Harian Metro: Arena |
‘Hati-hati pilih jurulatih’ Posted: 16 Apr 2012 09:49 AM PDT SELEPAS kurang senang dengan tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang seolah-olah terlalu mudah menerima peletakan jawatan Rexy Mainaky, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mahu badan induk badminton tempatan itu lebih berhati-hati dalam memilih pengganti bekas jurulatih beregu wanita negara itu selepas ini. Amaran Zolkples itu bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah BAM kerana beliau benar-benar berharap kes seperti Rexy tidak berulang lagi selepas ini.
"Apapun, saya percaya pembantu Rexy pada masa ini mampu untuk terus membimbing pasukan wanita kita.
"Kita juga mempunyai kekangan kewangan, kalau nak lantik (jurulatih baru) biarlah benar-benar diperlukan. BAM perlu lebih profesional, janganlah ada sebarang sentimen," katanya.
"Rexy sudah membuktikan walaupun ditukar (melatih) beregu wanita, ada pencapaian yang disumbangkannya," katanya.
|
Posted: 16 Apr 2012 09:35 AM PDT PELUMBA harapan negara Azizulhasni Awang masih mempunyai masa memperbaiki prestasinya untuk sampai ke tahap kemuncak bagi menghadiahkan pingat pada temasya Sukan Olimpik, London, Ogos ini. Biarpun gagal memberikan pingat untuk mengulangi pencapaian dua tahun lalu dengan meraih perak di Kejohanan Dunia di Denmark menerusi acara keirin, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab tetap puas hati dengan prestasi semasa atlet itu.
Begitupun Azizul perlu mempertingkatkan usaha terutama dalam acara pecut kerana berdasarkan pencapaian pelumba di Kejohanan Dunia tempoh hari sebanyak 10 pelumba mencatatkan masa di bawa 10 saat berbanding Azizul yang melakarkan 10.193s untuk menduduki tempat ke-27.
"Azizul sudah membuktikan keupayaannya dalam acara pecut ketika meraih perak di Kejohanan Dunia pada 2009 dan sekiranya dia mampu memperbaiki prestasi, dia mungkin boleh berada di kedudukan terbaik untuk pingat," katanya. Sementara itu, Abu Samah turut menyatakan, senarai pelumba yang akan beraksi di Olimpik belum diputuskan kerana setiap calon pelumba perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) terlebih dahulu.
Skuad berbasikal negara melakar sejarah tersendiri apabila pelumba wanita negara, Fatehah Mustapa turut mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik selain dua pelumba lebuh raya layak secara merit untuk beraksi di London. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan