Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


T-Team congak slot suku akhir

Posted:

T-Team congak slot suku akhir

T-Team congak slot suku akhir

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

FAIZ (kiri) menjadi sandaran T-Team untuk merobek gawang Pahang pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.


LAUNGAN semangat disuarakan kesebelasan utama T-Team yang bertekad muncul pasukan pertama menempah slot ke suku akhir Piala FA musim ini.

Berdepan gergasi Liga Premier, Pahang pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini, T-Team ternyata memiliki kelebihan selepas merekodkan empat kemenangan berturut-turut setakat ini.

Malah, pengendali pasukan berstatus kelab itu, Yunus Alif turut mengakui yang para pemainnya berada dalam keadaan terbaik dan bebas daripada masalah kecederaan.

"Persiapan sudah dibuat dan kami hanya menunggu masa untuk turun ke padang dengan semangat yang begitu tinggi.

"Piala FA adalah perlawanan kalah mati dan sudah pasti sasaran kami pada perlawanan esok (malam ini) adalah untuk menumbangkan Pahang, sekali gus mara ke suku akhir," katanya kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Yunus tetap bersikap realistik dengan kemampuan skuad Tok Gajah yang memiliki trek rekod hebat dalam bola sepak Malaysia.

Katanya, Pahang merupakan sebuah pasukan matang dengan bari- san pemain yang cukup berbakat.

Justeru katanya, hanya fokus dan kerjasama sepasukan mampu menghadirkan kejayaan kepada T- Team.

"Saya tidak mahu terlalu menda- bik dada mengenai kemampuan pasukan kami. Cukup saya katakan yang kami telah bersedia untuk perlawanan ini," jelasnya.

Sebagai percaturan, sentuhan ajaib kapten, Zairo Anuar Zailani serta kelincahan pemain kerdil, Faiz Subri begitu ditagih Yunus bagi memastikan kemaraan T-Team ke suku akhir.

"Buat masa ini, khidmat pemain import baharu kami iaitu Marco Tu- lio belum dapat digunakan kerana dia masih menunggu proses pendaftaran pada April ini.

"Namun, saya masih boleh mengharapkan pemain-pemain yang ada dengan Zairo dan Faiz sekali lagi menjadi taruhan pasukan," jelasnya.

Untuk rekod, Zairo merupakan penjaring terbanyak Liga Super dengan lapan gol, manakala Faiz yang baru dibeli dari Perlis pada awal musim telah meledak lima gol.

"Saya hanya mengharapkan satu permainan terbaik daripada pemain-pemain saya. Mereka cukup bersemangat dan memiliki sikap kerjasama yang tinggi untuk menju- lang pasukan," tambah Yunus lagi.

Musim lalu, T-Team terkandas seawal pusingan pertama pada kempen Piala FA selepas tewas kepada naib juara, Kelantan.

'Buang yang keruh, ambil yang jernih'

Posted:

'Buang yang keruh, ambil yang jernih'

'Buang yang keruh, ambil yang jernih'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Barisan atlet dan pegawai skuad olahraga negara yang terlibat pada Sukan SEA 2011di Palembang, Indonesia.


KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) kini ada perancangan baharu dalam usaha membangunkan sukan olahraga tanah air.

Selepas dipalit dengan pelbagai isu kontroversi, badan induk itu dilihat seperti mahu membuka 'buku baharu' bagi memastikan sukan olahraga kembali bersinar di pentas antarabangsa.

Sebagai permulaan, KOM tampil dengan program hasil kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

Menerusi Program Sukan Olahraga MSN-KOM, badan induk itu akan mengenal pasti bakat-bakat baharu untuk dikete- ngahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Keutamaan akan lebih diberikan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mencari bakat-bakat baharu untuk dibawa masuk mengikuti program yang dijalankan.

"Atlet-atlet yang sedia ada tetap akan dikekalkan. Cuma kami (KOM) akan mengenal pasti bakat- bakat baharu di seluruh negara yang dilihat berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam sukan olahraga.

"Satu pasukan pencari bakat telah ditubuhkan dan pasukan tersebut diberi tanggungjawab mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi yang mana mungkin sebelum ini kita terlepas pandang," kata Shahidan.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Sukan Olahraga MSN-KOM 2012 di Bukit Jalil semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan barisan ahli majlis KOM.

Mengulas lanjut, Shahi- dan berharap barisan atlet serta jurulatih dalam program itu nanti memberikan komitmen sepenuhnya dan menunjukkan tahap kesetiaan yang tinggi demi pembangunan sukan olahraga negara.

"Segala yang telah berlaku, biarlah ia berlalu. Kami mahu lupakan segala cerita-cerita yang tidak elok mengenai KOM.

"Menerusi program ini, kami mahu lihat atlet dan jurulatih memberikan komitmen serta tahap kesetiaan yang tinggi bagi menjayakannya.

"Saya sudah tidak mahu ada perbezaan pendapat dalam kalangan atlet, jurulatih dengan pega- wai-pegawai KOM. Jika ada apa- apa, ia boleh diselesaikan dengan perbincangan.

"KOM sentiasa berfikiran terbuka. Semua pandangan kita terima dengan terbuka dan jika pandangan itu bagus, kita boleh jadi- kannya sebagai panduan," jelas Shahidan yang meletakkan sasaran sembilan emas untuk acara olahraga pada Sukan SEA 2013.

Sementara itu, Zolkples berharap atlet yang terlibat dengan pro- gram tersebut dapat mewujudkan suasana harmoni setiap kali menjalani latihan.

"Saya tidak mahu apa yang terjadi sebelum ini berulang. Atlet-atlet dilihat seolah-olah berpuak-puak ketika menjalani latihan dan itu satu perkara yang tidak baik untuk sukan olahraga khususnya.

"Apa yang saya mahu lihat, semua atlet menjalani latihan di bawah satu bumbung yang sama," kata Zolkples.

Dalam perkembangan lain, Shahidan memberi gambaran awal bahawa KOM berkemungkinan besar akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selewat-lewatnya April depan.

Jelasnya, badan induk itu telah menyerahkan laporan kewangan tahunan kepada sebuah syarikat audit dan ia dijangka selesai dalam tempoh lebih kurang tiga minggu dari sekarang.

"Selepas kami mendapat semula maklum balas daripada syarikat audit itu, saya akan memanggil ahli-ahli majlis untuk mengadakan perbincangan bagi menetapkan tarikh AGM," jelas Shahidan.

Trio pecut sandaran Malaysia

Posted:

Trio pecut sandaran Malaysia

Trio pecut sandaran Malaysia

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


DARI kiri, Azizulhasni, Josiah dan Fatehah akan mengetuai cabaran Malaysia pada UTCWC 2012 di Melbourne bulan depan.


TIGA pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapa akan mengetuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI (UTCWC) 2012 bermula 4 hingga 8 April depan di Melbourne, Australia.

Pengurus skuad trek negara, Datuk Naim Mohamad menjelaskan, tujuh kuota pelumba lelaki dan tiga wanita telah diberi- kan kepada Malaysia bagi UTC- WC 2012.

Jelas Naim, kem negara juga akan turun berentap dalam lima acara bagi kategori lelaki dan tiga acara wanita.

"Lima acara bagi kategori lelaki ialah dua slot untuk keirin, pecut individu (2), 1 kilometer (km) ujian masa (1), scratch (1) dan pecut berpasukan," kata Naim semalam.

"Tiga acara wanita pula ialah keirin (1), 500 meter ujian masa (1) dan pecut individu (1).

"Bagaimanapun, senarai akhir pelumba yang akan menyertai kejohanan tersebut masih belum diputuskan dan akan diumumkan oleh ketua jurulatih, John Beasley pada 25 Mac ini," kata- nya.

Menurut beliau, Azizulhasni, Josiah dan Fatehah sudah pasti akan diturunkan dalam acara kegemaran masing-masing, namun ia bergantung kepada keadaan dan jadual pertandingan di Melbourne nanti.

"Azizulhasni dan Josiah sudah pasti akan turun dalam acara keirin dan pecut individu kerana kita dapat dua slot dalam acara itu.

"Kemudian dalam acara pecut berpasukan pula, kita akan lihat dulu keadaan sama perlu atau tidak kita turunkan gandingan Azizulhasni, Josiah dan Edrus (Yunos).

"Jika tidak perlu, kita mungkin akan senaraikan (Mohd.) Fattah Amri Zaid,Edrus dan Arfy (Qhairant Amran).

"Bagi wanita pula, setakat ini Fatehah adalah pelumba terbaik dalam ketiga-tiga acara tersebut, namun kita juga fikir untuk membawa Ummi Hamimah (Mohamad)," jelas Naim lagi.

Dalam acara 1km ujian masa lelaki, pemenang pingat emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012, Edrus akan turun menggantikan tempat Rizal Tisin yang pernah memenangi pingat gangsa pada edisi 2009 di Poland.

Josiah, Edrus dan Fatehah masing-masing layak secara automatik dalam acara keirin lelaki, 1km ujian masa dan keirin wanita sebagai juara Asia selepas memenangi pingat emas dalam acara tersebut.

Pelumba lebuh raya negara yang juga jaguh pecut, Mohd. Harrif Salleh pula mungkin akan disenaraikan bagi acara scratch.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan