Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Debaran Villas-Boas

Posted:

Debaran Villas-Boas

Debaran Villas-Boas

LONDON – Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas berdepan satu ujian sukar dalam karier pada pertemuan kalah mati pertama Liga Juara-Juara menentang Napoli awal pagi esok.

Selain misi peribadi untuk menyelamatkan kariernya, Villas-Boas turut berdepan ujian penting untuk menggembalikan semula kegemilangan sku- ad The Blues musim ini.

Pada perlawanan tersebut, tumpuan sudah pasti terarah kepada Villas- Boas di tepi padang selepas rakan se- jawatannya di Napoli, Walter Mazzarri menjalani penggantungan dan hanya dibenarkan memberi arahan dari tempat duduk penonton sahaja.

Selepas hanya mencatat dua keme- nangan daripada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana England, Chelsea perlu menewaskan Napoli bagi mengembalikan semula keyakinan pasukan itu selepas seri 1-1 dengan Birming- ham City di pusingan kelima Piala FA, Sabtu lalu.

Spekulasi pula bertiup kencang mengatakan Villas-Boas mungkin dipecat sekiranya tewas kepada Napoli.

"Anda perlu kekuatan mental tambahan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Hanya kemenangan boleh membantu untuk keluar daripada saat buruk ini," kata Villas-Boas.

Ditanya kenapa beliau fikir Chelsea boleh menang di San Paolo, Villas- Boas berkata: "Ini adalah bola sepak. Kadangkala ia boleh berlaku sebalik- nya kerana Napoli kuat dan kami juga kuat."

Bagaimanapun, Chelsea dijangka turun tanpa ketua pasukan, John Terry yang masih cedera. – Reuters

‘Kekang Samurai Biru’

Posted:

'Kekang Samurai Biru'

'Kekang Samurai Biru'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


WAN ZACK (kanan) ternyata kecewa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan sepasukannya menghadapi Jepun pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional malam esok.


HANYA doa dan kata-kata semangat sahaja yang mampu diungkapkan bintang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor menjelang pertemuan menentang Jepun bagi aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan perlawanan, Wan Zack, 21, benar- benar berharap supaya rakan-rakan sepa- sukannya dapat mengekang ancaman anak-anak buah Takashi Sekizuka daripada 'bermaharajalela' di atas padang sepanjang 90 minit permainan.

Menurut Wan Zack, skuad Samurai Biru yang ketika ini selesa mengutip sembilan mata pastinya mahu mencatatkan kemenangan malam esok, terutamanya selepas dikejutkan Syria dengan kekalahan 1-2 awal bulan ini.

"Walaupun geram kerana tidak dapat beraksi, saya yakin rakan-rakan sepasukan saya tidak akan duduk diam begitu sahaja.

"Inilah peluang kami untuk membalas kepercayaan peminat. Jadi, saya harap pasukan negara dapat memberikan yang terbaik (malam esok)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam aksi pertama ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu sebelum ini, Wan Zack terpaksa dikeluar- kan pada penghujung babak pertama selepas dikasari barisan benteng pertahanan lawan.

Selain Wan Zack, turut tidak dapat beraksi gara-gara digantung perlawanan malam esok ialah Gary Steven Robbat, mana- kala K. Gurusamy pula masih dibelenggu kecederaan.

Mengulas lanjut, Wan Zack berkata, penyerang 'Negara Matahari Terbit' itu seperti Kensuke Nagai, Ryohei Yamazaki dan Genki Haraguchi mampu menjadi 'duri dalam daging' jika tidak dirantai habis-habisan malam esok.

Justeru katanya, peminat bola sepak tempatan diharapkan dapat beramai-ramai hadir ke stadium memberikan soko- ngan malam esok bagi membakar semangat perjuangan rakan-rakan sepasukannya.

"Saya juga berharap rakan-rakan dapat mengekalkan momentum permainan yang konsisten menjelang aksi kedua menentang Tanjung Pagar United dalam saingan Liga Singapura pada 2 Mac depan," kata- nya.

Disiplin kunci kejayaan

Posted:

Disiplin kunci kejayaan

Disiplin kunci kejayaan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PEMAIN Import Sime Darby, Sengbah Kennedy (kiri) diasak dua pertahanan Sabah pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.


ADA kelas! Itu gambaran yang paling tepat ketika skuad berstatus kelab, Sime Darby membenam Sabah 2-1 pada pusingan pertama Piala FA kelmarin.

Skuad kendalian Ismail Zaka- ria itu ternyata menampilkan permainan bermutu tinggi untuk menyingkirkan Sabah biarpun kedua-dua pasukan itu beraksi dalam kelas berbeza.

Tatkala Sime Darby hanya beraksi pada kempen Liga Premier musim ini, Sabah pula berada dalam kelompok elit apabila mengharungi saingan Liga Su- per.

Bagaimanapun, Sime Darby membuktikan mereka masih mampu memberikan aksi terbaik, sekali gus melakar kejutan ke atas Sabah.

Ismail menyifatkan kejayaan tersebut berpunca daripada kekuatan disiplin para pemainnya sepanjang perlawanan berlangsung.

"Saya cukup gembira dengan kejayaan pasukan saya menewaskan Sabah pada pusingan pertama (Piala FA).

"Sabah merupakan salah sebuah pasukan yang sangat hebat yang beraksi di pentas Liga Super tetapi kami berjaya menangani mereka dengan baik.

"Kunci kejayaan kami pada perlawanan itu adalah pemain- pemain saya cukup berdisiplin dan sentiasa mendengar arahan.

Ditanya mengenai pertemuan dengan USM Pulau Pinang pada pusingan kedua nanti, Ismail yang terkenal dengan sifat merendah diri itu berkata, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terus dibuai dengan kejayaan lalu.

Sebaliknya, beliau menuntut komitmen dan fokus penuh para pemainnya, selain tidak memandang rendah keupayaan USM FC.

"Benar, kami telah menewaskan mereka (USM FC) 4-1 pada aksi Liga Premier sebelum ini tetapi keputusan itu tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan mereka.

"Jadi, kami tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan mereka tetapi kami harus bekerja dengan lebih gigih lagi," ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan