Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia bernasib baik

Posted:

Malaysia bernasib baik

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Jaringan penyamaan Ahmad Shakir (kiri) menyelamatkan maruah Malaysia apabila seri 1-1 dengan Filipina dalam aksi persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, semalam.


KUALA LUMPUR - Jaringan Ahmad Shakir Ali pada masa kecederaan menyelamatkan maruah Malaysia apabila mengikat tuan rumah 1-1, Filipina dalam perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, semalam.

Ketika di ambang kekalahan, pemain muda itu yang masuk selaku pemain gantian pada penghujung separuh masa kedua merembat deras menewaskan penjaga gol Filipina yang beraksi di Fulham, Neil Etheridge, dua minit sebelum perlawanan ditamatkan.

Walaupun berjaya mengelakkan kekalahan di tangan Filipina yang berada di ranking 156 dunia, ia meneruskan kemarau Harimau Malaya yang masih gagal mencari kemenangan di gelanggang luar negara sejak tahun 2011.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Hujan rencat aksi tenis BMW

Posted:

Hujan rencat aksi tenis BMW

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pemain No. 5 dunia, Agnieska Radwanska mungkin berstatus pilihan utama kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW, namun setakat hari ketiga semalam, dia masih belum dapat mengesahkan tempat ke pusingan kedua.

Semuanya angkara cuaca berhujan sejak Isnin lalu yang telah merencatkan kelancaran sebilangan jadual pusingan awal di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, menyebabkan banyak perlawanan terpaksa ditunda sehingga lewat malam atau ke hari berikutnya.

Paling terjejas adalah jadual perlawanan pusingan pertama terakhir membabitkan Radwanska dengan lawannya, Akgul Amanmuradova dari Uzbekistan yang sepatutnya berlangsung pada Selasa.

Namun, ia masih lagi gagal diselesaikan apabila perlawanan yang pada ketika itu diungguli Radwanska pada kedudukan 6-2, 3-3, terpaksa ditangguhkan sekali lagi berikutan hujan yang tidak berhenti sejak pukul 6.50 petang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen