'HAYAT' Tan Sri Annuar Musa bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir dengan nota pilu apabila Lembaga Tatatertib badan induk itu menggantungnya dua setengah tahun daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak, berkuat kuasa, semalam. Keputusan itu bermakna Annuar yang dipilih selaku Timbalan Presiden FAM pada Pemilihan Kongres FAM ke-47 pada 31 Julai 2010 gugur secara automatik daripada jawatan berkenaan dan beliau juga perlu melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KFA) yang disandangnya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga tidak dibenarkan mengemukakan rayuan atas alasan hukuman dikenakan adalah minimum dan perlu berjalan secara berasingan kerana ia adalah dua kesalahan berbeza.
Bagi kesalahan pertama kerana mengkritik secara terbuka skuad kebangsaan di media, Annuar dikenakan hukuman gantung dua tahun, dan enam bulan bagi kesalahan kedua kerana melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat Exco pada 4 Februari 2012.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak selepas bersidang selama tujuh jam – paling lama setakat ini – dengan hampir semua lapan anggota Lembaga Tatatertib sebulat suara memutuskan Annuar bersalah atas dua tuduhan dikenakan terhadapnya.
"Selain hukuman gantung dua setengah tahun, hukuman lain bagi kesalahan itu adalah pesalah juga boleh dikenakan denda, tetapi atas budi bicara, kita tidak mengenakan denda terhadap Tan Sri Annuar," katanya.
Taufik juga menegaskan perbicaraan dijalankan adalah adil dan saksama dengan Timbalan Presiden itu diberi peluang mengemukakan pembelaan termasuk dibenarkan membawa lima saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.
"Perlu diingat ini bukan kali pertama Tan Sri Annuar dihadapkan ke Lembaga Tatatertib, tetapi beliau pernah dibebaskan atas kesalahan sama sebelum ini," katanya yang memberitahu jawatankuasa itu tidak sempat memberitahu hukuman dijatuhkan kepada Annuar kerana beliau perlu bergegas pulang ke Kota Bharu untuk menyaksikan Kelantan menentang Arema FC dalam saingan Kumpulan H Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam tadi.
Taufik juga menegaskan hukuman dikenakan ke atas Annuar itu tidak seberat seperti yang dijatuhkan ke atas bekas Naib Presiden FAM, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang pernah digantung dua kali – empat dan tiga tahun – kerana kritikan tanpa fakta yang tepat dan menyentuh dasar FAM pada 2001.
"Saya ingin mengingatkan Artikel 88 hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung yang boleh mengeluarkan kenyataan dan pegawai lain tidak dibenarkan berbuat demikian melainkan mendapat kebenaran.
"Jadi, jika ada yang tidak berpuas hati mereka boleh mengemukakan usul dengan meminda artikel itu pada kongres FAM untuk memindanya tetapi hingga hari ini tidak ada seorang pun yang mengemukakan usul berkenaan," kata Taufik.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. Senarai komen
Hobin Jang
Dengan keputusan FAM itu, selepas ni pasti pasukan Malaysia boleh jadi "Juara Piala Dunia" dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.
sol
sokong TSAM!...musnah harapan rakyat kita bila fam jg begini...xblh kritik@tegur...xakan maju bola sepak malaysia jika bersikap spt ini..
rokib
hidup kita ini mesti ada pembangkang (pengkritik) barulah hidup kita akan maju and perbaiki kesilapan lalu..x kan lah nak main bola pakai kain sarung lagi lak...
PresidenFAMSilalLetakJawatan
hanya presiden dan su je boleh tegur tapi game malaysia pun tak turun macam mana turun game pon pakai baju kelab luar macam ni ke pihak atasan fam.makin hari rangking makin menurun setakat menang sukan sea dengan piala aff nak bangga x payahlah woi sekarang pon negara belasahan kita dulu pon dah main kat piala dunia lah cukuplah dengan semua ni kami dah bosan dengan sandiwara semua ni.duit pernajaan berjuta-juta tapi perkembangan bola sepak tak nampak-nampak cukuplah 28tahun pemerintahan kuku besi ni.Ini negara, negara demokrasi. Pemerintahan secara kuku besi tidak di amalkan, oleh itu di harap FAM harus terbuka dalam hal ini. Ingat, kerajaan boleh sahaja masuk campur, namun kesan yang besar adalah penggantungan aktiviti bolasepak kita secara menyeluruh akan dikenakan oleh FIFA. Tetapi, jangan merasa selesa. Kerana penyokong juga boleh menjadi punca kepada keadaan tersebut andai FAM masih berdegil dan mengamalkan kuku besi mereka!
Zidan
Keputusan tak bijak, melampau, berat sebelah, ikut telunjuk. Letak jawatan je semua pihak pengurusan, pilih orang baru yang lebih muda, segar dan berwawasan, bolasepak adalah industri, kalu dah tak maju patut sendiri mau ingat le...
F
Bilakah dinasty ini akan berakhir.....
aku ank kelate
TSAM kena 2thn 6 bln, bkn seumur hidup, TSAM bkn jenis yg mudah putus asa demi kebaikan negara,sy pasti TSAM akn melakukan susulan terbaik demi bolasepak Malaysia dan kelantan. kesan daripada hukuman ini adalah BERTAMBAH MELUAT LAGI PEMINAT TERHADAP FAM.
canuar
FAM n sukan lain perlu tubuh bahagian kritikan @ kulasan...bila tamat shj sukan dijalankan terus boleh kritik @ komen oleh siapa shj...baru adil
one piece
cadangkan supaya presiden FAM masuk kan semua ank2 dan kaum kerabatnye dalam FAM
Anok Malaysia
"hanya Presiden boleh bersuara,". Ini kesalahan pertama. Bukankah TAM jg tmbalan pengurusan skuad snior? Nampaknya ada monopoli kepimpinan..? Hanya pres yg blh bersuara..
Kesalahan 2 "... melanggar titah seorang lagi Timbalan, Tengku Abdullah ...". Tengku ni timbalan, TAM jg timbalan. Bukankah kedua2nya sama pangkat dlm pengurusan? Kalau ini dikatakan kesalahan, nampaknya FAM kena buat struktur baru kedudukan pegawai. Pertama Pres, 2- Pres 1. 3-Barulah timbalan, sterusnya Naib, dan begitulah sterusnya.
Mengkritik ditafsirkan spt mengutuk..
roketman
kita tgk AFC SUZUKI CUP nanti...klu juara kita tabik FAM...klu kalah ...apa komen mereka...kita tggu...
insaflah
apabila hati sudah buta maka yg betul jadi salah apabila telinga sudah pekak badak walau bergemuruh sekalipun suara kritikan rakyat dia akan buat bodoh saja.moga2 tuhan akn memberi petunjuk pada golongan ini
ramdin Ahmad
FAM perlu berubah perkembangan bola sepak malaysia tidak sampai ke mana setakat ini. FAM perlu belajar menerima kritikan dari luar kerana ia perlu untuk memperbaiki kelemahan yang ada . jika orang dalam sendiri tidak boleh mengkritik fam bagai mana pula rakyat biasa adakah selama ini keluhan, rasa kurang senang rakyat diambil kira dalam memajukan bola sepak negara. kalau hanya 2 orang sahaja yang boleh bercakap hanya untuk melepaskan batuk ditangga lebih baik bubarkan FAM, jangan kita hanya jadi pak angguk, hanya takut dilucutkan jawatan. buatlah pindahan perlembagaan FAM agar ia dimiliki bukan sahaja presiden Fam tapi ia milik semua dan semua dibenarkan memberikan kritikan tetapi jika tak tepat barulah diambil tindakan. hanya mengkritik perkara benar tetapi menggunakan undang-undang menjadikannya tak benar adalah merugikan semua pihak Negara dibawah pimpinan DSN telah berani mengambil pendekatan Tranformasi negara bila lagi FAM nak trasformasi bola sepak negara.... minta pandangan orang lain , kita tidak kan malu bila meminta pendapat orang lain tapi besar disisi tuhan mereka yang merendahkan diri.
shahrizal mazuki
sedangkan nabi ampunkan umat inikan sesama manusia.bagi meningkatkan lagi kualiti bola sepak malaysia kita perlu memikirkan lagi bagaimana cara untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan kebangsaan bukan banyak hukuman....nama yang digantung banyak memainkan peranan untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara kita...fikir2kanlah
Peminat Bola
Kenapa kritikan untuk kebaikan bolasepak negara dipertikaikan? Adakah bolasepak Malaysia begitu berjaya sehingga tiada ruang untuk mengkritik? Apa salahnya pihak atasan mengkritik prestasi orang bawahan? Sama ada di media atau di mana-mana, bukankah niatnya suci, untuk kebaikan bolasepak kita? Bolasepak adalah sukan kesayangan masyarakat, dan kami ingin sekali dilibatkan dalam membangunkannya, kami ingin selami prestasinya. Apa salahnya jika Tan Sri Annuar Musa mengajak kami bersama-sama mendalami prestasi pasukan negara? Zaman autokratik sudah berlalu. Negara ini memerlukan pemimpin bola sejati, bukan jenis keras hati, bukan jenis busuk hati dan bukan jenis tidak faham hasrat kami.
man
buatlah perubahan FAM..sampai bilapun bola sepak tak maju..tukar pengurusan kalau tak berdaya..mungkin orang lain lebih layak menduduki kerusi FAM..kalau lama sangat, nanti ketandusan idea.jangan guna kuasa veto..kita tidak terkilan jika pasukan Malaysia gagal dimasa hadapan jika beginilah caranya..berundurlah dari pegang jawatan FAM demi masa depan bolasepak..
ciss
bagus cara FAM. siapa yg berani bersuara + bijak..kne kick. inilah nasib bola sepak malaysia
Azrul
kena kritik sikit terus tutup peluang rakyat. FAM patut dirombak dan mengikut arus transformasi...Kelate Forever...
peminat bola
Tak siapa boleh nafikan jasa TSAM terhadap kemajuan bolasepak Kelantan. W/b/pun ikut akta FAM (yg mungkin lapuk) hanya Presiden dan S/U sahaja boleh bagi kenyataan media yg mana telah diketahui oleh TSAM sebelum bertanding sbg jawatan Tim Presiden lagi. Tak salah kritik tetapi sebagai AJK FAM, maka TSAM perlu ikut akta lapuk sedia ada. Seperti mana tindakan KAFA kepada Peter Butler yg sewenang2nya bg kenyataan media (berkenaan campurtangan pemimpin KAFA dalam pemilihan skuad / pemain) maka tindakan disiplin telah diambil kepada TSAM. Tindakan FAM memang saya faham. Kepada mana2 aktivis bolasepak diluar sana, saya nasihatkan jgn bertanding dalam jawatan FAM sekiranya anda tahu anda akan jadi Pak Turut. Kepada Pak Turut lain dalam FAM, tolong lah gubal undang2 lapuk yang ada sekarang....tak pun tukar FAM kepada Followers Association of Malaysia. Hidup Bolasepak Kelantan.....
Jadden Zr
Saya bukan penyokong kelantan..saya juga bukan penyokong TSAM..saya rakyat malaysia..sy hanya mahukan FAM dirombak!! bola sepak malaysia hanya berbangga di peringkat Asean sahaja..inikah yang dibanggakan FAM?
np
bru kritik mcm 2 nak gelabah...TSAM mmg trbaik.FAM x bleh kritik lgsung...
laser
aku mmg pelik ar...npe plak TSAM yg kena hukuman padahal rakyat malaysia pon ramai gak yg kritik...hukumlah rakyat malaysia sekali...mmg lah ada akta yg Timbalan xleh nk kritik....tp cubelah tgok kritikan 2 jenis yg camne....aku rasa kritikan dr TSAM lebih kepada positif...xkanlah pengerusi pengurusan bola sepak kebangsaan xleh nk bg nasihat n tunjuk ajar....apelah...baek xyah ade ketua...
cast grunge
Kalau peminat buat kritikan tidak d hukum tp kalau ahli FAM di gantung. Memang betul bahawa tahap persembahan pemain malaysia masih d tahap peringkat tahaf kampungan bukan taraf dunia. Ini d sbb kan sikap pemain dan pengurusan bercampur aduk dlm pemilihan pemain utk d serap skuad kebangsaan. Lihat la sendiri tahaf permainan bolasepak malaysia sekarang ni selepas era tahun 80an masuk era tahun 2000 pemain malaysia tiada yg kualiti walau pun d hantar kelaur negeri belajar, pada hal membuang duit persatuan sahaja dan rata2 pemain malaysia tidak laku d pasaran antarabangsa dlm bola sepak sbb sikap pemain dan persatuan dan pengurusan..kritikan ini biar membina...?
zolzeytec
Bukan untuk menidakkan atau durhaka terhadap kebawah duli tuanku, tapi ini adalah realiti, dari zaman penggantungan Allahyarham datuk basri akil hingga ke nafas terakhir beliau, perkara sama tetap berlaku, seluruh rakyat malaysia sudah jelik akan perkara ini, dan ada yg sudah tidak memperdulikan bolasepak negara, adakah bolasepak kita punyai mertababat? ada sesetengahnya mengatakan tidak, kenapa? sebabnya bolasepak kita tidak segah sewaktu dahulu, mana dia selangor? perak? kedah? ataupun perlis? kegentalan sarawak, corak kepantasan sabah? corak perancang johor? tiada lg melainkan kenangan, sehingga ada pasukan negeri hilang taraf dan terpaksa bermain untuk liga FAM, apakah FAM masih berbangga? program pembangunan sudah bermula dari peringkat bawahan yg disokong penuh kerajaan, tetapi berapakah yg layak serta mampu FAM pandang? bagaimanapula pandangan negara luar terhadap malaysia? apakah FAM sudah merasa selesa atas kejayaan berganda pingat emas sukan sea? ataupun FAM sudah bersedia mempertahan kejuaraan suzuki cup? yg pasti kali ini pasukan yg menyertai akan sedaya upaya memalukan pasukan negara, itu sememangnya pasti, meraka akan buktikan bahawa meraka lebih tggi taraf berbanding negara kita, lihat saja thailand, ada pasukan kelab mereka setaraf pasukan di eropah, punyai infrasruktur latihan lengkap serta stadium sendiri, sedangkan FAM sendiri pun terpaksa menyewa stadium utk menagnjurkan kejohanan, apakah FAM kekurangan dana? buat apa jika wang setinngi gunung jika merasai kejayaan yg begitu singkat, rasanya FAM lebih kaya berbanding persatuan bolasepak negara2 afrika? contohnya zambia, walaupun meraka tak layak utk ke piala dunia, mereka tetap juara afrika, mamapukah FAM lakukan sebegini? sebenarnya tidak, jika ya negara kita dah setaraf pasukan elit asia, FAM hanya tahu menghukum, menamatkan kerier seseorang yg terbukti berjaya, yg lebih teruk lagi FAM hanya tahu bercakap berbanding hasil serta pulangan, apakah bolasepak negara kepunyaan FAM amnya? kita rakyat malaysia yg berkongsi saat pahit serta manis, mungkin peraturan2 FAM patut diubah, agar dilihat tidak kelihatan berat sebelah.
Apakah dosa yg dibuat Tan Sri Annuar Musa sehinggakan dijatukan hukuman tanpa boleh membela diri? sedangkan FIFA sendiri membenarkan pembelaan dibuat sebelum kesalahan dapat dibuktikan.
Ataupun ini satu konspirasi bg menutup keselahan FAM sendiri? kita tidak tahu hanya mereka di dalam FAM yg mengetahui.
mungkin suatu hari FAM akan punyai kepimpinan seperti Tan Sri Annuar Musa, yg mampu memertabatkan kembali bolasepak kita, tetapi entah bila kita akan merasai,ketika ini bukan hendak menidakkan kuasa kebawah duli tuanku, tetapi terlalu banyak kegagalan serta kelemahan yg meragui rakyat yg cintakan bolasepak, mungkin pengurusan bawahan perlu dirombak, wujudkan gabungan idea antara tuaku serta tan sri, insyaallah sedikit cahaya akan kelihatan dalam kemajuan bolasepak kita, usahlah mencari salah lg? bersama bangunkan bolasepak kita, agar nama negara kan tercatat dlm kalender piala dunia.
Ghaddar
Bagaikan Luncai terjun bersama labu-labunya
shahrizal mazuki
sedangkan nabi ampunkan umat inikan sesama manusia.bagi meningkatkan lagi kualiti bola sepak malaysia kita perlu memikirkan lagi bagaimana cara untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan kebangsaan bukan banyak hukuman....nama yang digantung banyak memainkan peranan untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara kita...fikir2kanlah
zamri
adil la tu. tan sri kritik kena gantung. peter butler kritik terus kena pecat.
razali kamari
Beginikah dasar FAM langsung tak boleh dikritik, bagaimana mutu bolasepak kita nak meningkat kalau FAM selalu guna kuasa veto...bubarkan sahaja FAM sudah sampai masanya FA Negeri bernaung di bawah MSN.
dode
Allah s.w.t itu maha adil, orang dianiyai akan mendapat balasan di akhirat kelak. sabar TAN SRI, kami rakyat kelantan berada di belakang untuk menyokong Tan Sri. sebagai rakyat MALAYSIA saya malu dengan keputusan FAM yang tidak matang dan tidak menghargai seorang tokoh yang agung seperti Tan Sri
mohd hamdan
Beginila senario bola sepak malaysia...tiada yg berubah...sampai bila2 begitu...wlupun byk komen kat cni tiada gunanya....
pak cik din
Memang patut pun undang2 lapok kenalah dipinda kalau tidak sukan bolasepak negara pun lapok dan masih di takuk lama laa.
alem
FAM takut TSAM yang mempunyai idea dan pendekatan yang mampu memajukan bola sepak malaysia, seperti mana di lakukan di Kelantan, FAM mmg jelas dan terang mahu menghukum TSAM, SU tidak pula dikenakan sebarang tindakan, double standrd punya hukuman, insyaAllah TSAM x gentar!!
ultras
yg penting..rangking malaysia harus ditingkatkn dan piala suzuki mesti dipertahankan..jika tidak, FAM wajib ditransformasikan!!!
Ghaddar
Selamanya kawe sokong Kelantan...
Kami para penyokong Kelantan, akan tetap bersama Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan selamanya...
Usah kita pandang FAM yang kita sudah tahu keputusan2 pak turut...
GOMO KELATE GOMO!!!!!
ape2 je
sengaja buat lebih pada 2 tahun...xbagi TSAM bertanding jawatan presiden...kalo TSAM bertanding n menang, jawatan mereka akan tergugat..so better gantung TSAM lebih pada 2 tahun
man
FAM nak buat apa pun buat lah kerana kuasa di tangan anda.peminat bola jangan risau kerana dengan penyingkiran anuar ini FAM akn meletakkan rangking Malaysia di tempat no 1 dunia dalam tempoh 2 thn setengah nanti.
Angah Cipuddin
ore macam TSAM lah kiter nak dale SUKAN...BIJAK TARIK PENAJA...SO.. LONI...KEPADA HOK MANO ADO DALE FAM...TERUSKAN JASAAN ANDA KEPADA FAM...KEPADA YANG DAH ADER DALAM FAM...SILA TANYA DIRI ANDA...SAPA ANDA...APA JASA ANDA DALAM FAM...INGAT..JANGAN MENIPU DIRI SENDIRI...ADER YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA2NYA...RANKING MALAYSIA OH RANKING MALAYSIA DI CARTA FIFA...
che ismail b.md daud
x perlu ada jawatan timbalan presiden FAM kalau x ada kuasa untuk bercakap
zul
Tahniah FAM kerana buat tindakan yang paling bagus..bubarlah kesemua AJK badan induk FAM ni senang..nak komen pun x boleh pahtu macam mana bolasepak malaysia nak maju!! fikir2kanlah
Shaheezam
patutlah bola sepak negara tak maju pasal ada pemimpin FAM yg tak mahu dikritik ...mereka ni merugikan negara. Sepatutnya mereka yg letak jawatan....Dlm 20thn ni apa pencapaian mereka sebagai pemimpin FAM selain Piala AFC ?
Malu ...jutaan ringgit duit rakyat dilaburkan tapi tiada hasil ... kenapa pemimpin itu tak letak jawatan kerana gagal & membazirkan duit rakyat. Bila ada orang yg dilihat berkemampuan mengambil alih tugas mereka mula lah nak di gantung & macam2 kerenah.
Bodohnya FAM ni ....kalau dah dikritik sebegitu jatuhkan hukuman org tersebut patut mengendali skuad kebangsaan dan buktikan dia boleh buat lebih baik.
Lainlah kalau pemimpin FAM ada agenda tersendiri nak jaga perut masing-masing.
wan
Salam Takziah buat FAM. Sepatutnya orang yang boleh bekerja dan ada idea, kita jaga dan bagi peluang untuk meningkatkan martabat Bolasepak negara. Ini tidak, bila rasa orang ni, lebih menonjol kepimpinannya dengan menaikan mutu bolasepak, FAM terus hukum. Ingatlah sumbagangan yang telah diberikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil untuk melonjakkan Bolasepak Kedah, daripada skuad belasahan kepada Juara Piala Malaysia, begitu juga dengan Tan Sri Anuar. Jadikanlah ia sebagai pengalaman.
anna
Jika ada pemimpin yang berani mengkritik dikatakan menderhaka...bagaimana sukan bolasepak akan maju sebagaiman negara lain...selepas ini jangan haraplah piala suzuki akan menjadi milik malaysia lagi kalau kritikan membina dianggap satu kesalahan. Tambahan pula sikap kenegerian masih ada dalam tampuk persatuan.
fauzi
hukuman tidak masuk akal. TSAM patut tidak dihalang untuk menjalankan tugas selaku Presiden KAFA.
Bukan Org Kelantan
FAM perlu belajar terima kritikan, kalau begini la cara FAM, sampai bila2 pun bola sepak Malaysia xkan maju. TS Annuar telah buktikan (preve) yg dia mampu membimbing bola sepak kelantan ke arah industri bola sepak yg lebih baik. Bezakan skuad Kelantan dulu dan sekarang. Berubah lah org2 FAM untuk bola sepak negara yg lebih baik. Saya bukan org kelantan, cume penyokong kuat bola sepak.
jat
zaman ini bukan zaman batu, presiden seorang boleh bercakap. setidaknya selain dari bapa, bagilah peluang ibu bercakap (timbalan). agama mengajar umat manusia punyai fikiran kritikal. jika tidak sudah tentu manusia ini dikehendaki tunduk kpd satu agama.
KLCC - Lady Roses
hope tan sri am positif....mengalah je lah...apa2 pun, i tetap sokong u coz prestasi player2 negeri u makin hari makin sukses....
Bukan Org Kelantan
FAM perlu belajar terima kritikan, kalau begini la cara FAM, sampai bila2 pun bola sepak Malaysia xkan maju. TS Annuar telah buktikan (preve) yg dia mampu membimbing bola sepak kelantan ke arah industri bola sepak yg lebih baik. Bezakan skuad Kelantan dulu dan sekarang. Berubah lah org2 FAM untuk bola sepak negara yg lebih baik. Saya bukan org kelantan, cume penyokong kuat bola sepak.
izz
sampai bila2 pun bola sepak malaysia tak kan maju kalau cam nie lah sikap fam yang langsung tak boleh di kritik.
sy rasa lebih baik team kelantan tarik diri dari liga malaysia.
kepasa Tan Sri Anuar musa anda telah melakukan yang untuk bola sepak kelantan dan jasa mu akan di kenang sampai bila2.
0 ulasan:
Catat Ulasan