Kosmo Online - Sukan |
Laluan mudah buat juara bertahan Posted: Laluan mudah buat juara bertahanOleh WAN FAKHRUL BAKAR JAHMAD SHABERY (tengah) melakukan undian sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kanan) dan Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud pada majlis undian Piala Malaysia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. JUARA bertahan, Kelantan dilihat mendapat laluan mudah pada saingan Piala Malaysia 2011. Gergasi Pantai Timur itu diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sara- wak pada majlis undian Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Begitupun, halangan sukar bakal menanti mereka pada peringkat suku apabila mereka berkemungkinan bertemu naib juara musim lalu, Negeri Sembilan atau juara Piala FA musim ini, Terengganu. Terengganu, Negeri Sembilan, PK- NS dan Sime Darby diundi dalam Kumpulan B yang merupakan satu-satu kumpulan yang menampilkan dua pasukan dari Liga Premier. "Memang kemungkinan aksi suku akhir yang bakal kami hadapi nanti agak sukar. Ia umpama misi hidup atau mati jika berdepan Terengganu mahupun Negeri Sembilan. "Apa pun, semua pasukan mahu muncul juara tetapi kita juga akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu dan meneruskan momentum menjuarai Liga Super musim ini," kata jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu ketika selepas majlis undian itu semalam. Pada edisi tahun lalu, Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1. Ditanya tentang saingan dalam Kumpulan C, Karathu tidak menganggap Kelantan memiliki jalan mudah untuk bergelar juara kumpulan kerana pasukan-pasukan lain juga dilihat mempunyai kekua- tan terendiri, terutamanya Johor FC yang beliau anggap sebagai penghalang utama. "Johor FC tetap pasukan yang kuat berdasarkan pengalaman ketika Kelantan bertemu mereka pada saingan Liga Super dan Piala FA musim ini. "Jadi, saya menjangkakan saingan yang agak sengit juga pada aksi Kumpulan C ini dengan dua lagi pasukan iaitu Felda United dan Sarawak tidak boleh dipandang rendah," jelas Karathu. Sementara itu, juara 32 kali, Selangor turut diundi dalam kumpulan yang agak mudah iaitu bersama-sama T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM. Bagi jurulatih Selangor, K. Devan, ia merupakan satu peluang terbaik buat pasukannya menebus kekalahan kepada T-Team pada saingan Liga Super musim ini. "Setelah tewas dua kali kepada T-Team dalam aksi liga tempoh hari, saya harap kami tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada aksi Piala Malaysia ini. "Kami akan buktikan Selangor masih sebuah pasukan yang unggul dan kuat. Para pemain pun begitu bersemangat untuk menghadapi Piala Malaysia selepas kecewa pada Liga Super," kata Devan pada majlis tersebut. Devan turut berharap badi tewas di suku akhir pada dua edisi berturut-turut sebelum ini berakhir apabila mereka tidak diundi pada suku akhir maut pada saingan kali ini. "Memang laluan untuk layak ke suku akhir tidak begitu sukar tetapi kita biasanya kandas di suku akhir. Diharapkan kali ini kami lebih bernasib baik, melepasi suku akhir dan seterusnya berusaha mara ke final," jelas Devan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: LTdL 2012 lebih mencabarOleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH KEJOHANAN lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 bakal menyajikan satu pertarungan epik yang lebih menarik dan sengit. Demikian kesimpulan yang dapat dibuat selepas menyaksikan penyertaan 13 pasukan yang akan bertanding pada kejohanan edisi ke-17 itu pada 24 Februari hingga 4 Mac tahun depan. Selain kemunculan semula dua pasukan bertaraf pro jelajah – Garmin-Cervelo dan Astana – kehadi- ran pelumba-pelumba handalan lain dari 11 pasukan bertaraf benua dalam kejohanan ini, sudah pasti menjanjikan satu persaingan yang sengit dan memberi keterujaan kepada peminat sukan basikal dunia. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed yakin penampilan pelumba-pelumba bertaraf dunia pada kejohanan berstatus 2.0 Hors ini ba- kal menjadi mekanisme terbaik dalam mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia menerusi platform industri sukan dan pelancongan. "Kehadiran dua pasukan bertaraf pro iaitu Garmin-Cervelo dan Astana sudah pasti menarik perhatian peminat basikal dunia, malah penyertaan pelumba-pelumba pasukan lain juga akan menghangatkan lagi persaingan LTdL 2012 ini," kata Mohid pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Perlumbaan (MCC) di Menara KBS, Putrajaya semalam. "Malah satu daripada 10 peringkat iaitu ujian masa individu juga akan disiarkan secara langsung selama dua jam tanpa henti. "Jadi, inilah masa yang terbaik untuk mempromosikan industri sukan dan pelancongan di Malaysia kerana seluruh dunia akan dapat menyaksikan LTdL 2012 ini pada masa itu," tambah beliau lagi. Buat masa ini, kata Mohid, 13 dari 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka, manakala baki sembilan lagi pasukan akan diketa- hui tidak lama lagi. "Malaysia sendiri akan mempunyai tiga pasukan iaitu pasukan Terengganu Pro Asia Cycling (TSG), skuad kebangsaan dan juga LeTua. "Jadi, saya yakin pelumba kita juga mampu memberi aksi terbaik dan bekerjasama demi mencapai kejayaan seperti yang dicatat Anuar Manan dahulu," ujar Mohid lagi. Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab menjelaskan, pemilihan pelumba skuad negara akan dibuat berdasar- kan prestasi dan pencapaian pada temasya Sukan SEA 2011 di Indone- sia, November depan. "Kita akan pilih pelumba selepas melihat prestasi mereka pada Sukan SEA 2011 nanti. "Tetapi laluan dalam acara lebuh raya di Bandung nanti, kebanyakan- nya berbukit, jadi tidak sesuai bagi pelumba pecut seperti Anuar (Manan) dan Hariff Salleh. "Mungkin kita akan menghantar pakar pendakian seperti Adiq (Hussainie), Amir (Mustafa Rusli), Shahrul (Mat Amin) dan Saufi (Mat Se- nan)," jelas Abu Samah. LTdL 2012 melibatkan 10 peringkat perlumbaan bermula dengan ujian masa individu (ITT) di Putrajaya (20.3km), Putrajaya-Melaka (151km), Melaka-Parit Sulong (187.6km), Batu Pahat-Muar (169.4km) dan Ayer Keroh-Pandan Indah (187.2km). Proton Shah Alam-Genting Highlands (108km), Bentong- Kuantan (215.8km), Pekan-Chukai (100.8km), Kemasik-Kuala Terengganu (169.4km) dan Kuala Terengganu-Kuala Terengganu Loop (110.7km). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Peluang Steel, Shaaban terbuka Posted: Peluang Steel, Shaaban terbukaSHAABAN (kiri) dan Steel tampil dengan aksi cemerlang pada saingan hari ketiga semalam, sekali gus membuka semula peluang mereka memburu tempat ke Piala Dunia. PELUANG pemain negara, Iain Steel dan Shaaban Hussin untuk memburu tempat ke Kejohanan Golf Piala Dunia Omega Missin Hills kembali terbuka. Semalam, gandingan negara itu tampil dan persembahan terbaik pada pusingan ketiga zon kelayakan Asia yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor. Selepas ketinggalan lapan pukulan kelmarin, Steel dan Shaaban bangkit semula untuk melakukan catatan terendah, lapan bawah par 63 semalam untuk mengumpul jumlah keseluruhan sembilan bawah par 204. Pencapaian itu melonjakkan kedudukan Steel dan Shaaban ke tempat ketiga bersama gandingan New Zealand, Michael Hendry dan Gareth Paddison. "Kami mampu kembali semula dalam saingan dan bangga dengan usaha ini," kata Steel yang bersama Shaaban melakarkan catatan 64 dalam pusingan pertama dan 77 pada pusingan kedua kelmarin. Kali terakhir pemain Malaysia beraksi dalam Piala Dunia adalah pada tahun 2001. Gandingan dari Singapura, Lam Chih Bing dan Mardan Mamat masih mengekalkan kedudukan pendahulu dengan 14 bawah par 199 dan mereka dilihat berpeluang cerah untuk beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia buat kali kelima. Gandingan Singapura itu mencipta lima bawah par 66 semalam. Ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu adalah pasangan India, Gaganjeet Bhullar dan Anir- ban Lahiri yang berjaya melakukan dua pukulan eagle pada pusingan ketiga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan