Harian Metro: Arena |
‘Konspirasi terancang’ Posted: 06 Mar 2012 10:00 AM PST "BUKAN soal baca atau tidak artikel yang dikeluarkan di surat khabar, (Ng) Chin Chai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) seharusnya tahu apa alasan sebenar pengguguran Mohd Arif Latif dari Seluruh England, bukan sekadar memberi alasan sudah diputuskan C&T," kata bekas ketua jurulatih kebangsaan Razif Sidek. Menurut Razif, beliau melihat tindak tanduk BAM dalam isu Arif itu bagaikan satu konspirasi terancang untuk menidakkan tempat pemain muda itu di pusingan akhir Piala Thomas yang akan berlangsung di Wuhan, China pada 20-27 Mei ini.
"Cuba beritahu saya, kejohanan apakah yang C&T mahu menilai prestasi Arif? Terbuka Australia? "Seluruh England dan Terbuka Switzerland adalah pertandingan berprestij, semua pemain badminton mahu beraksi di kejohanan itu dan dengan menggugurkan Arif daripada dua kejohanan itu sudah tentu mengendurkan semangatnya untuk terus bermain.
"Sekarang jelas sekali Daren dan Chong Wei Feng adalah pemain yang dilatih Rashid dan mereka ada kelebihan untuk menyertai kejohanan," kata Razif.
Razif turut menyelar Pasukan Prestasi Tinggi (HPT), satu lagi jawatankuasa yang dipengerusikan Chin Chai, kerana tidak memantau tindak tanduk C&T.
|
Posted: 06 Mar 2012 09:57 AM PST ADA sesuatu yang tidak kena dengan kemenangan 1-0 Terengganu ke atas Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu lalu. Persembahan skuad Penyu dilihat terlalu pincang dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ingin memastikan Terengganu tidak terbabit dengan gejala rasuah bola sepak.
"Walaupun kita menang malam itu, saya dan ramai lagi penyokong pasukan kecewa melihat persembahan Terengganu yang gagal menunjukkan permainan sebenar, seolah-olah ada yang tidak kena. Demi masa depan pasukan, pegawai dan pengurusan perlu mencari punca sebenar kepincangan mereka dan kita mesti pastikan yang persembahan buruk itu tiada kena-mengena dengan rasuah bola sepak," katanya.
"Ada juga kedengaran, pemain import mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan pemain tempatan dan mungkin ini boleh menjadi punca mereka tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Namun apapun masalahnya, penyelesaian perlu dicari segera," katanya.
T-Team tersilap pilih apabila mengambil penyerang Zambia, Zachariah Simukonda dan akhirnya pemain itu terpaksa ditamatkan kontrak dan hingga kini pasukan itu terpaksa bermain dengan seorang pemain import.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan