Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Permainan dunia bola sepak'

Posted:

'Permainan dunia bola sepak'

'Permainan dunia bola sepak'

JADI TUMPUAN... Annuar ketika hadir di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.


"PEMAIN bola sepak yang baik sekalipun, tidak bermakna dia tidak akan dikenakan kad merah."

Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) ketika diminta mengulas mengenai hukuman penggantungan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa daripada sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional dan negeri selama dua tahun enam bulan.

Ahmad Shabery berkata, walaupun umum sedar Annuar banyak memberi sumbangan kepada dunia bola sepak tempatan, terutamanya skuad Kelantan sehingga berjaya menjadi antara gergasi Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa tahun lalu, ia tidak bermakna Annuar kebal dari- pada sebarang tindakan.

"Ia adalah sebahagian daripada permainan dalam dunia bola sepak sendiri. Adakalanya pengadil terpaksa layangkan kad kuning atau kad merah, walaupun adakalanya keputusan itu tidak digemari para penyokong tetapi keputusan tetap keputusan," kata- nya.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata. beliau difahamkan yang Annuar sendiri sudah akur dengan kepu- tusan tersebut.

Kelmarin Annuar dikenakan hukuman gantung dua tahun enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah mengkritik skuad bola sepak negara menerusi media pada 12 Februari lalu.

Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara mahupun negeri.

Ahmad Shabery berkata, beliau melihat Annuar dikenakan 'kad merah' terhadap tindakannya yang dikatakan melanggar sebahagian daripada disiplin FAM.

"Pengadil dah berikan kad merah, dia (Annuar) kena akur, kalau dia lawan dia akan berhadapan dengan masalah-masalah lain pula," katanya sambil mengakui bahawa keputusan itu mengakibatkan satu kehilangan dalam arena bola sepak negara.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery mengucapkan tahniah kepada atlet lawan pedang, Yu Peng Kean yang baru melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2010 di London berdasarkan merit.

Atlet berusia 21 tahun itu berjaya ke pentas temasya sukan berprestij tersebut Julai depan selepas menduduki tangga kedua dalam ranking Asia, selepas tempoh kelayakan dimuktamadkan pada penghujung Mac lalu.

"Saya terkejut tetapi amat gembira kerana kita tak pernah terlintas acara ini (lawan pedang) sebagai salah satu daripada agenda Road to London.

"Sekarang jumlah atlet negara ke London sudah bertam- bah," katanya.

Ahmad Shabery berkata, bagi menunaikan janji, Peng Kean akan diberikan elaun terus RM2,500 kerana melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Ini contoh satu persatuan (Persatuan Lawan Pedang Malaysia) yang melalui detik- detik kegawatan suatu masa dahulu kerana terjerumus dalam krisis dan kini mereka sudah menyelesaikannya," katanya.

Afandi pangku tugas Presiden KAFA

Posted:

Afandi pangku tugas Presiden KAFA

Afandi pangku tugas Presiden KAFA

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Afandi Hamzah (gambar) dilantik sebagai pemangku Presiden KAFA berkuat kuasa serta-merta selepas Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional dan negeri.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat telah diadakan petang semalam dan Ahli Majlis KAFA sebulat suara memilih Afandi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mene- rajui persatuan tersebut.

Menurutnya, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan struktur dan hierarki yang mana Afandi merupakan orang No. 2 dalam KAFA selepas Annuar.

Selain itu kata beliau, Afandi di- lihat sebagai individu yang mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan bola sepak Kelantan.

"Secara dasarnya, Datuk Afandi akan memangku jawatan berkenaan sehingga proses pemilihan (Ahli Majlis KAFA yang baharu) diadakan pada 2013.

"Beliau (Afandi) akan memangku tugas sebagai Presiden KAFA dan sebarang keputusan mengenai isu tertentu akan dibuat oleh Majlis Mesyuarat KAFA," kata Azman kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, hukuman yang dijatuhkan ke atas Annuar menyebabkan KAFA dan seluruh peminat bola sepak Kelantan kehi- langan seorang individu yang amat besar sumbangannya dalam usaha memajukan bola sepak di Kelantan.

Katanya, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM merupakan individu yang begitu berkaliber dan memberikan sepenuh jiwa raga dalam memastikan bola sepak Kelantan berada pada tahap yang ada kini.

"Apa yang berlaku ini amat mendukacitakan tetapi kita menerima segala takdir. Saya benar- benar berharap agar pasukan Kelantan mampu mengekalkan prestasi.

"Perkara yang berlaku ini seha- rusnya dijadikan semangat untuk kita terus maju dan kepada para penyokong The Red Warriors, kami mengharapkan sokongan penuh daripada anda semua," ujarnya.

Media tempatan semalam mela- porkan, Annuar digantung selama dua tahun enam bulan oleh Jawa- tankuasa Tatatertib FAM atas tindakannya mengkritik prestasi pasukan bola sepak kebangsaan menerusi media.

Dalam pada itu, Annuar mene- rusi laman sosial Facebook milik- nya dipetik sebagai berkata: "Mereka boleh ambil semua pangkat saya tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya.

"Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak mereka tetapi saya haramkan diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola sepak Malaysia.

"Tindakan FAM memberikan semangat baharu kepada saya. Selebihnya saya serahkan kepada masyarakat dan peminat untuk menilai."

Sang Penyu tak sempat bernafas

Posted:

Sang Penyu tak sempat bernafas

Sang Penyu tak sempat bernafas

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


AWANG IMPORT... Terengganu kini menyandarkan harapan kepada Francis Forkey Doe (kanan) bagi menerajui jentera serangan skuad tersebut.


Di sebalik kemenangan demi kemenangan yang dicipta Terengganu, ada tersimpan sedikit keresahan di hati pengendalinya, Mat Zan Mat Aris selepas memikirkan tahap kecergasan para pemain.

Kelmarin, skuad Penyu itu melengkapkan kunjungan ke kota Singapura dengan membawa balik tiga mata penuh selepas menumbangkan juara Liga Singapura (Liga S), Tampines Rovers 1-0 dalam kempen Piala AFC.

Malam esok, giliran Selangor pula menguji kehebatan Terengganu bagi aksi Liga Super di Shah Alam sebelum skuad Penyu itu melayan kunjungan Tampines di gelanggang sendiri bagi aksi Piala AFC.

Bagi Mat Zan sendiri, beliau mengakui begitu bimbang dengan tahap kecergasan para pemainnya yang terpaksa melalui jadual perlawanan padat dalam saingan Liga Super, Piala AFC dan Piala FA.

"Saya tahu para pemain cukup penat tetapi inilah hakikat yang perlu kami hadapi.

"Kami yang memilih jalan ini dan kami tidak sesekali akan berpatah balik.

"Apa yang saya harapkan, kesungguhan dan tahap disip- lin daripada para pemain agar mereka dapat menjaga kesihatan dan tidak dibelenggu kecederaan serius," kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, kem Terengganu berdepan masalah apabila tiga tonggak utamanya, Mar- zuki Yusof, Reshafiq Alwi dan Abdul Manaf Mamat disahkan mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun, Manaf dijangka kembali membarisi skuad utama dalam masa terdekat, manakala Marzuki yang juga kapten Terengganu dan Resha- fiq terpaksa berehat panjang.

"Sebab itu dari awal musim lagi saya maklumkan kepada pemain bahawa semua yang ada dalam pasukan adalah penting.

"Tidak kira mereka pemain simpanan atau pemain muda, mereka semua sama penting dan amat diperlukan oleh pasukan," jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Tampines kelmarin, Mat Zan memuji kese- belasan utamanya apabila berjaya membawa pulang tiga mata penuh menerusi jaringan tunggal Joseph Kalang Tie.

"Bahagian pertahanan sangat kental dan Sharbinee Alawee juga bermain dengan baik," katanya.

Terengganu kini menduduki tangga kedua dalam Kumpulan F Piala AFC dengan enam mata, tiga mata di belakang pasu- kan Kitchee selepas tiga perla- wanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan