Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Laluan mudah pasukan pilihan

Posted:

Laluan mudah pasukan pilihan

Laluan mudah pasukan pilihan

Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menunjukkan isyarat bagus selepas majlis undian Piala Malaysia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kelantan mendapat laluan mudah untuk sekurang-kurangnya ke separuh akhir apabila diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C Piala Malaysia.

Malahan, jika keempat-empat pasukan pilihan iaitu Terengganu, Selangor dan Kedah muncul juara kumpulan masing-masing, Red Warriors dapat mengelak pertemuan dengan Terengganu dan Selangor pada separuh akhir, sebaliknya akan berdepan Kedah.

Namun jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu tidak mahu terlalu yakin kerana pada saingan peringkat kalah mati, apa sahaja boleh berlaku.

Baik Johor FC, Felda United atau Sarawak, jurulatih Kelantan itu dia tidak menganggap pasukannya akan mendapat laluan mudah bagi mencari tiket ke suku akhir.

Karathu berkata, cabaran kuat mungkin dari Johor FC, yang disifatkannya sebuah pasukan yang liat untuk ditumbangkan.

"Johor FC pasukan kuat di tempat sendiri dan kami hanya boleh menang 1-0. Saya jangka kami akan mendapat tentangan yang kuat.

"Sarawak pula kami tidak pernah berdepan mereka musim ini kerana mereka dari Liga Perdana, jadi saya tidak begitu mengetahui kekuatan Sarawak," katanya selepas Majlis Pengundian Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, di sebalik reputasi gah menjulang Piala Malaysia 32 kali, Selangor lebih gemar untuk memperbaiki pencapaian musim lalu dengan melepasi suku akhir terlebih dulu selepas diundi agak selesa dalam Kumpulan D.

Jurulatihnya, K. Devan menganggap peluang Merah Kuning untuk mengulangi kejayaan terakhir yang dijulang pada 2005 hanya akan lebih jelas sekiranya mampu melepasi tentangan musuh sekumpulan, T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sukar mencongak peluang sekarang apatah lagi saya hanya baru dapat memiliki ramai tonggak yang baru pulih daripada kecederaan seperti Fadzli Saari, Hardi Jaafar dan Razman Roslan.

"Tahun ini saya fikir persediaan menurut apa yang dirancangkan dan pasukan teruja untuk merampas Piala Malaysia kerana ini sahajalah kejuaraan yang tinggal," katanya.

Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail meletakkan jiran mereka, Gergasi Merah sebagai pasukan pilihan Kumpulan D manakala T-Team sebagai lawan Liga Super yang sudah difahaminya tetapi kurang mengetahui kemampuan Polis.

"Kuala Lumpur dalam keadaan yang agak sukar . Selangor tetap pasukan pilihan, tetapi T-Team biasa kami tentang dan bagi PDRM, saya kurang pasti dengan kemampuan terbarunya (pasukan Liga Perdana)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Saingan beregu negara tetap getir

Posted:

Saingan beregu negara tetap getir

Saingan beregu negara tetap getir

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Beregu Indonesia, Hendra Setiawan (depan) dan Markis Kido menarik diri daripada Kejohanan Dunia di London, kerana Markis mengidap demam kepialu. - AFP


KUALA LUMPUR - Juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan tidak akan menjadi penghalang beregu negara, Zakry Latif-Hoon Thien How pada Kejohanan Dunia minggu depan selepas pasangan utama Indonesia itu menarik diri, namun ia tetap tidak menjamin laluan mudah.

Berdasarkan undian, Zakry-Thien How sepatutnya menentang juara dunia 2007 itu di pusingan ketiga, andai melepasi dua ujian awal, berdepan juara dunia 2005, Howard Bach-Tony Gunawan di pusingan pembukaan dan pilihan ke-10, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu dari Taiwan di pusingan kedua.

Begitupun Markis-Hendra, juara Sukan Asia 2010 kelmarin mengumumkan penarikan diri daripada kejohanan 8-14 Ogos ini selepas Markis disahkan mengidap demam kepialu. Seandainya berjaya melepasi dua halangan awal, bermakna peluang Zakry-Thien How untuk melangkah ke suku akhir lebih cerah.

Jurulatih kebangsaan, Rosman Razak bagaimanapun mengingatkan pasangan itu supaya tidak memikir terlalu jauh ke depan, sebaliknya mengambil cabaran satu demi satu, dengan meletakkan Bach-Tony sebagai keutamaan.

"Kalau bercakap tentang kelebihan, memanglah tanpa kehadiran Markis dan Hendra mereka mempunyai kelebihan untuk melangkah ke suku akhir tetapi itu pun hanya kalau mereka berjaya melepasi pusingan pertama yang tidak kurang getir, Howard Bach-Tony Gunawan.

"Sebab itu, mereka kena ambil perlawanan satu demi satu dan tidak terlalu berfikir jauh. Saya percaya, halangan terbesar sekarang adalah pusingan pertama, kalau mereka dapat lepas ujian pertama ini, maka peluang untuk menang di pusingan kedua lebih cerah.

"Bagi pemain, pusingan pertama sentiasa menjadi halangan terbesar, kerana mereka masih dalam mood untuk menyesuaikan diri dengan keadaan angin dan gelanggang, jadi kebanyakannya tidak dapat memberikan seratus peratus pada peringkat ini, sebab itu saya kata penting untuk mereka lepas dulu ujian pertama, sebelum fikir yang seterusnya,'' kata Rosman.

Zakry-Thien How tidak pernah berdepan Howard-Bach, pasangan yang melakar kejutan besar dengan muncul juara dunia 2005 di Anaheim, Amerika Syarikat, manakala Chieh Min-Sheng Mu pula berjaya dikalahkan dalam pertemuan terakhir mereka di All England, Mac lalu.

Menurut Rosman, berbanding Chieh Min-Sheng Mu, Howard-Bach lebih stabil permainannya dan wajar diberi perhatian serius. "Pasangan Taiwan ini menunjukkan permainan yo-yo, terutama dalam kejohanan Siri Super, tetapi saya percaya apabila tiba Kejohanan Dunia semua pemain melakukan persiapan terbaik, maka mereka juga harus dilihat sebagai ancaman,'' katanya lagi.

Markis masih mendapatkan rawatan doktor sehingga Khamis lalu dengan harapan berpeluang beraksi di London, namun selepas menjalani rawatan di hospital dia disahkan mengidap demam kepialu dan harus ditahan di Rumah Sakit Global Bekasi.

Pada Kejohanan Dunia, pasangan itu diletak sebagai pilihan keenam. Tanpa mereka, cabaran beregu lelaki Indonesia digalas oleh Bona Septano-Muhammad Ahsan dan Hendra Aprida Gunawan-Alvent Yulianto.

Sementara itu, semua pemain negara menguji gelanggang pertandingan di Arena Wembley buat kali pertama hari ini selepas hanya dibenar menggunakan dewan latihan pada hari pertama berlatih di London semalam.

Selepas lapan hari menjalani latihan terpencil di Universiti Bath, semangat pemain jelas berada di tahap tertinggi, malah jauh daripada tertekan mereka amat fokus sebaik menjejakkan kaki ke gelanggang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan