Harian Metro: Arena |
Posted: 05 Apr 2011 11:45 AM PDT KEMELUT Datuk Misbun Sidek-Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah terlerai selepas jurulatih itu menarik balik peletakan jawatan, namun di mana kedudukan beliau selepas ini belum ada kepastian. Setakat hari ini, BAM baru membincangkan butiran perjanjian, tapi kontrak hanya akan disiapkan selepas Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Pengarah Latihan Prestasi Tinggi, Datuk James Selvaraj bertemu Misbun minggu depan.
Sebelum penyediaan kontrak juga, isu itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang dijangka berlangsung dalam masa dua minggu lagi.
Jika bersandarkan pendirian Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika hadir ke Majlis Menandatangani MoU di antara MSN dan Universiti Sukan Kebangsaan Korea di Casa 1 MSN, Bukit Jalil semalam jelas beliau mahu BAM mengikut keselesaan Chong Wei untuk memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik 2012 London.
Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh pula berkata Misbun mempunyai kemahiran tinggi dan ketegasan dalam latihan, justeru sesuai untuk melatih pemain yang sedang meningkat naik.
|
Posted: 05 Apr 2011 11:43 AM PDT WALAUPUN meninggalkan skuad kebangsaan sejak 2006, kehadiran semula Jamaluddin Hassan sebagai ketua jurulatih diharapkan mampu mengulangi 'sentuhan emasnya' membawa skuad sepak takraw kebangsaan kembali menjadi pasukan yang disegani di pentas antarabangsa. Rekod lampau sudah membuktikan keupayaan Jamaluddin tidak boleh dipandang rendah terutamanya dengan kejayaan menamatkan penantian 12 tahun Malaysia di Sukan Sea 2005 apabila anak didiknya yang diketuai Mohd Futra Abdul Ghani, Mohd Normanizam Ahmad dan Zulkarnain Arif untuk memenangi pingat emas menewaskan regu Thailand.
"Saya tidak boleh menjanjikan apa yang berjaya diraih pada 2005 berulang namun akan mencuba sedaya upaya membentuk pemain ke arah itu. Kami bukan saja perlu menyediakan pemain dari segi kemahiran dan teknik namun dari aspek lain seperti sahsiah diri kerana untuk bertempur semuanya perlu lengkap.
"Mungkin banyak pasukan yang sudah mempamerkan peningkatan sejak kebelakangan ini namun kita juga perlu berusaha dengan lebih keras lagi agar konsisten mara ke perlawanan akhir pada kejohanan yang disertai seperti masa dulu," katanya.
Tugasan antarabangsa yang pertama digalas Jamaluddin adalah membimbing skuad kebangsaan menghadapi Piala Dunia Istaf (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) di Kuala Lumpur pada Julai diikuti beberapa kejohanan Siri Super.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan