Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Azraai pilih

Posted:

Azraai pilih <i>Hoben Jang Hoben</i>

Azraai pilih Hoben Jang Hoben

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my


Abd. Halim Abd. Latif (dua dari kanan) menyambut kedatangan Mohd. Azraai Khor Abdullah sambil diperhatikan oleh pemain-pemain bola sepak Negeri Sembilan di Wisma PBNS dekat Seremban, semalam.


SEREMBAN - Tidak sampai tempoh seminggu Wan Jamak Wan Hassan meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, kini tugasnya diambil alih oleh jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berkuat kuasa, semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas jurulatih kelahiran Johor itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 17 Mac lalu.

''Keputusan melantik Mohd Azraai sebagai pengendali baru pasukan ini telah dicapai hasil daripada rundingan dan persetujuan antara pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengannya, baru-baru ini.

''Kita tidak boleh biarkan jawatan ini dibiarkan kosong terlalu lama kerana musim sedang berjalan dan ia juga boleh terus merencatkan prestasi pasukan sekiranya kita tiada pemimpin yang berkaliber," katanya di sini, semalam.

Menurut Abd. Halim, bekas pengendali Harimau Muda A itu akan menjawat jawatan berkenaan berkuat kuasa, semalam melalui ikatan kontrak selama dua tahun.

''Kita memilih Mohd. Azraai kerana dia merupakan calon yang paling sesuai berdasarkan rekod cemerlang beliau membimbing Kedah untuk mendapat gelaran 'Treble' dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.

Sementara itu, jurulatih berpengalaman berusia 59 tahun itu memberitahu, dia berharap agar pelantikannya itu akan dapat membantu Negeri Sembilan memantapkan lagi prestasi pasukan pada masa akan datang.

''Apa pun dalam tempoh terdekat ini saya perlu berbincang dan berjumpa dengan semua pegawai, pihak pengurusan termasuk pemain sebelum merangka sebarang rancangan atau strategi.

''Saya akan mulakan esok kerana kita ada perlawanan persahabatan antara Polis dan dari situ saya boleh meneliti dan seterusnya membuat perancangan selanjutnya," ujarnya selepas melapor diri di Wisma PBNS, semalam.

Ketika diminta mengulas mengapa memilih pasukan negeri ini untuk meneruskan kerjayanya, Mohd. Azraai menjelaskan, salah satu faktor adalah disebabkan pihak pengurusan PBNS dilihat komited dan serius dalam membangunkan pasukan bola sepak.

''Ini dapat dibuktikan melalui komen serta inisiatif Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk datang dan menyaksikan perlawanan pasukannya sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Azraai menambah, selepas perlawanan persahabatan antara polis esok (hari ini), semua pemain akan mengikuti kem motivasi selama tiga hari bagi tujuan meningkatkan kembali semangat serta kekuatan mental para pemain.

''Ini penting bagi memberi nafas baru kepada pemain sebelum saya mengatur sebarang perancangan taktikal," jelasnya yang sudah menjadi jurulatih sejak 2004.

Mohd. Azraai meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2009 dan kemudian dilantik sebagai jurulatih skuad Bawah 21 negara, Harimau Muda A.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiket Sukan Olimpik London 2012 mula dijual di Malaysia

Posted:

Tiket Sukan Olimpik London 2012 mula dijual di Malaysia

Tiket Sukan Olimpik London 2012 mula dijual di Malaysia

KUALA LUMPUR - Tiket Sukan Olimpik 2012 di London mula dijual kepada orang awam di Malaysia mulai 15 Mac hingga 22 April ini, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Setiausahanya Datuk Sieh Kok Chi berkata, MOM telah melantik Aristeia Sports Communication (ASC), sebagai ejen tiket bagi rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan temasya sukan itu dari 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.

"ASC telah meminta semua rakyat Malaysia yang ingin membeli tiket supaya memhuat tempahan di malaysia.london@aristeiasport.com," katanya di sini, semalam.

Pihak penganjur Sukan Olimpik 2012 telah menawarkan sejumlah 8.8 juta keping tiket dengan 75 peratus atau 6.6 juta tiket akan dijual kepada penduduk Britain dan kawasan Kesatuan Eropah manakala baki 2.2 juta tiket diperuntukan untuk peminat dari benua lain.

Kok Chi berkata, peruntukan tiket bagi setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan sebahagian besar berdasarkan peruntukan acara pada Sukan Olimpik lepas bersama penilaian peluang memenangi pingat dan ramalan kepentingan penonton.

"Bagi Malaysia terdapat peruntukan lebih untuk badminton, berbasikal dan acara terjun di mana Malaysia mempunyai peluang besar untuk meraih pingat," katanya.

Menurutnya , MOM kecewa dengan peruntukan tiket bagi Malaysia yang menurun 30 peratus berbanding Sukan Olimpik 2008.

Katanya, MOM telah menempah 999 tiket berdasarkan permohonan persatuan sukan kebangsaan dan pegawai MOM pada 30 November tahun lepas. Bagaimanapun, hanya 646 keping tiket diperuntukkan.

"Kami sudah membuat rayuan kepada jawatankuasa penganjur untuk mendapatkan peruntukan tambahan tetapi peluang adalah tipis. Permintaan tiket tahun ini adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada tawaran," katanya.

Katanya, jawatankuasa kerja Sukan Olimpik 2012 London akan mengadakan undian bagi menentukan negara yang menerima baki peruntukan tiket selepas jualan tiket global ditutup 22 April ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan