Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kim Swee waspada

Posted: 03 Mar 2011 10:44 AM PST

BERBEKAL kelebihan dua gol, jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee tidak menganggap pasukannya sudah selamat. Baginya pasukannya tidak boleh memandang mudah baki 90 minit perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik London 2012 menentang Pakistan, di Lahore, Rabu ini.

Beliau sedar, Pakistan tidak akan berdiam diri dengan melakukan persiapan rapi untuk memberi tentangan sengit apabila beraksi di laman sendiri.


"Sudah tentu mereka membuat persediaan, sebelum perlawanan pertama lagi mereka sudah mengadakan latihan di Bangkok, ini menunjukkan betapa seriusnya mereka untuk menentang skuad negara.

"Apabila kembali ke Pakistan, mereka melakukan persediaan dengan mengadakan perlawanan dengan Palestin pula," kata Kim Swee yang akan membawa skuadnya ke Lahore Isnin ini.


Kim Swee wajar mengambil pendekatan berhati-hati walaupun jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi pernah mengakui peluang mereka untuk menidakkan kemaraan skuad negara ke pusingan kedua kelayakan Olimpik memang sukar meskipun beraksi di gelanggang sendiri.


Ini kerana pasukan yang baru dikendalikan Tariq dalam tempoh sebulan itu belum mahu menyerah kalah walaupun tumpas 0-2 di tangan Malaysia pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Dalam menunggu kunjungan skuad negara, Pakistan pula melakukan persiapan dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan Palestin.


Menurut laporan laman web, www.footballpakistan.com, Tariq berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun tumpas 1-2 pada perlawanan pertama daripada empat perlawanan dengan pasukan kebangsaan Palestin itu.

"Saya menurunkan pemain muda skuad Olimpik dan gembira dengan permainan ditunjukkan ketika menentang Palestin yang jauh lebih berpengalaman," katanya.


Malaysia dan Pakistan bersaing merebut salah satu daripada 24 tiket untuk beraksi di pusingan kedua pada 19 dan 23 Jun ini. Jika berjaya, mereka akan diundi bersama 13 pasukan ranking terbaik Asia seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun untuk menentukan tempat dalam saingan peringkat kumpulan di pusingan ketiga.


Juara daripada tiga kumpulan itu akan mendapat slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 London manakala naib juara beraksi dalam play-off.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azuan tertekan

Posted: 03 Mar 2011 10:38 AM PST

TEKANAN kian terasa buat jurulatih Johor FC, Azuan Zain yang berdepan tugas rumit menentang Kelantan pada saingan Piala FA pusingan kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.

Tekanan sememangnya tidak mampu diketepikan bekas pertahanan Johor itu apatah lagi selepas dipalit dengan kekalahan memalukan ketika tumpas 3-0 pada saingan Liga Super sekali gus menggambarkan betapa skuad bergelar Lebah tampak masih lesu.


Azuan juga perlu memikirkan strategi ampuh untuk melayan kunjungan skuad bergelar 'The Red Warriors' yang turut menyimpan misi layak ke suku akhir selain mahu mengekalkan rekod tanpa kalah.

"Saya mungkin perlu melupakan khidmat dua tonggak, Shahrizal Saad dan Eddy Helmi Manan yang cedera ketika pertembungan menentang Terengganu, baru-baru ini selain posisi penjaga gol juga akan ditukar.


"Mohd Anis Faron mungkin direhatkan dan penjaga gol kedua, Mohd Fazli Paat disenarai dalam kesebelasan tapi saya perlu berbincang dengan jurulatih penjaga gol, Yusri Abdul Aziz sebelum membuat keputusan.


"Benteng pertahanan juga akan dirombak selepas Mat Saiful Mohamad turut cedera dan Abdul Rahman Zabul bakal mengisi kekosongan benteng tengah bergandingan bersama Mohd Hamzani Omar," katanya.

Bagi mengukuhkan posisi tengah yang nyata longlai tanpa kehadiran Mohd Khairul Ismail yang belum pulih dari kecederaan, Azuan menaruh sandaran Azizan Baba bergandingan bersama kapten Rezal Zambery Yahya.


Kegagalan barisan serangan menterjemah setiap percubaan dengan jaringan turut merunsingkan Azuan yang berharap pemainnya lebih komited dan tidak melepaskan peluang terhidang untuk memastikan kemenangan memihak Johor FC.

"Tidak timbul masalah pada barisan serangan tetapi pemain seakan malu menjaringkan gol menjadi punca Johor FC gagal mencipta jaringan dan saya harap perkara itu tidak lagi berulang dalam pertembungan kalah mati malam esok (malam ini)," kata Azuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan