Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Irfan harap sentuhan Amri

Posted: 24 Sep 2012 03:48 PM PDT

Kuala Lumpur: Kesebelasan terbaik yang dapat diturunkan Selangor berdepan Johor FC pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Pasir Gudang, malam ini diharap mampu memberikan bekalan selesa dibawa ke perlawanan kedua di Shah Alam, minggu depan.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim jelas mengharapkan ketajaman sentuhan penyudah gandingan penyerang Amri Yahyah dan Bosko Balaban serta sumbangan pemain pinjaman, Rozaimi Abd Rahman (Sabah) dan S Veenod (USM) untuk meneruskan Misi 33.

Tiada masalah kecederaan di kalangan pemain utama. Semua boleh diturunkan kecuali Adib Aizzuddin Latif yang digantung perlawanan. Asraruddin Putra Omar dan K Gurusamy sememangnya mengalami kecederaan panjang.
Pemain perlu sedar, kita di saingan kalah mati, jangan tunggu sehingga perlawanan kedua di tempat sendiri, kalau boleh kita kena menang selesa perlawanan pertama, kata Irfan.

Sementara itu, pengendali skuad Johor FC, Sazali Saidun berkata bekas penjaga gol Harimau Muda A, Mohd Zamir Selamat akan dipilih sebagai penjaga gol utama berdasarkan prestasi cemerlang ketika aksi Kumpulan A hanya melepaskan lima gol.

Zamir tak gopoh

Katanya, Mohd Zamir tidak gopoh apabila berdepan situasi berbahaya terutama corak permainan pantas Selangor yang begitu dahagakan kemenangan bagi mencari kedudukan selesa pada aksi pertama.
Johor FC tampak tempang tanpa Arthur Henrique di barisan serangan dan mungkin Fernando Augusto Pereirra diketepikan kerana demam. Saya harap Mohd Zamir tenang mengemudi gawang gol dan mengelak pintu gol dibolosi," kata Sazali.

Selepas kempunan sekadar beraksi selaku penjaga gol kedua pada awal saingan Liga Super, Mohd Zamir, diberi kepercayaan mengawal gawang skuad Lebah - kini tampak sudah bersedia menghalang serangan anak didik Irfan Bakti.

Snedeker gah, tambah kaya

Posted: 24 Sep 2012 03:47 PM PDT

Atlanta: Pemain Amerika Syarikat (AS), Brandt Snedeker memenangi Kejuaraan Jelajah PGA AS dan membawa pulang hadiah bonus lumayan AS$10 juta (RM30.6 juta) dengan meraih mahkota jelajah playoff selepas mencatat pukulan dua bawah par 68 pada pusingan akhir, kelmarin.

Snedeker, 31, salah seorang daripada lima pemain, termasuk pemenang 14 kejuaraan major, Tiger Woods dan pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy yang mendahului pungutan mata playoff bersaing hebat namun semuanya tidak menjadi dalam pertembungan 30 pemain golf terbaik dunia itu.

Saya mendapat keyakinan penuh dengan apa yang saya lakukan di sini. Saya melakukan pukulan yang baik sepanjang minggu dan putt yang hebat ketika saya perlukan, kata Snedeker yang turut memenangi hadiah tambahan AS$1.44 juta (RM4.4 juta) kerana memenangi Kejuaraan Jelajah.
Permainannya menakjubkan, kata McIlroy yang menamatkan permainan di tempat ke-10 manakala pemain nombor dua dunia, Woods berada di kedudukan kelapan. Dia mengekalkan pendahuluan dan bermain dengan baik.

Snedeker menamatkan permainan 72 lubang dengan keseluruhan 10 bawah par 270 menewaskan pemain Britain, Justin Rose dengan kelebihan tiga pukulan manakala Luke Donald dan Ryan Moore berkongsi tempat ketiga dengan 274.
AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan