Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Arsenal positif

Posted: 19 Aug 2011 08:43 AM PDT

LONDON: Arsenal tidak pernah tumpas kepada Liverpool di gelanggang sendiri sejak memasuki era milenium namun situasi itu mungkin berubah apabila prestasi Gunners tampak goyah dalam dua perlawanan awal musim ini.

Perpindahan Cesc Fabregas dan kedudukan Samir Nasri masih belum menentu menyebabkan pengurus, Arsene Wenger kini kehilangan dua tonggak utama menjelang pertembungan getir di Stadium Emirates, hari ini.


Tambah memeritkan apabila masalah kecederaan dan penggantungan pemain melanda skuadnya yang menyaksikan pemain tengah, Alex Song dan pemain baru, Gervinho digantung perlawanan selepas bergaduh dengan Joey Barton ketika seri 0-0 di Newcastle minggu lalu.

Dengan Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Johan Djourou, Tomas Rosicky, Armand Traore dan Abou Diaby yang belum pasti dapat beraksi akibat kecederaan ramai pemerhati percaya Wenger bakal berdepan ujian terbesar sejak beliau memimpin kelab itu pada 1996.


Satu-satunya aspek positif adalah Arsenal masih belum tumpas musim ini dan terbaru mereka mencatat kemenangan ke atas kelab Serie A, Udinese 1-0 di arena sendiri pada perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.


Pemain sayap England, Theo Walcott yang menjaringkan gol tunggal perlawanan menegaskan, walaupun ada segelintir penyokong Arsenal mula bimbang dengan masa depan kelab itu, semua pemain masih optimis untuk meraih kejayaan.

"Suasana dalam pasukan ini sangat baik," katanya. "Kami meraih keputusan baik di Newcastle memandangkan kami bermain 10 pemain. "Kami tidak dibolosi pasukan lawan dalam perlawanan itu dan kami mempunyai pemain muda yang terus menimba pengalaman dalam Liga Juara-Juara." Walcott mengaku Wenger akan membelanjakan wang hasil penjualan Fabregas ke Barcelona dan Nasri yang dijangka akan berpindah ke Manchester City untuk membeli pemain baru.


"Saya yakin pengurus akan mendapatkan pemain baru, saya tidak tahu, namun jika anda menjual salah seorang pemain terbaik anda, saya pasti beliau mempunyai pengganti," kata Walcott.

Arsenal boleh menarik nafas lega kerana kapten baru, Robin van Persie yang tidak dapat diturunkan menentang Udinese akan kembali beraksi namun Wenger tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan penampilan pertama Liga Perdana kepada pemain pertahanan Carl Jenkinson yang dibawa masuk dari Charlton dan pemain tengah, Emmanuel Frimpong, dari pasukan remaja kelab itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jeritan gangsa

Posted: 19 Aug 2011 08:37 AM PDT

ANGKARA jeritan 'Malaysia' sejurus sebelum melakukan terjunan menyebabkan tumpuan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee terjejas sehingga memberikan mereka sekadar pingat gangsa dalam acara 10 meter platform terjun seirama di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen petang semalam.

Kedua-dua penerjun negara itu mengumpul catatan 316.98 mata untuk menduduki tempat ketiga di belakang gandingan penerjun China, Wang Xin-Chen Ruolin yang meraih emas selepas mengumpul 349.98 mata manakala pasangan Mexico, Paola Espinosa-Tatiana Ortiz, perak yang dibezakan dengan 19.50 mata.


Pandelela-Mun Yee, pasangan ketiga melakukan terjunan selepas penerjun Russia dan China berada di kedudukan keempat selepas semua penerjun melakukan terjunan pertama.

Mereka melonjak ke tempat kedua selepas dua terjunan, mengatasi pasangan Mexico tetapi tergelincir ke tangga keempat selepas terjunan ketiga yang mana ketika itulah terdengar jeritan seorang penyokong menjerit 'Malaysia' sejurus sebelum Pandelela-Mun Yee melakukan terjunan.


"Sebenarnya penganjur meminta orang ramai supaya tidak menjerit tapi mungkin ada yang tak faham," kata Mun Yee yang kali pertama memungut pingat di Sukan Universiti Dunia (Universiade) menerusi penampilan ketiganya selepas 2003 dan 2005.


Situasi itu mendorong Pandelela meminta penonton tidak menjerit kerana boleh mengganggu pendengaran atlet yang mahu melakukan terjunan.

"Lain kali janganlah jerit selepas pengadil meniupkan wisel, boleh ganggu tumpuan kami ketika hendak membuat terjunan," katanya.


Dia juga memberitahu tidak tahu apa yang berlaku, sama ada mendahului atau ketinggalan kerana tiada seorangpun penerjun melihat skrin besar selepas melakukan terjunan ketiga.

Pandelela bagaimanapun pantas mengakui melakukan terjunan kurang kemas pada terjunan ketiga dan keempat yang mungkin meragut peluang mereka meraih perak.


"Tapi, saya puas hati kerana melakukan terjunan lebih baik berbanding di Kejohanan Dunia (Shanghai)," kata Pandelela yang menyumbangkan perak dalam acara 10 meter platform kelmarin.


Gangsa yang diraih menerusi acara terjun semalam adalah pingat kedua kontinjen negara yang kini memburu emas untuk melengkapkan sasaran di Shenzhen ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen