Harian Metro: Arena |
Posted: 01 May 2011 12:37 PM PDT PEMAIN badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi mantap untuk menumpaskan pemain veteran dari Denmark, Peter Gade Christensen dalam perlawanan akhir badminton Super Series Terbuka India di Siri Fort Sports Complex hari ini. Walaupun menang set pertama 21-12, Chong Wei menghadapi tentangan hebat di set kedua, yang menyaksikan Gade mudah menguasai permainan untuk menang 21-12 tapi di set ketiga Chong Wei kembali garang untuk memenanginya, 21-15.
"Pada usia 34 tahun, Peter masih mantap, dia tidak mengalah hingga ke akhir. Stadium ini pula amat bertuah dan saya harap dapat kembali ke India untuk bermain dalam super series berikutnya," katanya.
Chong Wei bagaimanapun kembali di set ketiga untuk bergelar juara super series buat kali ketiga.
"Saya menentang pemain terbaik dunia. Semuanya berkaitan keyakinan dan apabila Chong Wei muncul dengan penuh yakin, dia pasti tidak dapat ditewaskan.
|
Azlan Shah pelumba terbaik negara Posted: 01 May 2011 12:34 PM PDT AZLAN Shah Kamaruzaman muncul pelumba terbaik kategori SuperSports 600cc pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) apabila menduduki tempat ketiga pada Perlumbaan 1 dan 2 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Begitupun di sebalik kejayaan membanggakan itu yang menyaksikan dia menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 32 mata, pelumba berusia 27 tahun itu sedikit kecewa selepas terlepas peluang menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Perlumbaan 2.
Sementara itu, Perlumbaan 1 dan 2 diungguli Katsuaki Fujiwara. Pada Perlumbaan 1 yang sepatutnya berlangsung 25 pusingan, Fujiwara diumum pemenang dengan catatan masa keseluruhan 22 minit 28.203 saat selepas perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan ke-22 kerana terdapat tumpahan minyak di atas litar.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan