Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei gah

Posted: 01 May 2011 03:46 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Menang gelaran tiga hari selepas Misbun tolak tawaran

PADA saat ini, jauh di sudut hati Datuk Misbun Sidek harus gembira di atas satu lagi kejayaan bekas anak didiknya, Lee Chong Wei yang menyambung rentetan sang juara mengungguli Siri Super Terbuka India di New Delhi, semalam.

Pemain badminton nombor satu dunia itu menjulang satu lagi trofi tambahan - tiga hari selepas mentornya menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia - buat mengukuhkan lagi reputasi besarnya dengan mengatasi Peter Gade Christensen 21-12, 12-21, 21-15 dalam final perseorangan lelaki di Kompleks Sukan Siri Fort - gelanggang sama yang membantunya memenangi dua pingat emas Sukan Komanwel 2010.

"Stadium ini membawa tuah. Harap saya akan datang lagi ke sini untuk Siri Super berikut," kata Chong Wei selepas memenangi pertarungan lebih sejam itu. Apapun, kejayaan kali ini tidak menyusul mudah apabila dipaksa memerah keringat oleh lawan veteran dari Denmark itu yang memenangi set kedua dan satu ketika tampak mampu membuat kejutan di set penentuan.

"Ia satu halangan sukar. Saya hilang fokus dalam set kedua. Pada usia 34 tahun. Pete Gade masih seorang pemain yang bagus dan dia tidak mudah menyerah kalah," kata Chong Wei.

Dalam perlawanan, semalam yang menarik untuk tontonan, jaguh negara dari Bukit Mertajam itu menggabungkan pukulan cantik, smash tajam serta kekuatan mental untuk mengawal rentak pergerakan Gade - pemain yang kalah 10 kali daripada 11 pertemuan dengan Chong Wei sehingga kini.

Pemain Denmark itu bangkit menguasai set kedua apabila Chong Wei hilang tumpuan tetapi jaguh negara berjaya bangkit memenangi set ketiga 21-15 buat merakamkan gelaran juara Siri Super buat kali ketiga. Peter Gade akur Chong Wei bermain dengan cukup baik, penuh tumpuan, dan keyakinan. "Saya bermain dengan pemain terbaik dunia.
Semuanya berkenaan keyakinan dan apabila Chong Wei muncul dengan penuh yakin, dia pasti tidak dapat ditewaskan.

Saya berpeluang untuk menang selepas menguasai set kedua, saya berikan segalanya, tapi dia tidak dapat ditewaskan hari ini," katanya pemain nombor enam dunia itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

SURIMA AHMAD ZAIDI

datuk L.C.w adalah the best..semoga pada masa akan dtng kita akm mempunyai penganti seperti beliau....dan seorng jurulatih yang hebat sperti datuk misbun sidek...amin.....

aluister

Syabas! Tahniah! Kau boleh bah Datuk.

joe.f.dainel

tahniah datuk lee chong wei.

Shafrien Effendy

Tahniah....
semangat juang mcm ni la yg perlu di tiru setiap jaguh2 bdmntn yg lain....

noor hadi

tahniah,datuk wira negara, maruah badminton malaysia,pasti datuk misbun paling bangga

matias balang

Teruskan rentak kemenangan!

abd rahman abd kadir

lee chong wei,teruskan perjuangan anda u are d best world..

ct

tahniah Datok L.C.Wei...

hamidon

syabas dan tahniah diatas kejayaan datuk buat kali yang ke-4 pada tahun ini.

isdar

tahniah lee chong wee, harap dapat bawa balik pingat emas untuk negara..

mystery@

congratulation Datuk Lee Chong Wei..moga trus sukses..!

abdul syukor abdullah

taniah Chong Wei muncul dengan penuh yakin, dia pasti tidak dapat ditewaskan.tapi jangan lupa pada datok misbun ya kerana dia guru anda

juki john

Tahniah DLCW.Apa yang DMS buat untuk mu berhasil menunjukkan perubahan sikap mu DLCW.BERTERIMA KASIH KEPADA DMS,DLCW.Kami bangga di atas kejayaan and DLCM.

DURIAN TUNJUNG

tahniah atas kejayaan anda Datuk

syed mirzan

tahniah Datok Lee Chong Wei..

WWE

TIDAK HANYA LEE CHONG WEE YG DIPERTAJAMKAN BAKAT OLEH MISBUN, TAPI TAE S.BOT JUGA DAPAT PENGAJARAN BAGAIMANA NAK COACH PEMAIN DARI DATUK MISBUN. NAK JADI JURULATIH YG HEBAT SEBAIKNYA DARI PEMAIN YG HEBAT.

arif

Tahniah Datuk,teruskan rentak kemenangan...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Arsenal 'tangguh hajat' United

Posted: 01 May 2011 03:43 PM PDT

Sukan

LONDON: Jaringan babak kedua pemain Arsenal, Aaron Ramsey kini membuka luas perlumbaan ke arah mengejar mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas The Gunners menang 1-0 ke atas pendahulu, Manchester United di Stadium Emirates, malam tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja menceriakan Arsene Wenger dan pasukan malah penyokong Chelsea juga harus berpesta dengan keputusan penting ini bagi menyalakan harapan mereka.

Apapun, United kekal di tangga teratas berbekal 73 mata daripada 35 perlawanan tapi kini hanya dipisahkan tiga mata daripada pasukan kedua, Chelsea yang bakal menentang anak didik Alex Ferguson di Old Trafford, minggu depan. Gol tunggal The Gunners menyusul selepas Robin van Persie mengumpan baik kepada Ramsey yang berjaya menemui sasaran menewaskan Edwin van der Sar pada minit ke-56.

Dalam perlawanan awal, Liverpool menewaskan Newcastle United 3-0 untuk melonjak ke tangga kelima - mengekalkan usaha mendaki carta liga sejak Kenny Dalglish mengambil alih tugasan pada Januari.

Jaingan daripada Maxi Rodriguez pada minit ke-10, sepakan penalti, Dirk Kuyt (minit ke-59) dan ledakan ketiga Luis Suarez (m-65) mengangkat Liverpool kembali dalam saingan layak ke Liga Europa. Keputusan ini menolak Tottenham Hotspur satu anak tangga ke bawah selepas mereka tewas kepada Chelsea 2-1, Sabtu lalu. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan