Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safee ke Cardiff

Posted:

Safee ke Cardiff

Safee ke Cardiff

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Mohd. Safee Mohd. Sali


KUALA LUMPUR - 'Harimau Berantai Malaya', Mohd. Safee Mohd. Sali sah akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Di bawah tawaran sekali seumur hidup itu, segala perbelanjaan penginapan, makan minum dan tiket penerbangan pergi balik buat penyerang sensasi negara itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab yang diuruskan Malky Mackay dan ditubuhkan pada 1899 itu.

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, tawaran itu dimaklumkan sendiri Tien Ghee dalam pertemuan di sini, kelmarin.

"Datuk Chan memaklumkan saya mengenai tawaran tersebut dalam pertemuan kami di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin). Beliau mengesahkan Safee akan berlatih dengan pasukan utama kelab itu.

"Saya menganggapnya satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan, kerana biasanya ramai yang memohon menjalani sesi itu dan sudah mencecah 1,000 orang sedangkan Safee diundang ke sana. Itu sudah cukup besar bagi saya.

"Buat masa ini kami tidak mahu menuntut sebarang bayaran sama ada dari segi elaun dan sebagainya sepanjang Safee di sana dan kami serahkan sepenuhnya kepada Cardiff City," kata Zakaria, bekas pengurus pasukan Selangor pada 2008 hingga 2009.

Mengenai sama ada kelab Safee sekarang, Pelita Jaya Indonesia sedia melepaskan Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu, katanya: "Saya lihat mereka memberi petanda positif kerana ia juga sebagai sebahagian persediaan tepat menghadapi Liga Super Indonesia, Oktober ini."

Zakaria bagaimanapun menegaskan, hanya Safee yang ditawarkan ke Cardiff City dan mengesahkan bahawa Tien Ghee tidak menyebut sama ada ketua pasukan negara, Safiq Rahim yang turut dikaitkan seperti yang dilaporkan beberapa media Malaysia, akhir bulan lalu.

Sebelum ini, pemain pertahanan Melaka dan Selangor serta kebangsaan pada era 80an hingga 90an, Lim Teong Kim pernah bermain dengan kelab Jerman, Hertha BSC Berlin pada 1987 dan kini menjadi penolong jurulatih pasukan remaja bawah 19 tahun Bayern Munich.

Safee, bekas pemain United pilihan Selangor

Posted:

Safee, bekas pemain United pilihan Selangor

Safee, bekas pemain United pilihan Selangor


Sultan Sharafuddin Idris Shah menunjukkan jersi pasukan Selangor pada majlis penyerahan cek tajaan Piala Sultan Selangor Edisi Ke-10 di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Pilihan Selangor bakal diperkuatkan dengan bekas pemain Manchester United menjelang Edisi ke-10 Piala Sultan Selangor menentang Pilihan Singapura pada 1 Oktober ini.

Menurut pengerusi penganjur, Datuk Abdul Karim Munisar, pemain tersebut baru sahaja menamatkan khidmatnya dengan kelab juara EPL musim 2010/11 itu.

"Bagi saingan kali ini Pilihan Selangor akan menggunakan khidmat dua pemain import, salah seorang daripadanya adalah bekas pemain United tetapi saya masih belum boleh mengumumkan lagi nama pemain itu," katanya ketika ditemui media selepas penyerahan cek penajaan, semalam.

Jelasnya, selain menggunakan dua pemain import mereka juga akan mendapatkan kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura untuk menggunakan khidmat pemain Pelita Jaya, Safee Sali yang juga bekas pemain Selangor.

"Kehadiran pemain import tersebut bersama Safee akan memeriahkan lagi saingan berprestij ini antara dua pasukan yang menjadi seteru dalam saingan Liga Malaysia pada era 80an dan 90an.

"Kita juga amat berbesar hati selepas menerima tajaan lebih daripada RM1 juta daripada beberapa syarikat besar antaranya Benalec Sdn. Bhd. (RM300,000), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (RM200,000), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (RM200,000) dan Inai Kiara Sdn. Bhd. (RM150,000)," katanya.

"Seperti biasa saingan kali ini akan dimulakan dengan aksi pemain veteran Selangor menentang veteran Singapura pada pukul 8 malam manakala pertembungan antara Pilihan Selangor dan Singapura berlangsung pada 9.30 malam

"Edisi kali ini bakal menyaksikan Selangor menjadi tuan rumah dan perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam dengan tiket berharga RM10 dijual bermula Isnin depan di Hotel Quality Shah Alam, Hotel Quality Kuala Lumpur, Hotel Concorde Shah Alam, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur," katanya.

Orang ramai juga boleh membeli tiket promosi 'beli satu percuma satu' di Hotel Quality Shah Alam pada hari yang sama bermula 10 pagi hingga 3 petang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan