Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tekad Chelsea

Posted: 19 Mar 2011 11:30 AM PDT

LONDON: Carlo Ancelotti menegaskan Chelsea kekal bersaing bagi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris namun peluang mereka untuk melakukan kebangkitan lewat mampu diperkukuhkan sekiranya mereka meraih kemenangan ke atas Manchester City di Stamford Bridge, malam ini.

Begitu juga buat City, yang ketika ini menduduki tangga ketiga liga di belakang pendahulu Manchester United dan Arsenal, mereka mampu meneruskan saingan sengit sekiranya berjaya mencatat kemenangan berganda ke atas pasukan kendalian Ancelotti itu.


Chelsea menyedari kemenangan boleh membantu mereka melonjakkan diri melepasi City di tangga ketiga sekali gus boleh membangkitkan semula keghairahan di barat London selepas prestasi tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Kemenangan secara agregat pada pertengahan minggu pada Liga Juara-Juara Eropah ke atas FC Copenhagen mencetus pertembungan suku akhir dengan United.


Ancelotti, bagaimanapun, tidak menganggap pasukannya kini mampu mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu dan seperti pengurus City, Roberto Mancini, lebih berkira-kira mengakhiri kempen dalam kelompok empat teratas.


"Kami ada hajat yang sama," kata pengurus Chelsea itu. "Perkara pertama adalah untuk menduduki tangga empat teratas.

"Ketika ini, lima pasukan terbabit dalam perebutan ini dan sebuah pasukan akan terlepas. Adalah penting bagi setiap pasukan untuk berada dalam kelompok ini."

Beliau berkata: "Kejuaraan bukannya dalam genggaman kami. Jika United atau Arsenal memenangi semua perlawanan mereka, kami tidak terbabit. Memang benar, kami harap mereka kehilangan mata, tapi kami tidak boleh fikirkan mengenainya. Kami perlu melakukan tugas kami dan tugas kami ketika ini adalah untuk mengalahkan City."

Ancelotti akan memanggil semula Fernando Torres (gambar) selepas penyerang itu direhatkan menentang Copenhagen di samping David Luiz yang juga direhatkan pada perlawanan itu.


Masalah berterusan Torres di depan pintu gol lawan - dia gagal menjaringkan sebarang gol dalam enam penampilan buat kelab barunya - adalah satu daripada kekecewaan sepanjang bulan lalu namun Ancelotti menegaskan beliau tidak kisah.

"Pasukan ini bertindak baik sekarang. Saya amat memahaminya, bagi penyerang, adalah penting untuk menjaringkan gol.


"Tapi saya meminta penyerang saya bukan setakat menjaringkan gol, mereka juga perlu membabitkan diri buat pasukan dan bekerja keras. Dia melakukannya. Saya pernah melalui pengalaman ini sebelum ini. Saya terus menurunkan Hernan Crespo selama enam bulan tanpa menjaringkan sebarang gol.


"Saya tidak minta mereka menjaringkan gol. Saya tidak pernah berkata kepada mereka: 'Anda mesti menjaringkan gol. 'Pasukan yang perlu menjaringkan gol."

City sudah memenangi tiga pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan itu tetapi mereka perlu mengembalikan keyakinan selepas tersingkir pada Liga Europa di tangan Dinamo Kiev tiga hari lalu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kami pasti bangkit: Reina

Posted: 19 Mar 2011 11:28 AM PDT

SUNDERLAND: Kekalahan Liverpool di tangan Sporting Braga dalam Liga Europa Khamis lalu tidak menjejaskan keyakinan di Anfield, menurut penjaga gol Pepe Reina (gambar).

Reina melakukan penampilan ke-300 buat Liverpool pada perlawanan yang berakhir tanpa jaringan itu - keputusan yang memastikan Braga mara ke suku akhir.


Ia satu berita buruk buat Liverpool yang terdesak untuk cuba kekal dalam saingan beraksi di Eropah musim depan dan dengan skuad Anfield perlu berakhir di tangga kelima untuk kembali ke Liga Europa, Reina percaya satu tindak balas segera berikutan kekalahan kepada Braga amat diperlukan.

"Kami perlu bangkit sekarang - inilah bola sepak. Ia bukannya mengenai bagaimana anda disingkirkan - ia mengenai bagaimana anda bertindak balas. Kami Liverpool dan kami perlu bertindak balas.


"Kami bertindak baik dalam tempoh tiga bulan kebelakangan dan ia satu perkara positif. Kami perlu memandang ke depan dan kami meningkat, kami makin berkembang.


"Kami kecewa dan kami sedar ia satu trofi yang kami tidak boleh menangi lagi. Kini kami perlu memastikan untuk berakhir setinggi mungkin dalam liga.

"Ia satu saat yang sukar dan tidak bagus tapi masih ada dua bulan dan kami perlu meneruskan rentak yang baik.


"Sudah tentu tangga kelima masih boleh dicapai. Ada sembilan perlawanan yang perlu ditempuhi dan banyak mata. Tottenham masih terbabit dengan Liga Juara-Juara dan ada banyak perlawanan. Harapnya kami boleh memenangi perlawanan yang mencukupi untuk berada di tangga kelima tapi sudah tentu setiap orang mengetahui ia sukar.

"Anda tidak boleh berkata kami tidak akan bermain di Eropah kerana tangga kelima masih boleh digapai." Bagi Sunderland, ketua pasukan Lee Cattermole dijangka kembali selepas diketepikan selama dua setengah bulan kerana kecederaan untuk membantu pasukan merapatkan mata kepada satu di belakang pasukan tangga keenam Liverpool jika mencatat kemenangan pertama dalam enam perlawanan EPL. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan