Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Skuad Piala Uber kecewa

Posted: 19 Feb 2012 08:41 AM PST

SKUAD Piala Uber negara melengkapkan jadual perlawanan penentuan tempat kelima hingga lapan dengan penutup kekalahan 2-3 kepada Singapura semalam.

Harapan untuk sekurang-kurangnya mereka menang satu perlawanan dalam perlawanan penentuan biarpun sudah sah gagal ke Wuhan, China Mei depan berkecai selepas pemain negara dilihat sudah gugur dari segi psikologi sejak tewas kepada Hong Kong.


Ketua jurulatih beregu wanita Rexy Mainaky berkata tiada komen boleh dibuatnya mengenai perlawanan menentang Singapura kerana segala-galanya terserlah ketika menentang Hong Kong.

"Saya lihat sejak skuad kita tewas kepada Hong Kong pada perlawanan pertama play-off 5/8, moral pemain mula merosot dan buktinya mereka tewas 0-5 kepada Indonesia," kata Rexy.


"Sejak kekalahan itu juga saya lihat pemain kita keberatan untuk bermain." Pada perlawanan terakhir penentuan kedudukan kelima hingga lapan semalam, Tee jing Yi mencapai kemenangan pertama sepanjang kempen kelayakan kali ini apabila menewaskan Gu Juan-21-13, 10-21, 21-15.


Gandingan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo yang tidak mengecewakan sebelum ini bagaimanapun gagal menambah kelebihan buat skuad negara apabila tewas kepada Yao Lei-Shinta Mulia Sari 13-21, 16-21.

Sannatasah Saniru pula meneruskan aksi sumbang apabila mengalan 12-21, 15-21 tetapi Vivian Hoo yang bergandingan dengan beregu berpengalaman Wong Pei Tty menjadikan kedudukan kembali terikat 2-2.


Vivian-Pei Tty menang ke atas Chen Jiayuan-Thng Ting Ting 21-14, 21-14.

Yang Li Lian yang turun selepas itu juga gagal mengembalikan semangat melawan sebagaimana menentang India pada perlawanan peringkat kumpulan W tempoh hari.


Li Lian tewas kepada Liang Xiaoyu 14-21, 17-21.


Meskipun kecewa, Rexy berpendapat skuad wanita negara seharusnya layak ke pusingan akhir di Wuhan jika tidak kalah di tangan Thailand di suku akhir namun tiada apa mampu dilakukan jurulatih itu kerana kelemahan terlalu ketara dihadapi dalam perseorangan wanita.


"Sayang sekali kita terpaksa beraksi dalam play-off kerana saya rasa kita berpeluang cerah ke pusingan akhir," kata Rexy lagi.


Pada 2004, 2008 dan 2010, skuad Piala Uber negara beraksi di pusingan akhir dan mara ke suku akhir dalam ketiga-tiga edisi itu.



Farhan menjadi

Posted: 19 Feb 2012 08:38 AM PST

PEMAIN sayap kanan, Mohd Nor Farhan Muhammad muncul wira The Red Warriors apabila jaringannya pada saat akhir perlawanan ketika menentang Sarawak dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, malam kelmarin berjaya membawa pasukannya ke pusingan kedua.

Mohd Nor Farhan yang berada di bangku simpanan dimasukkan bagi menggantikan penyerang import, Nwoha Onyekachi lima minit sebelum tamat permainan menamatkan debaran kira-kira 15,000 penyokong untuk melihat pasukan kesayangan mara ke pusingan kedua.


Mohd Nor Farhan berkata, dia berharap jaringan kemenangan itu dapat memberinya suntikan semangat untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan membantu pasukan Kelantan dalam setiap perlawanan.

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu mengakui belum mencapai tahap sebenar selain sedang berusaha mencari sentuhan bagi memantapkan lagi prestasinya selain bersedia untuk diturunkan dalam setiap perlawanan.


"Saya bersyukur dan puas hati kerana dapat membantu pasukan mara ke pusingan kedua dalam saingan Piala FA namun saya mengakui belum mencapai tahap sebenar dan akan membuat yang lebih baik dalam perlawanan akan datang," katanya.


Sementara itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim menyifatkan kemenangan Kelantan menewaskan Sarawak 2-1 di laman sendiri sebagai satu perlawanan yang mendebarkan sepanjang 90 minit ia berlangsung.

Azman berkata, dia mengakui kemenangan itu adalah hasil kerja keras pemain namun untuk menewaskan Sarawak yang begitu bersemangat memberi saingan sengit di akhir perlawanan adalah satu situasi yang benar-benar mencemaskan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan