Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Artikel 88 kejam!

Posted: 08 Apr 2012 01:30 PM PDT

TAN Sri Annuar Musa menyifatkan Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) edisi 2010-2014 yang menidakkan hak ahli FAM mengeluarkan kenyataan membabitkan bola sepak Malaysia adalah sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau yang digantung dua setengah tahun kerana mengkritik pasukan kebangsaan secara terbuka turut menyifatkan artikel terbabit sebagai kejam yang akan hanya merugikan pembangunan bola sepak dan harapan peminat bola sepak tempatan.

Saya ingin katakan bahawa media sebenarnya tersalah menafsir Artikel 88. Tafsiran sebenar adalah hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM saja yang boleh buat kenyataan membabitkan bola sepak bukan terhad kepada pasukan kebangsaan. - Tan Sri Annuar Musa

"Kalau boleh saya ingin hapuskan saja artikel berkenaan, ia sebenarnya tidak membantu perkembangan bola sepak. Tapi hendak buat macam mana saya tidak ada kuasa, tambahan lagi saya sudah digantung dua setengah tahun tanpa dibenarkan merayu.

"Saya ingin katakan bahawa media sebenarnya tersalah menafsir Artikel 88. Tafsiran sebenar adalah hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM saja yang boleh buat kenyataan membabitkan bola sepak bukan terhad kepada pasukan kebangsaan," katanya kepada Berita Harian, di Stadium Negeri, Petra Jaya kelmarin.

Terdahulu, apabila ditanya pemberita berkenaan perlawanan Sarawak menentang Kelantan yang berakhir seri 1-1, Annuar secara sinis berkata, saya kena minta kebenaran FAM terlebih dulu sebelum dibenarkan bercakap.

Katanya, penggantungan itu diterima dengan hati terbuka walaupun agak perit untuk ditelan kerana terpaksa melepaskan dua jawatan penting iaitu Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
"Tidak mengapa saya digantung sebab saya percaya ada hikmahnya. Biarlah saya seorang membakar diri demi kepentingan bola sepak negara," katanya.

Katanya, niat untuk membantu Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disalah erti sehingga menyebabkan beliau digantung.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jasni

Pengurusan FAM patut sibuk respon kepada prestasi tidak menggalakkan pasukan bola sepak negara, respon kepada intipati kritikan, bukannya sibuk hal remeh seperti ini. Pasukan bola sepak negara sebenarnya amat sedikit kemajuannya sejak dahulu dan statik pada tahap itu serta kurang memberangsangkan. Kalau kita gah dulu kita pernah capai tahap Olimpik, waktu itu sebenarnya tahap permainan bagi kebanyakan negara sebenarnya agak sama - tahap rendah dan sederhana. Tapi kini lain, banyak negara dah maju tahap permainan mereka. Kalau kita berasa gah untuk kita membandingkan dengan pencapaian Jepun dan Korea yang kita kata dulu setaraf dengan kita, sedarlah kita sebenarnya cuba mengatakan bahawa pasukan bola sepak kita masih di takuk lama sedangkan kedua-dua negara itu sudah beribu langkah jauh ke hadapan. Jadi bagaimana kita nak kata bola sepak kita sudah meningkat ? Handal kita di peringkat Asia Tenggara sahajalah, itupun tak cukup nafas nak capai tahap juara Asia Tenggara. Nak lawan negara-negara jiran pun tenggelam-timbul. Pada saya sebenarnya ini isu yang cuba diketengahkan oleh para pengkritik, tapi macam tak mahu nak sedar diri.Itu nak kita banggakan ? Negara-negara Arab mana yang boleh kita kalahkan ? Sepatutnya kita maju setapak demi setapak dengan menakluk Asia pula setelah sekian lama kita berjuang dalam bola sepak. Lihat sahaja mana ada negara-negara yang tinggi taraf bola sepaknya yang mahu bermain dengan kita sekalipun untuk perlawanan persahabatan. Setakat Maldives, Filipina, Singapura... Perkara inilah yang patut diambil langkah drastik oleh pengurusan FAM, bukan hal remeh dalaman hal kritikan seperti itu. Malah, kritikan seperti itu tak kira oleh siapa pun patut dialu-alukan untuk sama-sama membantu mencari penyelesaian. Kalau nak sangat ikut aturan, buatlah aturan yang tidak memakan diri. Fikirkan sama-sama peraturan yang rasional, pinda mana yang bersifat menikam diri. Masuhkan sahaja artikel tu, atau pinda ayatnya supaya tidak bersifat menganiaya. Sama-sama kita pun nak berbalah. Kalau kita renung, semua individu yang kena cantas sebelum ini merupakan tokoh yang proaktif dalam memajukan bola sepak. Kalau sudahnya begitu, siapa lagi yang nak kita harapkan. Logiknya, apabila mewakili badan sukarela, apa pun tindakan individu tak rugi, yang rugi organisasi yang diwakili. Lihatlah nanti, sepuluh tahun lagi pun prestasi bola sepak kita tak mampu lagi menembusi pasaran Asia!

Boring karenah bola msia

Dah terkene sendiri baru kata artikel itu tak sesuai. Masa berkuasa buat lah sesuatu pinda padam delete ke

Bukan Orang FAM

Semak, kaji, teliti dan buatlah apa saja pada perlembagaan lapuk tu demi kemajuan bola sepak negara. Tolong la ahli-ahli dalam FAM tu buat kerja, bagi pandangan , jangan hanya makan elaun saja. KAMI DAN JEMU...Bosan bosan bosan bosan..dengan sikapmu...

Mad

FAM perlu lebih terbuka dan ubah sikap agar lebih pandang ke depan. Bukan shj Artikel 88 kena hapuskan, sikap kepimpinan yg ortodok jgk perlu dihapuskan. Cuba kita lihat, siapa lg tokoh dlm FAM yg nampak bekerja keras untuk mengubah standard bola sepak kita? FAM sgt mengecewakan !!

BUMIBOLA

ARTIKEL LAPOK..TS ANUAR MUSA BAPA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK.FAM KETINGGALAN ZAMAN DENGAN UNDANG2NYA YANG LAPOK!!

Zain

Bukan artikal tu saja tapi Tuan President tu sekali.

mus

Sampai bila Bola sepak kita nak maju kalau pandangan & pendapat tidak boleh diberi secara terbuka.

croccrom

Biarlah semua orang ada kebebasan untuk mengkritik bola sepak Malaysia supaya semua pemain sentiasa tahu bahawa mereka wajib memberi dan menunjukkan prestasi lebih 100 %.Persatuan tidak perlu melatah..yg baik ambil yang tak baik n tak betul biarlah berlalu oleh waktu. 'main bola memanglah guna kaki, tapi kalau mulut tak bbunyi 'sumbang' pmainan.Dr satu perspektif saya setuju tindakan Tan Sri Annuar Musa.TQ

MHN

Azzuddin minta TSAM bayar kos perbicaran sebanyak RM 2,124, tapi ada yang mengatakan MENGARUT, sekarang ni siapa yang mengarut Azzuddin atau dot dot dot yang mengarut, confirm dah ada yang nyanyok .......

peminat bola negara

FAM patut bersikap terbuka di atas kritikan dari mana - mana pihak hatta dari anggota tertinggi FAM. Bola sepak bukan hak eksklusif FAM sahaja. FAM di amanahkan untuk menjaga dan meningkatkan bola sepak negara. Jangan Hak milik negarakan bola sepak hanya untuk FAM. Apa salahnya kritikan andai kata ia adalah untuk pembangunan bola sepak negara. Jangan menghukum kepada mereka yang banyak berjasa dalam pembangunan bola sepak negara. Penggantungan tersebut memang tidak wajar dan langkah keterbelakang. Adakah ahli FAM perlu dihuni oleh pak turut dan pak kaduk sahaja. Yang hanya pandai bernyanyi bak burung tiong?? Yang cerdik pandai tak boleh nak berada dalam FAM, maka jahanamlah bola sepak negara... kami rakyat malaysia mahukan yang berwibawa dan bijaksana menjaga bola sepak negara. Jenis pak kaduk dan pak turut boleh meletak jawatan .. Majulah sukan untuk negara bukan majukan bola untuk perut sendiri...

pak cik din

Buatlaa ape yg patut, janji bolasepak kita maju dimata dunia. Ini hukum sana hukum sini bolasepak negara masih di takuk lama. Adoiih !! fening..fening betui + fed up

ismail

adalah perlu fam meminda atau memansuhkan segala akta jumud yang mementingkan kuasa veto pr4siden. kerana dalam pembangunan bolasepak atau badan ngo lain, kuasa veto presiden adalah retorik. KIeranas Ngo adalah badan sukarela bertujuan utk pembangunan secara menyeluruh. Fam adalah hak bersama yg perlu di pimpin secara beramanah.Lihat sajalah nanati FAM dan bolasepak Malaysia tidak akan kemana jikalau Fam tidak keluar dari Hanya'Bermain Kuasa". Kita sama2 lihat dan selama inipun Fam seolah -olah hilang punca dan entah di mana fungsinya sebagai Peneraju Agong kepada Bolasepak Maysia. HMM

man

harap artikel 88 itu di hapuskan segera .ianya ketinggalan zaman dan terbukti langsung tidak membantu kearah kemajuan bolasepak negara.

Selangor kembali ke landasan sebenar

Posted: 08 Apr 2012 01:15 PM PDT

Sukan

KEGARANGAN Selangor membelasah Terengganu 6-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam kelmarin meletakkan juara Liga Super 2009 dan 2010 itu kembali ke landasan sebenar untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Selepas prestasi tidak menentu apabila sekadar seri dengan Negeri Sembilan, Sarawak, Lions XII (dua kali) dan Sabah serta tewas kepada FELDA United, PKNS dan Kedah, Selangor kini melonjak ke tangga keempat di belakang Lions XII, Kelantan dan Terengganu.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kemenangan besar ke atas bekas pasukan kendaliannya, Terengganu mampu meningkatkan motivasi pemain untuk dua pertemuan dengan Johor FC di Pasir Gudang, Sabtu ini dan di Stadium Shah Alam, 17 April ini. "Saya puji karakter dan sikap pemain yang memanfaatkan segala peluang terhidang walaupun ketinggalan menerusi gol awal Terengganu. Tapi kami mengetahui Terengganu keletihan dengan jadual padat dan mengambil kesempatan untuk menekan mereka.

"Selain itu, saya juga cukup mengenali pemain Terengganu dan ketiadaan Mazlizam Mohamad di bek kanan cuba dimanfaatkan sepenuhnya. Kami sebenarnya boleh menang perlawanan sebelum ini tetapi sering gagal memanfaatkan peluang.

"Jadi apabila bertemu Johor FC nanti, kemenangan besar ini saya rasa cukup memberi motivasi dan meningkatkan moral para pemain untuk terus meraih kemenangan," kata Irfan ketika ditemui selepas perlawanan.

Biarpun Terengganu mendahului menerusi Ismail Faruqi Ashari seawal minit kesembilan, Selangor bangkit membalas enam gol menerusi Bosko Balaban (25), Solihin Kanasian (36), Amri Yahyah (37 dan 80), Safiq Rahim (45) dan Famirul Asraf Sayuti (86).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan