Kosmo Online - Sukan |
Posted: Liverpool kembali bernafsuDIRK Kuyt (kanan) meraikan jaringan ketika menyumbang gol pertama Liverpool melalui sepakan penalti dalam perlawanan menentang Sunderland sebelum Luis Suarez (kiri) menambah gol kedua. Liverpool menang 2-0. SELEPAS tersingkir daripada saingan Liga Europa minggu lalu, Liverpool kembali memusatkan tumpuan mereka untuk merebut tiket Liga Juara-Juara Eropah musim depan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sunderland di tempat lawan. Dua jaringan menerusi Dirk Kuyt (penalti minit 34) dan Luis Suarez (minit 77) dalam setiap babak mencerahkan peluang mereka untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England terutama selepas menewaskan Manchester United 3-1 sebelum ini. Walaupun kekal di tangga keenam liga dengan 45 mata hasil daripada 30 perlawanan tetapi skuad kendalian Kenny Dalglish itu semakin menghampiri Tottenham Hotspurs yang mengumpul 49 mata tetapi bermain kurang satu perlawanan. Kelmarin Spurs hanya mampu seri 0-0 dengan West Ham. Begitu juga Arsenal yang terikat 2-2 dengan West Bromwich. Bagaimanapun, untuk Liverpool mengejar United yang menang 1-0 ke atas Bolton agak sukar. Jika Liverpool mampu mengekalkan momentum kemenangan ini ketika aksi musim 2010/2011 hanya berbaki lapan perlawanan sahaja lagi, tidak mustahil mereka mampu memintas Spurs dan Chelsea. Ditambah dengan perlawanan penghujung musim akan menemukan sesama sendiri kelab yang berada dalam kelompok teratas liga, nasib pasukan seperti Arsenal dan City juga masih tidak menentu. Sementara itu, Chelsea melonjak ke tangga ketiga liga dengan memintas City selepas menang 2-0 ke atas skuad bimbingan Roberto Mancini itu di Stamford Bridge. Kemenangan itu sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan Chelsea yang ditewaskan City dengan 0-1 di Stadium Manchester, September tahun lalu. Gol-gol Chelsea semalam dijaringkan David Luiz pada minit ke-78 dan Ramires pada minit ke-90 selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam tempoh lebih sejam permainan. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: United lega rehat dua mingguBERBATOV (tengah) menjaringkan gol tunggal United untuk kemenangan ke atas Bolton kelmarin, sekali gus melebarkan penguasaan dalam Liga Perdana England. MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kini boleh menarik nafas lega selepas skuad kendaliannya itu terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana England. Kelmarin, anak-anak buah Ferguson mengutip tiga mata berharga apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Bolton Wande- rers di Old Trafford. Terima kasih kepada penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov yang meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-88 bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad The Red Devils. Kemenangan itu sekali gus melegakan Ferguson apabila The Red Devils kini unggul selaku pendahulu liga dengan mengumpul 63 mata, lima mata meninggalkan Arsenal yang menghuni tangga kedua. Saingan Liga Perdana England bakal berehat untuk tempoh dua minggu selepas ini bagi memberi laluan kepada perlawanan antara- bangsa. Sekalipun Arsenal masih mempunyai baki kurang satu perlawa- nan berbanding United, namun ia sedikit pun tidak meresahkan Ferguson yang menjangkakan The Red Devils akan kembali mantap dengan kehadiran semula beberapa tonggak utama yang sebelum ini mengalami kecederaan. "Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana kami masih lagi menjadi pendahulu liga. "Mereka (Arsenal) bermain kurang satu perlawanan tetapi kami memiliki mata yang cukup untuk menjarakkan kedudukan dengan mereka. Jadi kami tidak perlu bimbang mengenai perkara itu. "Apabila saingan bersambung semula nanti, kami akan mendapat khidmat beberapa tonggak utama kami yang sebelum ini mengalami kecederaan. "Diharapkan Park Ji-sung, Nemanja Vidic, Darren Fletcher akan kembali pulih daripada kecederaan mereka sepenuhnya sebelum saingan liga bersambung semula," jelas Ferguson. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Azizulhasni akui cemburui HoyOleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
JAGUH Keirin No. 1 dunia, Mohd. Azizulhasni Awang mengakui ada 'dendam' yang perlu dilunaskannya terhadap jaguh dari Britain, Chris Hoy. Juara Olimpik 2008, Hoy banyak kali menjadi penghalang kepada Azizulhasni dalam beberapa pertemuan sebelum ini, termasuk Kejohanan Trek Dunia 2010 yang mana menyaksi- kan pelumba kelahiran Dungun itu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak. Malah, ketika insiden pada Siri Trek Piala Dunia Klasik bulan lalu yang menyaksikan betisnya tertusuk serpihan kayu trek, Hoy dengan lantangnya membuat kenyataan bahawa cara kayuhan Azizulhasni yang sebenarnya telah menyebabkan insiden tersebut berlaku. Justeru, pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu berazam untuk menutup mulut Hoy, juara Keirin dunia 2010 dengan Sukan Olimpik London 2012 menjadi medannya. "Siapa yang tidak iri hati apabila melihat lawan asyik menang saja," kata Azizulhasni ketika hadir meluangkan masa hampir dua jam berinteraksi dengan peminat melalui laman web Online Utusan Malaysia semalam. "Persaingan kami memang selalunya sengit dan saya juga yakin dapat mengalahkannya suatu hari nanti. "Bagaimanapun, saya berharap saat itu akan tiba pada Sukan Olimpik 2012 nanti, malah saya memang berhajat untuk menewaskan Hoy di hada- pan peminatnya sendiri," ujarnya lagi. Meskipun kata-kata Azizulhasni itu seakan-akan menggambarkan suatu permusuhan yang hebat di antaranya dengan Hoy, namun pelumba berusia 23 tahun itu menegaskan, permusuhan tersebut hanyalah tegang di dalam gelanggang. Sebaliknya kata Azizulhasni lagi, mereka saling menegur di antara satu sama lain baik sebelum mahupun selepas tamat perlumbaan. "Hoy sebenarnya bukan seorang pelumba yang ego, seba- liknya dia seorang yang amat menghormati lawannya," jelas Azizulhasni. "Saya tidak bermusuhan dengannya langsung, sebaliknya perseteruan kami hanya di gelanggang dan ketika perlumbaan masing-masing mempunyai misi untuk menewaskan antara satu sama lain. "Suasana memang tegang ketika semua orang ingin memu- lakan perlumbaan, mungkin kerana pelumba memberi fokus yang menyeluruh terutama sekali dalam perlumbaan penting seperti Kejohanan Trek Dunia, Sukan Olimpik mahupun Sukan Asia dan Sukan Komanwel," katanya. Azizulhasni yang akan melangsungkan Majlis Resepsi pada 3 April depan juga menga- kui, dia sekarang sedang membuat perancangan keluarga dan masih belum memutuskan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat kerana masih belum stabil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan