Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mesyuarat tak ikut peraturan

Posted:

Mesyuarat tak ikut peraturan

Mesyuarat tak ikut peraturan

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Mohd. Yunus Lasaleh (kiri) bersama kuartet 4X400 meter yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA XXVI di Palembang, November lalu.


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Anti-Doping Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi menyiasat seorang anggota kuartet emas 4x400 meter Sukan SEA XXVI, Mohd. Yunus Lasaleh semalam ditangguhkan secara mengejut gara-gara kesilapan teknikal.

Pada awalnya, mesyuarat jawatankuasa tersebut yang dilangsung pada sebelah pagi telah selesai menyiasat Mohd. Yunus yang positif doping pada Sukan SEA XXVI. Hasil siasatan tersebut sepatutnya diserah kepada Mesyuarat Majlis KOM pada sebelah petang.

Namun, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi yang muncul kemudiannya memaklumkan bahawa tindakan KOM itu tidak mengikut kod peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Dalam penjelasannya kepada presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, Kok Chi berkata, mengikut kod peraturan WADA, pihak penganjur Sukan SEA XXVI iaitu Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Indonesia (Inasoc) perlu terlebih dahulu melakukan siasatan terhadap kes positif doping tersebut.

Menurutnya, selepas itu barulah persatuan sukan negara terlibat iaitu KOM boleh melakukan siasatan terhadap atlet terlibat sebaik sahaja mendapat kebenaran Inasoc.

"Selepas menyemak dan berbincang dengan individu yang lebih arif iaitu Tan Sri Dr. M. Jegathesan barulah saya perasan mengenai peraturan tersebut dan segera memaklumkannya kepada KOM.

"Mengikut kod WADA, penganjur kejohanan iaitu Inasoc perlu melakukan siasatan terlebih dahulu. Selepas itu barulah persatuan sukan terlibat, peraturan ini yang perlu kita patuhi," kata Kok Chi.

Shahidan yang ditemui semalam berkata, pihaknya harus menghormati perkara tersebut selepas mendapat penerangan daripada MOM.

"Kita akan tunggu laporan daripada Inasoc. Ini adalah arahan yang dikeluarkan oleh MOM hari ini.

"Kita juga akan tunggu keputusan jawatankuasa siasatan dakwaan terhadap Datuk Karim Ibrahim dan ia akan berjalan secepat mungkin," kata Shahidan.

Dalam pada itu, Shahidan memaklumkan atlet yang telah memberikan kenyataan media berkaitan KOM bakal berhadapan hukuman.

"Mereka akan melalui proses yang akan dijalankan nanti kerana kita sebelum ini telah memaklumkan bahawa atlet tidak dibenarkan untuk memberikan apa-apa kenyataan kepada media terutama bagi memburukkan imej KOM.

"Kita ada Jawatankuasa Siasatan dan sesiapa yang melanggar, mereka akan hadapi jawatankuasa itu," jelasnya.

Shabery mahu BAM lebih berani

Posted:

Shabery mahu BAM lebih berani

Shabery mahu BAM lebih berani

Oleh SOPI SAMAILE
sopi.samaile@utusan.com.my

KUCHING - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dicabar supaya lebih berani untuk mengetengahkan pemain wanita yang baru dalam kejohanan-kejohanan badminton sebagai langkah melahirkan pelapis muda untuk menggalas cabaran di kejohanan Piala Uber pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana negara belum mempunyai pemain badminton wanita yang sampai ke tahap membanggakan dan usaha gigih perlu dilakukan dalam menyediakan atlet bidang ini pada peringkat awal lagi.

"Saya minta BAM supaya berani mencuba pemain baru, jika kalah tidak mengapa, tetapi apa yang penting adalah mereka menimba pengalaman.

"Saya masih kurang berpuas hati dengan tahap pemain wanita negara, namun ia lebih baik berbanding daripada tidak ada langsung," katanya selepas mengadakan lawatan di Pusat Kecemerlangan Akuatik di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.

Beliau mengulas kegagalan Malaysia ke pusingan akhir Piala Uber di Wuhan Mei ini, selepas tewas 0-5 kepada Indonesia pada playoff tempat 5-8 di Macau.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut Malaysia selepas kalah 2-3 kepada Hong Kong, sebelum itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan