Utusan Online - Sukan |
Nicol buka langkah kanan musim 2011 Posted: Nicol buka langkah kanan musim 2011Oleh FERZALFIE FAUZI
KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David mempertahankan kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 selepas menang straight set 11-6, 11-6, 11-2 ke atas Madeline Perry dari Republik Ireland di sini, semalam. Pemain skuasy No. 1 dunia itu membuka langkah cemerlang untuk musim ini apabila merangkul kejuaraan pertamanya tahun 2011. Nicol yang merupakan pemain pilihan utama kejohanan meraih kejuaraan ketujuhnya dan mengambil masa 34 minit muncul juara dan membawa pulang AS$$8,550 (RM26,085). Set pertama memperlihatkan Nicol, 27, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi lawannya, apabila mendahului 8-2, hasil semangat dan jarang membuat kesilapan membolehkannya menang 11-6. Hasrat untuk melihat Madeline bangkit pada set kedua dan memberi tentangan sengit kepada Nicol tidak kesampaian apabila dia ketinggalan 4-7, malah gagal untuk bangkit pada akhir saingan sebelum tewas 6-11. Nicol bertambah yakin pada set terakhir walaupun beliau ketinggalan 0-2 seketika tetapi bangkit untuk menyamakan kedudukan dan tidak lagi menoleh ke belakang untuk mencatat kemenangan mudah 11-2. Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, beliau sangat gembira apabila berjaya mempertahankan kejuaraan dan mengakui perlawanan akhir ini tetap sukar walaupun dia menang 3-0. "Madeline mempamerkan permainan yang menarik. Saya akui bukan mudah mengalahkannya hari ini (semalam), permainan akhir ini lebih sukar berbanding peringkat separuh akhir," katanya kepada pemberita selepas perlawanan. Jelas Nicol, beliau terpaksa berusaha lebih keras untuk menumbangkan Madeline dan gembira apabilaa usahanya berbaloi serta menghadiahkan kemenangan itu buat penyokong tempatan yang tidak henti-henti memberi sokongan. "Selepas ini saya akan memberi tumpuan untuk Kejohanan Terbuka Cayman Island bulan depan dan selepas itu Kejohanan Asia, jadi saya akan mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk menghadapinya. "Saya berasa gembira kerana Kejohanan Asia tahun ini akan diadakan di negeri kelahiran saya sendiri, Pulau Pinang sudah tentu saya akan memberikan permainan terbaik saya nanti," katanya. Sementara itu acara lelaki menyaksikan Karim Darwish dari Mesir muncul juara selepas menumbangkan rakan senegara, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Saya tidak bermusuh dengan Hoy - Azizul Posted: Saya tidak bermusuh dengan Hoy - AzizulKUALA LUMPUR - Juara Olimpik, Chris Hoy dikatakan tidak menyenangi cara kayuhan Azizulhasni Awang didakwa punca insiden pelumba negara itu terlibat dalam kemalangan sehinggakan kakinya tertusuk serpihan kayu. Hoy merujuk kemalangan yang berlaku pada Kejohanan Siri Piala Dunia Klasik bulan lalu. Senario itu seolah-olah menunjukkan kedua-dua pelumba itu bermusuh yang berlarutan sehingga di luar gelanggang. Bagaimanapun, Azizulhasni, 23, menafikan perseteruan mereka tidak sampai ke tahap itu, sebaliknya mereka saling menyapa antara satu sama lain sebelum atau selepas perlumbaan. Menurut Azizulhasni, Hoy bukan seorang pelumba yang ego seperti yang disangkakan, sebaliknya pelumba kelahiran Scotland itu seorang yang menghormati lawannya walaupun kenyataannya di media menunjukkan dia tidak begitu mesra. "Saya tidak bermusuh dengannya langsung, sebaliknya perseteruan kami hanya di gelanggang dan ketika perlumbaan, masing-masing mempunyai misi untuk menewaskan antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia pada sesi interaksi bersama peminat di Utusan Online, semalam. Jelasnya, semua pelumba mempunyai ego yang tersendiri semasa atas trek, bukan hanya mereka berdua sahaja, perlumbaan keirin lebih terbuka dan masing-masing memerlukan perwatakan sendiri. "Suasana memang tegang ketika semua orang ingin memulakan perlumbaan, begitu juga ketika persediaan, mungkin kerana pelumba memerlukan fokus yang menyeluruh terutama sekali dalam perlumbaan penting seperti Kejohanan Trek Dunia, Sukan Olimpik mahupun Sukan Asia dan Sukan Komanwel. "Apabila dalam perlumbaan yang kelasnya sedikit rendah seperti Grand Prix hubungan antara setiap pelumba tidak terlalu tegang, semuanya nampak seperti mesra tetapi apa yang saya ingin tegaskan Hoy memang seorang pelumba hebat," ujarnya. Bagaimanapun, jauh di sudut hati pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, dia memang 'berdendam' untuk menumbangkan Hoy selepas tewas dalam Kejohanan Dunia tahun lepas dan sekadar memenangi pingat perak. "Siapa yang tidak iri hati melihat lawan asyik selalu menang, tetapi saya memang berharap mampu untuk menewaskannya di London 2012," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan