Utusan Online - Sukan |
Chong Wei, Pandelela atlet terbaik Posted: Chong Wei, Pandelela atlet terbaikOleh TAN MING WAI
KUALA LUMPUR - Pandelela Rinong yang baru selesai bertanding pada pusingan ketiga Siri Terjun Dunia (WDS) di Moscow, Rusia, Sabtu lalu sepatutnya terus berlepas ke Tijuana, Mexico bagi menghadapi pusingan terakhir WDS di negara Amerika Utara itu. Namun dia memilih untuk mengharungi perjalanan pulang sejauh 11,300 kilometer ke ibu negara semata-mata untuk menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 yang berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan malam tadi. Pandelela yang merupakan antara calon untuk Olahragawati Kebangsaan 2011 pulang ke Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan Anugerah Sukan Negara sebelum berangkat semula ke Mexico yang bakal memakan masa selama 21 jam, hari ini. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. | ||
Memanah, renang berirama diiktiraf Posted: Memanah, renang berirama diiktirafOleh TAN MING WAI HEMALA Devi (dua dari kiri) menerima anugerah Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2011 pada Anugerah Sukan Negara di Seri Kembangan, malam tadi. KUALA LUMPUR - Pencapaian memberangsangkan skuad memanah recurve lelaki negara sepanjang tahun lalu mendapat pengiktirafan setimpal apabila dinobat sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2011, semalam. Pasukan bimbingan Lee Jae-Hyung yang dikritik berikutan prestasi hambar pada 2010 terutama kegagalan pada Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou, mempamerkan kebangkitan yang sekali gus menutup mulut para pengkritik. Pertaruhan berani Jae-Hyung memperkenalkan dua pemanah muda, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin berjaya mengatasi masalah terlalu bergantung kepada Cheng Chu Sian. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan