Kosmo Online - Sukan |
Posted: KOAM sedia terima ZafrilZAFRIL menyumbang pingat emas pada Sukan SEA 2007 dan 2009. KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak akan terus 'menutup pintu' buat Mohd. Zafril Mohd. Zuslaini. Sebaliknya, KOAM bersedia menerima Zafril sekiranya jaguh acara 400 meter itu mahu kembali mewakili negara di pentas antarabangsa. Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim berkata, jika Zafril mengubah fikirannya dan membuat keputusan untuk kembali mewakili Malaysia, badan induk tersebut sedia menerima atlet itu dengan tangan terbuka. "Zafril merupakan seorang atlet yang wajar dicontohi dari segi kerja keras serta semangatnya yang tidak mudah putus asa dalam usaha mengharumkan negara di pentas antarabangsa. "Sukar untuk kita temui atlet sama seperti Zafril. Disebabkan itu, jika dia mahu kembali (mewakili Malaysia), kami bersedia menerimanya semula. "Lagi pula kami tidak ada apa-apa masalah dengan Zafril dan begitu juga dirinya," kata Karim di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Kelmarin, Zafril telah mengumumkan untuk bersara selepas menerima Anugerah Kilauan Bintang bagi atlet lelaki yang mencapai prestasi tinggi pada Majlis Anugerah Gemilang Olahraga Pahang 2011 di Kuantan. Difahamkan, keputusan yang dibuat Zafril itu adalah bagi memberi tumpuan membantu perniagaan milik bapanya. Zafril merupakan pemenang pingat emas pada temasya Sukan SEA 2007 dan 2009. Ketiadaan Zafril mula mencetuskan persoalan siapakah atlet yang layak bagi mengisi kekosongan tempatnya. "Kami tidak bimbang dengan situasi tersebut kerana ada beberapa atlet lain yang dilihat berpotensi besar bagi menggantikan Zafril. "Antaranya, P. Yuvaraj, Mohd. Yunus Lasaleh dan Mohd. Fairol Nazim. Jika terus diberikan bimbingan yang secukupnya, saya percaya mereka mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi Zafril itu," jelas Karim. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Peluang buru tiket Sukan SEA 2011 Posted: Peluang buru tiket Sukan SEA 2011Oleh HELMI TALKAH
KEJOHANAN Olahraga Grand Prix (GP) Kebangsaan Siri 1 esok menjadi medan buat atlet-atlet olahraga negara melepasi had kelayakan ke temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan. Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berkata, kejohanan tersebut bukan sahaja diambil kira bagi melepasi had kelayakan ke Sukan SEA, malah turut melayakkan atlet-atlet beraksi ke Kejohanan Trek dan Balapan Asia (ATF) di Jepun, Julai depan. "Matlamat utama kami ketika ini adalah bagi memastikan lebih ramai atlet-atlet olahraga negara berjaya melepasi had kelayakan ke Sukan SEA dan ATF secara merit. "Bagi tujuan itu, GP Kebangsaan kali ini bakal menjadi tapak buat atlet-atlet melayakkan diri ke dua kejohanan tersebut," kata Karim ketika sidang media GP Kebangsaan di Bukit Jalil semalam. Jelas beliau, setakat ini seramai sembilan atlet telahpun melepasi had kelayakan ke Sukan SEA 2011. Antaranya ialah jaguh lompat tinggi lelaki negara, Lee Hup Wei, Roslinda Samsu (lompat bergalah wanita), Noraseela Khalid (400 meter berhalangan wanita) dan kuartet 4x100 meter wanita yang dibarisi Siti Zubaidah Adabi, Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Yee Yi Ling. Kesemua mereka layak setelah melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan ketika beraksi pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Terbaru, dua atlet jalan kaki lelaki negara, Lo Choon Seang dan Theo Boon Lim turut melayakkan diri ke Indonesia setelah melakukannya pada Kejohanan Grand Prix (GP) Persatuan Olahraga Asia (AAA) di Nomi City, Jepun bulan lalu. GP Kebangsaan kali ini bakal menyaksikan sebanyak 17 acara dipertandingkan dengan disertai seramai 100 atlet lelaki dan 43 wanita dari seluruh negara. "Penyertaan atlet pada kejohanan kali ini memang suatu yang di luar jangkaan sehinggakan kami terpaksa menolak penyertaan atlet-atlet yang lambat mengesahkan pendaftaran mereka. "Namun, ada juga yang menarik diri di saat-saat akhir ekoran masalah kecederaan," jelas Karim. GP Kebangsaan Siri 1 bakal berlangsung di padang olahraga Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Real hampiri slot separuh akhir Posted: Real hampiri slot separuh akhir
MADRID - Real Madrid kembali pada prestasi terbaik selepas membelasah Tottenham Hotspur 4-0 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabue awal pagi semalam. Penyerang antarabangsa Togo, Emmanuel Adebayor dijulang sebagai wira apabila meledakkan dua gol seawal minit keempat dan ke-57. Dua lagi gol disumbangkan oleh Angel Di Maria pada minit ke-72 sebelum bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo melengkapkan kemenangan skuad The Galaticos hasil jaringannya minit ke-87. Ternyata, Real yang kini di bawah kendalian Jose Mourinho tidak mempersia-siakan segala kelebihan yang dimiliki ketika beraksi di laman sendiri. Lebih memburukkan keadaan, penyerang Spurs, Peter Crouch diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua ketika permainan baru berlangsung 15 minit. Crouch dilayangkan kad kuning pertama selepas dia mengkasari Sergio Ramos sebelum sekali lagi menjatuhkan Marcelo. "11 menentang 10 dalam situasi seperti ini, ia adalah suatu yang mustahil untuk mencatat kemenangan. "Namun, saya tidak mahu memandang rendah kemampuan Spurs kerana mereka sudah pastinya akan berjuang berhabis-habisan pada aksi suku akhir kedua nanti. "Mereka memiliki tahap keyakinan yang cukup tinggi dan beraksi di White Hart Lane bukan suatu yang mudah. "Setakat ini, kami (Real) masih belum pernah tewas sepanjang saingan Liga Juara-Juara musim ini dan kami akan cuba melakukan yang terbaik bagi mendapatkan keputusan positif apabila berkunjung ke White Hart Lane nanti," jelas Mourinho. Sementara itu, pengurus Spurs, Harry Redknapp ternyata kecewa dengan tindakan yang dilakukan Crouch kerana pemain itu diarah keluar padang terlalu awal. "Saya sangat kecewa. Itu bukan suatu yang kami (Spurs) mahukan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain terlalu awal. "Dia (Crouch) tidak sepatutnya bertindak sedemikian dan ia memang tidak boleh diterima," kata Redknapp. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan