Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Apr 2011 08:40 AM PDT SELEPAS mempamerkan aksi kurang meyakinkan pada sesi latihan bebas kelmarin, juara dunia, Sebastian Vettel menunjukkan taring sebenarnya apabila mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang semalam sekali gus meraih petak pertama pada perlumbaan sebenar, hari ini. Pemandu Red Bull itu yang sekadar menduduki tempat keempat pada sesi latihan bebas, ternyata ingin membuktikan sesuatu apabila memintas catatan masa pemandu McLaren Mercedes, Lewis Hamilton di saat akhir sesi kelayakan semalam dengan catatan masa terbaik 1 minit 34.870 saat.
"Ini adalah keputusan yang amat bagus selepas saya agak bergelut untuk mencari rentak pada sesi latihan bebas semalam (kelmarin). Segala-galanya tampak berjalan dengan lancar dan akhirnya saya dapat mencatatkan masa terbaik meskipun pada saat-saat akhir.
Sementara Ferrari dilihat masih bergelut untuk menyaingi Red Bull mahupun McLaren Mercedes apabila pemandu mereka, Fernando Alonso sekadar menduduki tempat kelima dengan catatan 1:35.802s manakala Felipe Massa ketujuh (1:36.251s).
Manakala jentera Team Lotus yang dipunyai pemilik penerbangan tambang murah AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes nyata belum dapat menandingi pasukan pertengahan apabila kedua-dua pemandu mereka, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli terpaksa berpuas hati dengan petak ke-19 dan 20 pada perlumbaan sebenar hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Hamilton tunjuk minat berhijrah Posted: 09 Apr 2011 08:37 AM PDT PELUMBA McLaren Mercedes, Lewis Hamilton (gambar) seolah-olah memberi bayangan bakal meninggalkan pasukannya itu apabila menyatakan penghijrahan ke Red Bull mungkin boleh menjadi kenyataan dan sudah tentu dia berasa gembira dapat bekerjasama dengan juara bertahan, Sebastian Vettel. Sebelum ini, Hamilton yang pernah muncul juara dunia 2008, dikatakan mahu berhijrah selepas pengurusan barunya, agensi XIX Entertainment membuat pengumuman mengenai perkara itu.
"Tidak mustahil ia boleh menjadi kenyataan. Anda pernah lihat bagaimana saya pernah bekerja bersama Fernando Alonso, kami dilihat sangat kompetitif. Sekarang ini, saya bersama Jenson Button pula. Juara dunia boleh bekerja dalam satu pasukan selagi kedua-dua pemandu mendapat layanan sama rata.
"Saya menyatakan perkara ini kerana setiap individu pastinya tidak mahu menerima kekalahan, tapi sesetengah individu mungkin boleh menerimanya," katanya.
"Apabila saya berjaya menewaskannya, Button tidak pernah merungut dengan memberi pelbagai alasan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan