Berita Harian: Sukan |
Posted: 06 Mar 2012 04:18 PM PST Sukan Koo-Tan harus padam dua elemen - 'tipu' dan 'lakonan'BEREGU emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan turun ke gelanggang menyahut cabaran kejohanan badminton Seluruh England dengan tekanan di sebalik hakikat sudah menunjukkan kebangkitan untuk mengulangi detik kejayaan 2007. Namun, di sebalik persembahan terpuji kebelakangan ini, peminat masih enggan terpesona dan melayangkan pujian kerana mengerti bukan sekali mereka 'tertipu' dengan 'lakonan' prestasi pasangan emas itu sebelum ini. Harapan lebih berpaut kepada kelibat Lee Chong Wei mempertahankan gelaran dengan Koo-Tan harus membuktikan sesuatu layak ke final pada 11 Mac ini.Artikel lain: |
Hodak enggan ambil mudah Navibank Posted: 06 Mar 2012 04:16 PM PST Sukan KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi (kanan) dan kapten pasukan Navibank pada sidang akbhar di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. ANDAI berdasarkan prestasi semasa di liga domestik, Kelantan dijangka mampu menewaskan kelab Vietnam, Navibank Saigon pada aksi sulung Kumpulan H saingan Piala AFC 2012 di gelanggang sendiri, Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Kelantan kini gah di tangga teratas Liga Super selepas sembilan perlawanan dengan enam menang, dua seri dan sekali tewas manakala Navibank sekadar di tangga ke-11 daripada 14 pasukan selepas lapan perlawanan dengan dua menang, dua seri dan empat tewas. "Kelantan nampaknya memiliki lebih peluang untuk menang kerana mereka kini di tangga teratas liga domestik. Kami pula baru tewas 0-3 kepada Khatoco Khanh Hoa (Jumaat lalu) dan bakal turun tanpa penyerang No 13 (Nguyen Quang Hai) yang cedera," kata jurulatih Navibank, Pham Cong Loc pada sidang media di Bukit Jalil, petang semalam.Namun ia tidak mahu dianggap satu kelebihan buat jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak yang beranggapan lawan barisan kuat dengan memiliki tiga import - Edison Fonseca (Colombia), Vincent Bossou (Togo) dan Ricardinho (Brazil) serta lima pemain kebangsaan Vietnam termasuk kapten, Phan Van Tai Em. "Mereka juga memiliki penjaga gol naturalisasi dari Brazil (Phan Van Santos).
Sementara itu, Terengganu mengutip tiga mata penuh mengalahkan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 pada saingan pembukaan Kumpulan F di Stadium Vinh, Vietnam petang tadi. Gol tunggal pasukan menyusul daripada Abdul Manaf Mamat pada minit ke-51. Bagi perlawanan kedua, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu akan melayan kunjungan Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 20 Mac ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan