Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tengku Abdullah ulas hari ini

Posted:

Tengku Abdullah ulas hari ini

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah belum sedia memberikan sebarang ulasan terhadap respons yang diberikan oleh Sultan Ahmad Shah yang tidak bersetuju dengan tindakannya untuk menjadi orang tengah dalam kes penggantungan Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, Tengku Abdullah memilih untuk mengulas mengenai perkara tersebut kepada pihak media hari ini dalam majlis pengumuman kedatangan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Manchester City di salah sebuah hotel di Subang.

"Tunggulah esok ada majlis berkaitan dengan bola. Saya akan cakap esok. Hari ini kita tumpu pada hoki dahulu, lebih baik cakap pasal hoki, " katanya kepada pemberita selepas menonton perlawanan persahabatan skuad remaja Projek 2013 berdepan skuad remaja Pakistan di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pelumba negara cedera serius di Jelajah Thailand

Posted:

Pelumba negara cedera serius di Jelajah Thailand


keadaan Zahraa Anuawar yang masih lemah akibat cedera setelah terlibat dalam kemalangan ketika menyertai Jelajah Thailand di Chiang Rai, semalam.


CHIANG RAI – Dua pelumba lebuh raya wanita negara cedera serius setelah terlibat dalam kemalangan ketika menyertai perlumbaan peringkat kedua Tour of Thailand (ToT) 2012 dari Chiang Rai ke Chiang Khong sejauh 130 kilometer, semalam.

Nurul Sakinah Abdul Karim yang pertama kali menyarung jersi negara pada perlumbaan jelajah, patah tangan kiri apabila terkena penghadang jalan ketika menuruni bukit pada zon pendakian setinggi 450 meter.

Dia terlibat dalam kemalangan tersebut ketika mengelak pelumba Kazakhstan, Marzhan Baitleuova dan pelumba Syria, Seba Alraai.

Sebelum itu, seorang lagi pelumba negara Zahraa Anuawar yang memenangi satu peringkat perlumbaan pada Tour of Vietnam (ToC) 2012 bulan lalu, terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter apabila terlibat dalam kemalangan dengan seorang pelumba pasukan Cycling Custom Club (CCC) pada kilometer 55.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan