Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azraai pilih latih N. Sembilan

Posted:

Azraai pilih latih N. Sembilan

Azraai pilih latih N. Sembilan

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


AZRAAI (memakai kot) bersalaman dengan Abd. Halim selepas diperkenalkan sebagai jurulatih baru Negeri Sembilan di Wisma PBNS, Seremban semalam.


TEKA-TEKI berhubung pasukan mana yang bakal dipilih oleh bekas skuad jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah akhirnya terjawab apabila beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih baru Negeri Sembilan.

Pengumuman itu dibuat oleh pengurus pasukan Negeri Sembi- lan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif dalam satu majlis di Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Seremban semalam.

Azraai dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben bagi menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang mengundurkan diri minggu lalu.

Pelantikan Azraai itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pasukan mana yang bakal menjadi destinasi terbaru Azraai selepas kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tamat pada 9 Mac lalu.

Abd. Halim berkata, Azraai dipilih kerana mempunyai pengala- man yang luas sebagai jurulatih di samping rekod cemerlang ketika mengendalikan skuad Kedah.

"Sebaik sahaja Wan Jamak mengundurkan diri, kita berusaha mencari pengganti dengan segera kerana saingan Liga Super akan kembali bersambung tidak lama lagi.

"Selepas perbincangan diadakan dengan pihak pengurusan PB- NS, kita memilih Azraai berdasar- kan pengalaman dan rekod cemer- lang beliau ketika membimbing beberapa pasukan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Azraai memberi- tahu, beliau memilih Negeri Sembilan kerana tertarik dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan terutama sekali Presiden PBNS, Datuk Seri Moha- mad Hasan.

"Sebenarnya ada beberapa pasukan yang melamar saya tetapi saya memilih Negeri Sembilan kerana kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Presiden PBNS dan beliau juga sangat mengambil berat mengenai pasukan ini.

"Dalam perbincangan kami sebelum ini juga pihak pengurusan PBNS banyak menyumbangkan beberapa pendapat dan idea menarik untuk mengukuhkan kembali pasukan ini," ujarnya.

Mengulas mengenai tugas baru- nya itu, Azraai berkata, atas kertas Negeri Sembilan mempunyai pasukan yang mantap dan berpe- ngalaman.

"Daripada senarai pemain, Negeri Sembilan mempunyai gabungan pemain muda yang berbakat dan juga beberapa pemain senior yang berpengalaman.

"Buat masa ini sukar untuk menentukan masalah pasukan ini dan saya akan membuat penilaian sele- pas satu perlawanan persahabatan menentang Polis esok (hari ini)," jelasnya.

Antara kejayaan terbesar Azraai sebelum ini adalah membawa gelaran treble (juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) kepada Kedah pada 2007 dan 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PHM kekal 16 pemain lama

Posted:

PHM kekal 16 pemain lama

PHM kekal 16 pemain lama

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Skuad hoki negara meraih pingat perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.


PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (PHM) telah mengumumkan senarai 25 pemain skuad senior negara bagi menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini.

Pemilihan itu dibuat berdasarkan prestasi semasa pemain ketika berlangsungnya Liga Hoki Malaysia (LHM) 2010/11 yang berakhir Sabtu lalu.

Dalam senarai tersebut, PHM memutuskan untuk mengekalkan hampir keseluruhan pemain skuad negara yang telah memenangi pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China tahun lepas.

Begitupun, tujuh muka baru diberi peluang untuk membuktikan keupayaan mereka bagi merebut tempat dalam skuad utama sebagai persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa pertama tahun ini - Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak bermula 5 hingga 15 Mei depan.

Pemain tersebut ialah Muhd. Izzat Mohd. Rahim (Sapura), Mohd. Fitri Abu Bakar (Yayasan Negeri Sembi- lan), Shahrin Mohamad (Maybank), Muhd. Firhan Ashaari (Tenaga Nasional Berhad), Faiz Helmi Jalil (TNB), Muhd. Azri Hassan (Univer- siti Kuala Lumpur) dan Muhd. Ra- shid Baharom (Universiti Teknologi Mara).

Begitupun, tiada ruang bagi bekas penyerang kebangsaan, Ismail Abu untuk menyertai kem latihan di bawah kendalian Tai Beng Hai serta Nur Saiful Zaini kali ini meskipun dia mempamerkan aksi yang baik dalam saingan LHM 2010/11 bersama Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

Menerima nasib yang sama seperti Ismail ialah beberapa bekas pelatih skuad negara seperti pasa- ngan adik-beradik, Jiwa dan Jivan Mohan, Mohd. Fikri Bassar, Tajol Rosli Mohammad dan Khairul Nizam Ibrahim.

Kem latihan skuad hoki negara akan bermula pada awal bulan depan dengan misi memburu empat pasukan terbaik dalam Piala Sultan Azlan Shah selain Kejohanan Undangan Empat Negara di Moscow, Jun depan.

Skuad negara akan beraksi dalam Cabaran Juara-Juara II di Afrika Selatan, November depan sebelum turun menggalas misi utama bagi Kelayakan Sukan Olimpik awal tahun depan.

PHM turut mengumumkan sena- rai pemain bagi skuad bawah 16 negara selepas berakhirnya Kejohanan Hoki Bawah 16 Kebangsaan yang menyaksikan Kuala Lumpur muncul juara buat kali ketiga sete- lah membelasah Melaka 6-0 pada final kelmarin.

Daripada senarai 47 pemain yang terpilih itu, 13 daripadanya ialah pemain Kuala Lumpur, lapan (Perak), enam (Selangor), empat (Pulau Pinang), tiga (Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan), dua (Kedah) dan masing-masing satu dari Perlis, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah.

Skuad yang akan dikendalikan oleh bekas pemain kebangsaan, Lim Chiow Chuan ini akan beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Tun Razak yang bermula April dan Mei depan sebelum menyertai Kejohanan Undangan Empat Negara di Manheim, Jerman pada 10 hingga 13 Jun depan.

Tiga negara lain yang turut sama dalam kejohanan tersebut ialah Jerman, Belanda dan Belgium.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuah memihak Choon Teck

Posted:

Tuah memihak Choon Teck

Tuah memihak Choon Teck

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


TUANKU Syed Faizuddin (kanan) menyampaikan piala kepada Choon Teck selepas menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Amatur Perlis 2011 di Kelab Golf Putra, Kangar semalam.


PEMAIN Selangor, Ng Choon Teck mengungguli Kejohanan Golf Terbuka Amatur Perlis 2011 selepas menewaskan Kenneth De Silva di Kelab Golf Putra, Kangar semalam.

Choon Teck, 19, muncul juara selepas memperoleh kelebi- han satu pukulan daripada pencabarnya itu pada saingan playoff setelah mereka berkongsi catatan 7 di bawah par pada hari terakhir.

"Saya tidak menyangka boleh muncul juara kerana penyertaan kali ini cuma bagi memastikan permainan baik dan fokus memantapkan setiap pukulan.

"Cukup sengit permainan hari terakhir ini, ternyata nasib di tangan saya selepas membuat pukulan yang baik pada lubang terakhir ketika permainan playoff itu," kata Choon Teck semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid.

Menurut Choon Teck, keme- nangan tersebut membawa makna cukup manis setelah dua tahun dia tidak pernah meraih sebarang gelaran sele- pas Terbuka Amatur Selangor pada 2009 lalu.

"Saya amat berterima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan dan jurulatih golf termasuk kesihatan," ujarnya yang menyertai sukan golf sejak berumur 14 tahun.

Selaku juara, Choo Teck membawa pulang piala pusingan, trofi dan wang tunai RM2,300.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen