Berita Harian: Sukan |
Posted: 05 Apr 2011 12:32 PM PDT Sukan SUDAH hampir sedekad Manchester United tidak menang di Stamford Bridge menentang Chelsea dan barisan pimpinan Alex Ferguson ghairah mahu menamatkan kemarau panjang itu apabila dua kelab gergasi Inggeris tersohor itu bertembung dalam saingan suku akhir pertama, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok. Tidak dinafikan dua tonggak skuad England - John Terry dan Wayne Rooney - boleh menjadi penentu ketika ia menemukan antara pertahanan dan penyerang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Minda Rooney mungkin terganggu gara-gara penggantungan dua perlawanan tetapi pemain berusia 25 tahun itu sentiasa dahagakan kejayaan di pentas besar dan Terry mengerti betapa sukar menyekat ayam tambatan Red Devils itu pada hari terbaiknya.Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pula tampak tertekan kerana jawatannya mungkin hilang andai gagal memenangi sebarang trofi musim ini, tambahan penyerang termahal mereka, Fernando Torres belum lagi menemui jaringan selepas hadir dengan reputasi pemain yang bernilai 50 juta pound (RM255 juta). Gergasi Sepanyol, Barcelona juga akan berdepan ujian di gelanggang sendiri apabila menentang Shakhtar Donetsk dengan penye-rang, David Villa bertekad menamatkan kemarau jaringan. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Misbun-Chong Wei ibarat 'irama dan lagu' Posted: 05 Apr 2011 12:31 PM PDT Sukan Semalam, Penasihat Sukan Kementerian Pelajaran itu menyuarakan formula terbaik untuk meleraikan isu badminton itu adalah melantik Misbun selaku penasihat kepada pemain nombor satu dunia itu walaupun sebelum ini anak didiknya itu seperti tidak memerlukan sentuhan emasnya lagi. "Jika Chong Wei kian selesa dengan Tey Seu Bock, mereka boleh teruskan tetapi sentuhan emas Misbun juga tidak boleh diketepikan begitu saja dalam memastikan misi penting di Sukan Olimpik 2012 mencapai sasaran. "Pilihan terbaik adalah melantik Misbun sebagai penasihat dan saya yakin ia bukan masalah kerana mereka pernah bekerjasama sebelum ini hingga Chong Wei berjaya hari ini," katanya semalam.Mazlan berkata, pada masa sama Misbun perlu diberi tanggungjawab mencari pengganti Chong Wei, tetapi dengan syarat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus memberi kebebasan dan kepercayaan kepada jurulatih itu memilih pemain pelapis bimbingannya. "Ini penting kerana hanya 'jauhari yang mengenal manikam' dan BAM hanya perlu menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada Misbun memastikan pemain pelapis bimbingan menyerlah dalam tempoh ditetapkan. "Lagipun, ini adalah masa terbaik menggunakan kepakaran Misbun membimbing pemain pelapis kerana orang ramai dan peminat sering bertanya, siapa pengganti selepas Chong Wei," kata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara itu.
"Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih pilihan ini kerana ini akan membantu mempercepatkan proses kematangan pemain pelapis kerana mereka berpeluang sparring dengan pemain nombor satu dunia. "Apapun, BAM kena membuat keputusan terbaik demi kepentingan negara dan jangan sesekali membuat keputusan dipengaruhi emosi," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenapi ni la yg sebaik2nya..klu dri dulu cmni kan senang..
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan