Harian Metro: Arena |
Posted: 24 Sep 2012 01:15 PM PDT SELESAI cara baik atau jumpa di mahkamah! Itu kata dua jurulatih Terengganu yang baru dipecat, Peter James Butler kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Butler yang menyerahkan surat rayuannya kepada Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh semalam berkata, beliau sanggup duduk berbincang secara baik tapi turut rela menyelesaikan masalah penamatan kontraknya di mahkamah.
Bagi kesalahan bercakap kepada media tanpa kebenaran pengurusan mengenai masalah disiplin pemain pertahanan, Muslim Ahmad dan pemain tengah, Ismail Faruqi Ismail, jurulatih berusia 46 tahun itu dihukum gantung enam bulan dan didenda RM4,000.
Katanya, surat rayuan empat muka surat itu ditulis kerana berasa PBSNT tidak mempunyai asas cukup untuk mengambil tindakan dan hukuman diterimanya tidak adil.
"Ada lagi contoh lain yang saya kemukakan dalam surat rayuan itu dan berharap persatuan dapat menimbangkan semula keputusan dan saya pula dibebaskan daripada semua tuduhan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/25 |
Posted: 24 Sep 2012 12:33 PM PDT SELEPAS Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012 di Kluang, Johor berakhir, kelmarin, saingan merebut mahkota Anugerah Berpasukan Keseluruhan kategori CP130 dan CP115 musim ini dilihat masih terbuka. Berbaki tiga pusingan lagi, tidak ada pasukan mendominasi saingan kedua-dua kategori itu. Bagi pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2, walaupun dua pelumba, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Fitri Ashraf Razali berupaya mengutip 189 mata untuk menerajui tangga teratas senarai berpasukan CP130, kedudukan ini masih belum selamat dan mampu dipintas.
Dengan baki 135 mata maksimum yang mampu dikutip setiap pasukan pada pusingan akan datang, empat pasukan lain dilihat masih berupaya bergelar pasukan terbaik musim ini, termasuk juara bertahan, Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 1 yang mengekalkan gandingan Norizman Ismail dan Mohd Affendi Rosli selain Pachie Yuzy Honda Racing, Yamaha Maju Motor Racing dan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM.
"Contoh paling ketara adalah pasukan Faito Motobert Racing dan CKJ Yamaha Racing. Walaupun masih baru, mereka berupaya menyediakan jentera yang pantas bersesuaian dengan karakter pelumba dan pada masa sama mengancam kedudukan lawan. "Justeru, tidak hairan mereka memenangi kategori masing-masing di Kluang minggu lalu. Tanpa dominasi ditunjukkan mana-mana pasukan setakat ini, saingan bagi baki pusingan pasti bertambah menarik terutama perebutan pasukan terbaik." Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012 berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 6 dan 7 Oktober. Maklumat lanjut, hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau layari laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di www.malaysiancubprix.com. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan