Harian Metro: Arena |
Posted: 06 Jul 2012 10:16 AM PDT PINTU buat skuad negara untuk beraksi di pusingan akhir Kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) tahun depan sudah tertutup selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan tidak mahu membuat bantahan rasmi ke atas Myanmar yang disyaki menggunakan pemain lebih umur pada saingan kelayakan Kumpulan G di Yangon baru-baru ini. Keputusan FAM untuk tidak menghantar laporan lengkap surat bantahan dalam tempoh 48 jam selepas tamat perlawanan Malaysia dan Myanmar Selasa lalu itu dibuat atas alasan, bukti yang diperoleh tidak cukup bagi membolehkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat siasatan.
"Saya mengesahkan pasukan Malaysia ada menghantar surat bantahan awal selepas perlawanan dengan Myanmar di Yangon. Namun FAM membuat keputusan tidak mahu membuat bantahan susulan dan keputusan ini sudah dimaklumkan kepada Presiden, Sultan Ahmad Shah pagi tadi (semalam).
Malah Malaysia juga tidak berpeluang untuk beraksi sebagai tuan rumah kejohanan itu memandangkan Oman dan Thailand sudah membuat bidaan sebelum bidaan itu ditutup.
Hasil siasatan kepada dokumen pendaftaran pemain itu mengesahkan ketiga-tiga pemain berkenaan masih berusia bawah 22 tahun termasuk kapten, Zayar Win yang sebenarnya mempunyai nama sama dengan pemain lebih tua.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07 |
Posted: 06 Jul 2012 10:12 AM PDT KEKECEWAAN Siti Fatimah Remey tersisih daripada kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-15 kali ini terubat juga apabila dia yang mewakili Perak, meraih pingat emas bagi kategori featherweight pada hari terakhir acara taekwondo semalam. Siti Fatimah yang lahir di Selangor tidak mendapat tempat dalam kontinjen Selangor kerana prestasi kurang memberangsangkan dan susulan daripada itu, atlet berusia 19 tahun itu mengambil keputusan untuk mewakili Perak.
"Selepas tidak mendapat tempat dalam kontinjen Selangor, saya mengambil keputusan untuk mewakili Perak. Alhamdulillah keputusan saya membuahkan hasil apabila meraih pingat emas pada Sukma kali ini.
Selain Siti Fatimah, turut meraih emas pada hari terakhir acara taekwondo semalam ialah Fitriya Abu Mansur dari Terengganu menerusi acara finweight bawah 46kg yang menewaskan T Shakila dari Perak.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan