Harian Metro: Arena |
Posted: 20 Mar 2011 12:51 PM PDT DATUK Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 bagi kali ketujuh, semalam. Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di BerjayaTimes Square.
"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada Madeline dan tidak mahu keyakinannya menguasai perlawanan.
Selepas ini, Nicol akan mengambil bahagian pada kejohanan Terbuka Cayman Island dari 5 hingga 9 April ini sebelum menyambung latihan di bawah jurulatih Liz Irving di Amsterdam, Belanda.
|
Posted: 20 Mar 2011 12:49 PM PDT PEMAIN sayap Kedah, Baddrol Bakhtiar bertekad mengukuhkan kembali namanya dalam skuad kebangsaan selepas sekadar memendam rasa melihat rakan sepasukan gah di pentas berprestij menjulang trofi Piala Suzuki AFF, Disember lalu. Dia yang terlepas dua kejohanan utama tahun lalu, Sukan Asia di Guangzhou dan Piala Suzuki AFF akibat kecederaan lutut kanan kembali dipanggil bersama 23 pemain oleh jurulatih kebangsaan K Rajagobal bagi menjalani latihan pusat di Wisma FAM, hari ini.
"Memang kembali bersemangatlah apabila dipanggil semula berlatih dengan skuad kebangsaan. Tak sangka jurulatih masih beri kepercayaan kepada saya. Saya tahu persaingan merebut tempat dalam skuad sengit tapi apa yang penting saya kena tunjukkan kemampuan dan berlatih lebih giat untuk kembali cergas.
Selepas kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Februari lalu, skuad kebangsaan hanya berpeluang menguji kekuatan menentang kelab Perancis yang beraksi dalam Liga Singapura, Etoile FC, 26 Mac ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan