Berita Harian: Sukan |
Posted: 31 Mar 2011 12:38 PM PDT Sukan SELEPAS 'tunduk' beberapa kali, adakah Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh 'berani' tampil membuat keputusan penting berhubung kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek pada mesyuarat majlis, hari ini? Itulah persoalan yang timbul dan dinantikan selepas kemelut membabitkan jurulatih 'Yang Teristimewa' itu berlarutan sejak tiga bulan lalu selepas meletak jawatan secara mengejut 31 Disember lalu. Keputusan sebenarnya terletak di tangan Mohd Nadzmi kerana dia sudah diberi mandat menyelesaikan kemelut itu oleh mesyuarat majlis BAM semasa Terbuka Malaysia, Januari lalu.Malah, presiden itu sendiri sudah beberapa kali bertemu Misbun dan seharusnya mendapat gambaran sebenar me-ngenai punca jurulatih itu membuat keputusan nekad yang hingga kini masih belum terjawab sepenuhnya. Walaupun kemelut itu tidak ada dalam agenda mesyuarat, tetapi sudah tibanya Mohd Nadzmi bersikap berani menerangkan perkembangan kemelut itu kepada ahli majlis dan membuat satu keputusan muktamad. Sebenarnya, bulu tangkis itu di tangan pemimpin berkenaan. Hanya satu ketegasan akan membutirkan keputusan positif, hari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenWARGA 1 MALAYSIA MASALAH KECIL TAK PERLU DIPERBESARKAN, PENUHI SAHAJA HASRAT DATO' MISBUN, DIA LEBIH ARIF MENENTUKAN ARAH INDUSTRI BADMINTON NEGARA. eiqbalputra Selesaikanlah kemelut yang berlaku dengan segera....demi masa depan sukan Badminton Malaysia... eiqbalputra Selesaikanlah kemelut yang berlaku dengan segera....demi masa depan sukan Badminton Malaysia... wwe harap datuk presiden bam mempunyai sifat sabar yang tiada had. rahmat bersama kelembutan. jangan jadikan satu april kalau masih buntu. Azman Muhammad Tanpa Misbun,DLCW mempu untuk melangkah lebih jauh.Ini telah dibuktikan semasa All England baru-baru ini.Jadi janganlah terlalu memikirkan benda yang tidak penting. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 31 Mar 2011 12:38 PM PDT Sukan Semalam, pengurus The Reds, Kenny Dalglish menegaskan kapten pasukan itu tidak akan di turunkan secara terburu-buru apabila menentang West Brom dalam saingan Liga Perdana Inggeris di gelanggang lawan, esok kerana bimbang risiko kecederaan. Sebaliknya, pengendali berkenaan berpendapat Jay Spearing yang dipilih mengisi kekosongan bekas ketua pasukan England itu bertindak hebat ketika menentang Sunderland dua minggu lalu. "Saya tidak melihat sebarang sebab untuk Steven diturunkan dalam keadaan terburu-buru."Dia sudah pulih sepenuhnya daripada pembedahan dan kami akan memantau perkembangannya sebelum membuat sebarang keputusan. Apapun, Dalglish tidak dinafikan ghairah mahu melihat semula aksi Gerrard di padang ketika Liverpool mahu mengejar pasukan tempat kelima, Tottenham dan mengesahkan tiket ke Liga Europa. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan