungan hangat di Ipoh, anak buah Norizan Bakar garang apabila meraih gol pembukaan seawal minit kelima menerusi gerakan solo Mohd. Fazrul Hazli Kadri. Gol awal itu menyemarakkan pasukan tuan rumah sehingga menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-29 menerusi kerja keras Akmal Rizal Ahmad Rakhli, yang melakukan hantaran dari sebelah kiri sebelum disambar Mohd. Shafiq Jamal yang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Perak memadam semangat Kelantan melalui gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh Akmal Rizal pada minit ke-80. Pemain kontroversi, Razali Umar Kandasamy yang masuk selaku pemain gantian, menambahkan derita Red Warriors menerusi jaringan terakhir Perak, dua minit kemudian. Fadzli Saari menjaringkan gol tunggal Selangor pada minit ke-31 bagi membolehkan Red Giant melakar kemenangan tipis ke atas Felda United, 1-0. Di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah, T-Team kalah 0-1 kepada Terengganu menerusi Jaringan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-47. | ||
Posted: Thongchai janji aksi terbaikOleh FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR – Juara dua kali golf Terbuka Malaysia Maybank, Thongchai Jaidee bersedia untuk memperagakan aksi terbaik pada kejohanan edisi 2011 selepas sembuh dari kecederaan belakang Februari lalu. Menurut juara 2004 dan 2005 itu, dia sudah melakukan persediaan terbaik selepas berehat selama enam minggu ketika mengalami kecederaan belakang di Avantha Masters, India. "Saya banyak menumpukan perhatian kepada cara pukulan dan berlatih sebanyak mana yang boleh," katanya dalam sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Jelasnya, dia berada di hospital selama sembilan hari berikutan kecederaan belakang di India dan tidak bermain golf selama sebulan. "Selepas kembali sembuh saya banyak berlatih termasuk pergi ke gimnasium, saya perlu memberi tumpuan kepada bahagian belakang saya. "Sekarang ia sudah 80 peratus sembuh dan tidak lama lagi ia akan kembali normal, saya juga gembira kerana dapat beraksi semula di Malaysia," katanya. Thongchai berkata, dia menyifatkan Malaysia adalah negara keduanya dan semua menyambut kedatangannya dengan amat mesra sekali. "Kedatangan pemain terbaik dunia seperti Rory Mcllroy dan Charl Schwartzel sangat bagus buat sukan golf di Malaysia, banyak kejohanan yang dianjurkan di sini saya mahu melihat ramai pemain muda dari Malaysia," katanya. Sementara itu, Matteo Manassero yang kali pertama beraksi di Malaysia, mengakui lapangan di KLGCC sangat baik dan dia amat menyukainya. "Apa yang ingin saya katakan saya seronok datang dan beraksi pada kejohanan ini yang sudah memasuki edisi ke-50, tidak kisah siapa yang akan menang tetapi ia amat baik sekali melihat pemain muda beraksi dengan baik. "Tidak silap saya, ramai pemain muda beraksi dengan baik pada kejohanan Masters dan ia membuatkan saya bangga mengenai apa yang kami lakukan, termasuk melihat Noh Seung-yul juara di sini tahun lepas," katanya. Tambahnya, dia tidak mencatat pukulan yang baik tahun ini tetapi merasakan dirinya sudah bermain dengan cemerlang, sebelum bersedia untuk memulakan aksi esok. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan