Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


3 mata Berbatov

Posted: 19 Mar 2011 02:25 PM PDT

Sukan

WAYNE Rooney (kiri) bersaing
dengan Gary Cahill pada saingan
Liga Perdana inggeris
di Old Trafford, malam tadi.

WAYNE Rooney (kiri) bersaing dengan Gary Cahill pada saingan Liga Perdana inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Arsenal terlepas peluang ekori rapat Man U apabila seri dengan West Brom

MANCHESTER United terus mengukuhkan cengkaman dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila barisan 10 pemain Alex Ferguson menang 1-0 ke atas Bolton di Old Trafford ketika pencabar terdekat Arsenal tercicir mata selepas seri 2-2 dengan West Bromwich Albion, malam tadi.

Tanpa Ferguson yang menyaksikan permainan di tempat duduk penonton, United yang berdepan krisis barisan pertahanan, berada dalam situasi sukar pada suatu ketika apabila Johnny Evans dilayangkan kad merah pada minit ke-76 kerana menerjah keras Stuart Holden. Namun Dimitar Berbatov muncul wira dengan jaringan penting dua mi­­­­nit sebelum permainan tamat untuk memastikan tiga mata penuh, sekali gus meletakkan Red Devils kini lima mata di depan Gunners selepas 30 perlawanan.

Arsenal pula, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan diramal pengurus Spurs, Harry Redknapp sebagai mampu mencabar United musim ini, meletakkan pemburuan mereka menjadi sukar semula apabila tercicir mata, malah ketinggalan dua gol menerusi jari-ngan Steven Reid seawal minit ketiga dan Peter Odemwingie (58) di The Hawthorns.

Kebangkitan menarik hanya dipamerkan apabila dua gol Andrei Arshavin (70) dan Robin van Persie (78) menjadi penyelamat untuk memastikan mereka pulang dengan satu mata.

Dalam perlawanan terdahulu, Spurs juga tercicir mata apabila seri tanpa jaringan dengan West Ham tetapi Stoke muncul pasukan paling menyerlah apabila membelasah Newcastle 4-0 di Stadium Britannia. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KLHC julang Piala TNB

Posted: 19 Mar 2011 02:16 PM PDT

Sukan

PENYERANG KLHC Nabil Fiqri (dua dari kanan) menggegar gawang sebaik permainan bermula.

PENYERANG KLHC Nabil Fiqri (dua dari kanan) menggegar gawang sebaik permainan bermula.

Anak buah Dhaarmaraj lengkap dua gelaran selepas ungguli saingan liga

KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) merangkul gelaran berganda apabila menjuarai Piala TNB selepas menumpaskan Sapura 3-1 pada perlawanan akhir Piala TNB-Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Tun Razak, malam tadi.

Ulangan gemilang 2008 - selain lima kejuaraan liga berturut-turut - melengkapi dua gelaran keseluruhan buat anak buah Muhammad Dhaarmaraj Abdullah yang membawa pulang RM60,000. Sapura di tempat kedua dan berpuas hati dengan RM40,000. Tempat ketiga dengan hadiah RM30,000 menjadi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menewaskan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) 3-1.

"Kemenangan malam ini sangat bermakna selepas kecewa di separuh akhir kepada Sapura tahun lalu. Pemain begitu bersungguh-sungguh dan beraksi de-ngan baik," kata Dhaarmaraj sejurus tamat perlawanan.

Terdahulu, segala-galanya terlalu pantas buat Sapura apabila Nabil Fiqri Mohd Noor meledak hantaran kapten KLHC, Azlan Misron untuk gol sulung sejurus selepas wisel mula, ketika pengulas perlawanan, Datuk Hasbullah Awang belumpun selesai mengumumkan nama pemain.

Selepas persembahan pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zon Tengah di depan kira-kira 2,000 penonton pada masa rehat, pemain import dari Korea Selatan, Lim Woo Geun menyamakan kedudukan buat Sapura menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-46.
Namun Muhammad Razie Abd Rahim kembali menyalakan harapan KLHC menerusi jaringan peribadi ke-27 pada minit ke-48, diikuti jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-57 yang mengesahkan kemenangan mutlak KLHC.

Saingan turut dicemari insiden pergaduhan yang menyebabkan Sapura terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penyerang-nya, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi dilayangkan kad merah.

Dalam penentuan tempat ketiga, penyerang berbakat, Faizal Shaari mengenepikan tekanan sebagai penja-ring harapan untuk kembali memperlihatkan `sentuhannya' dengan menyumbang dua daripada tiga gol kemenangan TNB.

Dia menyudahkan dua daripada lima peluang pukulan sudut penalti pada minit ke-25 dan 45, diikuti gol Mahinder Singh pada minit ke-67 manakala gol tunggal YNS dijaringkan pemain Pakistan, Muhammad Imran pada minit ke-16.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan