Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Selangor bangkit di Shah Alam, NS lonjak tangga ketiga

Posted: 15 May 2012 12:24 PM PDT

Sukan

PEMAIN FELDA, Eddy Viator (kanan) cuba menghalang Azidan  melakukan rembatan   pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Roslin Mat Tahir

PEMAIN FELDA, Eddy Viator (kanan) cuba menghalang Azidan melakukan rembatan pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Roslin Mat Tahir

SELANGOR kembali melakar kemenangan apabila menang tipis ke atas FELDA United 2-1 di Stadium Shah Alam malam tadi. Tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-37 menerusi Azidan Sarudin tetapi kelebihan itu dipadamkan Farderin Kadir sejurus sebelum rehat.

Tiga minit selepas rehat, Azidan menceriakan penyokong Selangor apabila meledak gol kemenangan yang melonjak pasukan kendalian Azraai Khor Abdullah itu ke tangga kelima liga.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan mengutip tiga mata selepas menewaskan Perak 3-1 untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super dalam perlawanan yang dicemari dua layangan kad merah - satu untuk setiap pasukan. Pasukan pelawat membuka jaringan menerusi Michal Kubala seawal minit keenam tetapi Effa Owona menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit ke-24 dan pada babak kedua, meletak Negeri Sembilan di depan dengan jaringan minit ke-66.

Pada minit ke-80, ketegangan antara kedua pasukan menyaksikan pemain pelawat, Shahrulnizam Mustapa dan pemain tuan rumah, Idris Abdul Karim dilayangkan kad merah. Tiga minit kemudian, Negeri Sembilan memastikan kemenangan menerusi Marian Farbak.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, tuan rumah Kedah yang berada dalam zon penyingkiran terus kempunan mengutip tiga mata dalam lima perlawanan terakhir apabila tumpas 1-3 di tangan PKNS.

Helmi Lousaief membuka jaringan untuk pelawat pada minit ke-45 dan Nizaruddin Yusof menambah jaringan pada minit ke-51 sebelum tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Vedran Gerc (m-59). Rudie Ramli memastikan kemenangan buat PKNS pada minit ke-79.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan tercorot Kuala Lumpur mengutip mata ketiga musim ini selepas mengikat pendahulu liga, Lions XII 0-0.

Pelawat hampir meraih tiga mata namun percubaan di depan gol menerusi Sufian Anuar (m-85 dan 89) tersasar dan diselamatkan pertahanan skuad Warga Kota.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Fadzli Saari muncul wira T-Team apabila meledak dua gol pada minit ke-29 dan 68 bagi mengatasi jaringan penalti minit ke-32 import baru Sabah, Hendrik A Helmke. Ini adalah kekalahan ketiga Sabahawks di tempat sendiri dalam kempen Liga Super setakat ini.


Kekang Ronaldinho: Apek

Posted: 15 May 2012 12:22 PM PDT

Sukan

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mahu barisan pertahanan mengawal ketat penyerang import berbisa Sime Darby Patrick Ronaldinho Wleh yang boleh mengucar-kacirkan kubu mereka pada final Piala FA, Sabtu ini.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkata, barisan pertahanan The Red Warriors harus lebih berwaspada dengan pergerakan jentera serangan Sime Darby diketuai pemain dari Liberia itu.

"Pergerakan Ronaldinho perlu dikawal ketat kerana pemain itu ada kemahiran penyudah tajam yang boleh menghasilkan gol buat pasukannya. "Kami tidak memandang mudah pertemuan dengan Sime Darby, Sabtu ini sebaliknya mengambil perhatian lebih serius tentang perlawanan itu nanti kerana sebelum ini pasukan itu banyak membuat kejutan apabila berjaya menewaskan Johor FC dan Terengganu untuk layak ke final Piala FA," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Apek mengingatkan pertemuan dengan Sime Darby itu tidak boleh dipandang mudah dan meminta rakan sepasukan berwaspada dalam perlawanan itu bagi mengelakkan kesilapan yang boleh mengundang kekalahan kepada The Red Warriors.

Pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam pula berkata: "Saya percaya kehadiran pemain import, Obina Nwaneri menguatkan lagi barisan pertahanan kami. Ini dilihat sebagai tunjang menyekat kemaraan pemain itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

krabusare

steady sep kito........pakat doa blako

Pahlawan_Merah

Gud luck klate kito...ari sabtu ni main abis-abisan deh....usaha tngga kjayaan....Biar Piala FA hok baru ni jadi mlik kito....gapo2 pun buat yang terbaik ko ngeri kito dan pnyokong2....

Team Kuda Merah

Kami anak Kelantan di perantauan akan menunggu ketibaan para penyokong TRW dari Kelantan...
X sabar dah nk tunggu 19hb ni...
Semoga sentiasa berhati-hati dalam perjalanan wahai saudara-saudaraku rakyat Kelantan...
Bukit Jalil akan menjadi lautan MERAH PUTIH kembali!!!!!

kingkong temasik

tahun dpn team kelantan cuba pikat
ronaldinho ni..mmg dia handal dari player
import yg ada kat Liga M skrg..

Yusuf Ayub

Gomo SIME DARBY Gomo!!!

melighani

Sama-sama turunkan pemain terbaik setiap pasukan dan pamerkan permainan yang bermutu dan terbaik..,biar final FA 2012 terbaik dari final yang lepas-lepas..,

aku_achick

terbaik kelate.. Obina Nwaneri jago molek deh..

imegresen. bkt bunga JELI kltn

dunia TRW idea hebat sunguh.sime darby makan asaplah nanti.

klate sengoti

Terbaik lah....Gomo Klate Gomo


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen