Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Nazmi Faiz sedia ‘pulun’ di Portugal

Posted: 09 May 2012 05:04 PM PDT

Sukan

 Nazmi Faiz Mansor

Nazmi Faiz Mansor

'Saya rasa tidak ada sebarang masalah untuk beraksi di sana'

PEMAIN muda negara, Nazmi Faiz Mansor yang terpilih menjalani ujian pemilihan selama seminggu bersama kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar tidak mahu mengulangi episod sama seperti pernah dilalui beberapa pemain negara sebelum ini.

Walaupun mungkin ramai yang tidak mengenali kelab berkenaan berbanding liga di negara ternama yang lain, namun Nazmi tetap beranggapan peluang pemilihan seminggu yang bermula pada 13 hingga 21 Mei itu satu perkhabaran gembira buat dirinya untuk terus mengembangkan bakat dalam bola sepak. "Ini sudah menjadi satu berita baik bagi saya (menjalani pemilihan) sebab saya tahu orang hanya kenal pasukan di liga Sepanyol dan EPL. Jadi ini peluang terbaik buat saya untuk meraih pengalaman dan mempelajari ilmu baru ketika berada di sana.

"Apabila saya dengar berita ini, saya terus membuat persediaan dan saya rasa tidak ada sebarang masalah untuk beraksi di sana. InsyaAllah saya akan beri 100 peratus kerana saya tahu bukan mudah untuk dapat peluang bermain dengan kelab luar negara," katanya yang menyertai pasukan utama dan bakal bersaing dengan pemain senior kelab berkenaan.

Apa yang lebih menarik dengan tawaran daripada kelab yang pernah dibintangi legenda Portugal, Eusebio da Silva Ferreira itu dibuat secara 'merit' selepas prestasi agen melihat aksi cemerlang Nazmi ketika beraksi dalam saingan Liga Singapura.

Mengikut prestasi semasa, kelab yang digelar dengan panggilan Auri Negros itu kini menduduki tangga ke 12 daripada 16 pasukan dalam saingan liga utama Portugal.
Sementara itu, jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee, berkata di Portugal tidak ada syarat ketat seperti ditetapkan di saingan Liga Inggeris.

"Di Portugal, mereka benarkan pemain yang mereka fikir layak bermain. Jawapan mengenai keputusan pemilihan itu akan dapat diketahui dalam masa seminggu dan kelab berkenaan akan maklumkan kepada kita apa keputusan mereka," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Skuad hoki ghairah benam India

Posted: 09 May 2012 03:48 PM PDT

Sukan

DI atas kertas, pertemuan separuh akhir Piala Remaja Asia Ke-7 antara Malaysia dan India, hari ini pasti sengit tatkala masing-masing merakamkan 15 jaringan pada saingan peringkat kumpulan.

Jika diukur berdasarkan statistik jaringan, Malaysia ada kekuatan dalam pukulan sudut penalti yang menyumbang enam sementara India hanya tiga keseluruhan – meletakkan skuad Projek 2013 berada di landasan selesa.

Tetapi andai diukur atas rekod jaringan padang, skuad bimbingan Baljit Singh Saini tampak lebih bermaya dengan menghasilkan 12 jaringan dalam tiga perlawanan peringkat Kumpulan B berbanding Malaysia dengan lapan jaringan - membolehkan aksi perlawanan hari ini bersifat 50-50. Namun, pengurus pasukan Mirnawan Nawawi beranggapan statistik ini tidak boleh dijadikan satu ukuran sebenar dan aksi pemain negara di Stadium Majlis Bandar Raya Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit, Melaka adalah lebih penting bagi melengkapkan hajat menjadi juara dalam kejohanan itu kali ini.

"Pasukan negara tidak pernah kalah atau pun seri dalam saingan peringkat kumpulan tetapi apa yang saya lihat cabaran separuh akhir ini amat berbeza kerana ia adalah perlawanan kalah mati.

"Saya lebih pentingkan prestasi pemain negara berbanding lawan kerana jika mereka dapat bermain pada potensi sebenar, saya percaya pasukan tidak mempunyai masalah menundukkan India," katanya yang dalam masa sama menghormati India kerana mempunyai pemain berkaliber.

Sementara itu, penyerang berbisa negara, Faizal Saari yang meledak empat gol untuk berada di tangga ketiga senarai penjaring terbanyak di belakang rakan sepasukan Muhammad Noor Faeez Ibrahim (lima gol) dan Jihun Yang dari Korea Selatan (enam gol) menjanjikan aksi terbaiknya bagi menjulang trofi kemenangan.
"Saya sudah lihat corak permainan India dan percaya pasukan negara boleh mencipta kemenangan apa lagi dengan sokongan padu penyokong yang tidak jemu berada di belakang kami," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan