Utusan Online - Sukan |
Posted: 'FIFA perlu minta maaf'Oleh ZAMZURINA AHMAD
KUANTAN - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) perlu meminta maaf berhubung kenyataan tidak berasas bekas ketua pegawai keselamatannya, Chris Eaton yang mendakwa pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlibat mengatur keputusan perlawanan. Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan, kenyataan Eaton tidak berasas dan mengejutkan kerana tiada fakta asas yang boleh membuktikan dakwaan itu. "Kenyataan ini tidak profesional dan tidak beretika tanpa disertai dengan bukti kukuh. "Justeru, saya harap FIFA perlu menjelaskan agenda sebenar kenyataan sedemikian dikeluarkan termasuk memohon maaf kepada FAM kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan imej persatuan," tegas Tengku Abdullah kepada pemberita selepas melawat venue Sukan Malaysia (Sukma) di sini, semalam. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. | ||
Daren, Wei Feng iringi Chong Wei Posted: Daren, Wei Feng iringi Chong WeiOleh TAN MING WAI
KUALA LUMPUR - Dua pemain perseorangan, Liew Daren dan Chong Wei Feng yang selama ini memberi persepsi 'tiada harapan' kepada peminat badminton tanah air, berpeluang mengubah pandangan itu selepas masing-masing mengiringi Datuk Lee Chong Wei ke pusingan kedua Kejohanan All England di Birmingham, semalam. Daren mengejutkan jaguh veteran Thailand, Boonsak Ponsana 21-19, 23-21 manakala Wei Feng mengetepikan pemain No.21 dunia dari Sepanyol, Pablo Abian 21-14 21-18. Daren, 25, berpeluang cerah layak ke suku akhir kejohanan badminton penuh berprestij dan tertua dunia itu seandainya melepasi ujian pemain tuan rumah, Rajiv Ouseph yang mengejutkan bintang veteran Denmark, Peter Hoeg Gade pada pusingan pertama. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan