Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tekad Faizal

Posted: 08 May 2012 11:56 AM PDT

PELEDAK berbisa negara Faizal Saari berazam mencipta kejayaan buat negara pada aksi separuh akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia Ke-7 di Stadium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Bukit Serindit, petang esok.

Selepas mencipta hatrik pada aksi berdepan Iran selain dua gol ketika membelasah Korea 6-3 dan satu gol menewaskan Jepun 3-1, anak kelahiran Rantau Panjang, Kelantan itu mahu menjulang kejayaan negara muncul juara Asia buat kali pertama.


Sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1987 di Karachi, Pakistan, skuad negara hanya meraih naib juara sebagai pencapaian terbaik pada edisi di Kuala Lumpur.

Kehebatannya mencipta gol di depan gawang sehingga di geruni lawan jelas menjadi senjata negara berdepan juara bertahan itu.


Sambil mengakui lawan memiliki benteng kebal dan permainan pantas yang sukar dibaca, Faizal yakin rakan sepasukan mampu mempamerkan aksi konsisten.


Menurutnya, sokongan padu peminat jelas membakar semangat skuad negara untuk bergerak agresif memburu jaringan dan mencipta kemenangan.

Mengakui amat teruja meletakkan negara beraksi di pentas Piala Dunia Remaja 2013 New Delhi, dia turut mengharapkan bonus kejayaan menewaskan lawan untuk memburu mahkota Asia.


Faizal yang turut beraksi bersama adiknya Fitri Saari, 18, dalam skuad itu menganggap kehadiran keluarga tersayang termasuk ayah, Saari Zakaria dan ibunya, Asiah Abdullah membakar semangat mereka.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, Malaysia mampu menyekat India untuk muncul juara hatrik selepas mereka unggul pada edisi ke-5 dan 6.


Dengan prestasi konsisten menerusi tiga kemenangan tanpa kalah, tidak mustahil misi menjuarai kejohanan mampu menjadi kenyataan.




Sasitharen meluap-luap

Posted: 08 May 2012 11:44 AM PDT

TANGGUNGJAWAB besar digalas Sasitharen Sukumaran pada musim 2012 apabila Boon Siew Honda Sdn Bhd meletakkan sasaran tinggi kepada pelumba 20 tahun itu pada aksi pertamanya di Piala Impian Asia (ADC) yang berlangsung seiring dengan Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

Kelas perlumbaan baru dijalankan dengan sokongan penuh Honda Motor Co Ltd, Jepun adalah program biasiswa kepada 16 pelumba muda dari seluruh Asia mempamerkan kebolehan menunggang jentera Honda CBR250R, model pengeluaran menyamai kelas Moto3 yang diperkenalkan di MotoGP tahun ini.


Pengurus Boon Siew Honda Motorsports, Rodney Peh berkata, pelumba yang lebih mesra dengan panggilan Sasi dipilih membawa cabaran Malaysia dalam kategori ADC selepas membuktikan kemampuan menduduki tangga kesembilan keseluruhan dengan dua kali menaiki podium kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas.

Pelumba kelahiran Puchong turut mempamerkan prestasi cemerlang apabila menduduki tangga kedua keseluruhan SuperSports B di Malaysian Super Series (MSS) musim lalu berada di belakang juara, Ahmad Nashrul Baharudin (Bike ART Kawasaki Racing) walaupun kekurangan pengalaman menunggang jentera SuperSports.


Berdasarkan pencapaian itu, Rodney berpendapat Sasi mampu beraksi lebih cemerlang.


"Sasi menunjukkan banyak peningkatan musim lalu. Kami menyediakan program buatnya dan berjaya melakukannya dengan baik terutama selepas menduduki tangga kedua keseluruhan kategori SuperSports B di MSS.

"Pencapaiannya di Cub Prix tahun lalu juga agak baik cuma nasib tidak begitu menyebelahinya," katanya.


Rodney berkata, Piala Impian Asia adalah kategori baru di Malaysia namun perlumbaan dengan jentera CBR250R bukanlah sesuatu yang baru di kebanyakan negara luar.

"Negara jiran seperti Thailand, Jepun dan Indonesia sudah memperkenalkan kategori ini dan memberi kelebihan kepada mereka berbanding Sasi. "Namun berdasarkan kesungguhan dan prestasi tahun lalu, ia bukan satu masalah kepadanya.


"Kami yakin dia boleh bersaing menamatkan perlumbaan di kalangan lima pelumba terbaik dan jika berjaya menaiki podium, ia satu bonus kepada kami. Cuma dia perlu terus bekerja keras dan mempamerkan aksi konsisten." Sementara itu Sasi berkata: "Saya sangat teruja untuk beraksi namun pada masa sama mula berasakan tekanannya kerana bakal bersaing dengan pelumba berbakat dari seluruh Asia.


"Tambahan pula saya masih kekurangan pengalaman menunggang jentera silinder tunggal seperti ini. "Namun begitu, dengan peluang untuk menguji jentera Moto3 menanti pelumba terbaik ADC tahun ini, saya tidak mahu melepaskan peluang ini."




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan