Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Lotus Renault kekal momentum cemerlang

Posted:

Lotus Renault kekal momentum cemerlang

Lotus Renault kekal momentum cemerlang


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenyum menyaksikan Sebastian Vettel mengucup trofi kejuaraan GP Malaysia sambil diperhatikan Button pada majlis penyampaian hadiah di Litar Sepang semalam.


PASUKAN yang membawa imej Proton, Lotus Renault sekali lagi mengekalkan momentumnya dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) 2011 apabila pemandunya, Nick Heidfeld mencatat kemenangan podium kedua, kali ini pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang, petang semalam.

Heidfeld yang bermula di petak keenam, berjaya menonjolkan kehebatan sebenar jentera Lotus Renault dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang juara dunia, Sebastian Vettel dari Red Bull dan Jenson Button dari McLaren.

Lebih manis, ini adalah kejayaan podium kedua berturut-turut buat pasukan berimej Malaysia itu selepas seorang lagi pemandu mereka dari Rusia, Vitaly Petrov turut menaiki podium di tempat ketiga pada GP Australia dua minggu lalu.

Ketua pasukan, Eric Boullier jelas sekali gembira dengan konsistensi yang dipamerkan oleh pasukannya selepas mengumpul 30 mata dalam dua pusingan GP dan menduduki tempat keempat dalam kategori pengeluar jentera di belakang Red Bull (72), McLaren (48) dan Ferrari (36).

"Ia satu perlumbaan yang mencabar dengan banyak kali hentian pit, pelbagai perubahan dalam strategi dan sebenarnya, saya rasa semuanya tidak berjalan mengikut perancangan kami," kata Boullier semalam.

"Tetapi, pasukan ini tetap berjaya mencatat kejayaan walaupun di tempat ketiga. Itu adalah perkara paling penting bagi saya.

"Sudah pasti saya gembira untuk diri Nick (Heidfeld), tetapi saya juga berpuas hati dengan seluruh pasukan ini. Ia satu lagi ganjaran yang besar bagi kami, terutamanya setelah beberapa isu timbul pada hari pertama sesi latihan.

Apa pun saya sangat gembira," ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pemandu mereka, Petrov terpaksa menyerah kedudukannya di tempat kelima apabila masalah mekanikal jenteranya menyaksikan dia terkeluar daripada perlumbaan pada pusingan ke-49.

"Memang bagus untuk memenangi podium sekali lagi, tetapi kami juga agak terkilan kerana kehilangan satu lagi jentera (Petrov) ketika baki 10 lagi pusingan," kata Boullier.

"Tidak diragui lagi jentera kami amat kompetetif, meskipun ia masih belum cukup pantas untuk memenangi perlumbaan.

"Jadi kami perlu terus berusaha keras untuk meningkatkan prestasi jentera, tetapi kejayaan dua podium berturut-turut ini sudah pasti amat memuaskan hati kami," jelasnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United menuju kejuaraan

Posted:

United menuju kejuaraan <i>treble</i>

United menuju kejuaraan treble


BERBATOV meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama bersama Patrice Evra ketika menentang Fulham kelmarin.


MANCHESTER - Pengurus Fulham, Mark Hughes meramalkan bekas kelabnya, Manchester United bakal menjulang kejuaraan treble pada saingan musim ini.

United kini terus selesa menguasai tangga teratas Liga Perdana England selepas menewaskan Fulham 2-0 di Old Trafford malam kelmarin menerusi jaringan Dimitar Berbatov dan Antonio Valencia.

"Mereka (United) cukup berpengalaman dan jika pasukan lain mampu melakukannya, United juga boleh," kata Hughes yang pernah memenangi dua kejuaraan liga sewaktu beraksi bersama United.

United berjaya mengatasi Chelsea 1-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara manakala mereka bakal berdepan Manchester City pada separuh akhir Piala FA, Sabtu ini.

Namun pengurus United, Alex Ferguson tidak begitu memuji persembahan keseluruhan anak-anak buahnya ketika bertemu Fulham.

"Saya tak rasa kami telah melakukan tugas dengan baik. Babak pertama, pemain pertahanan kami beraksi cukup baik dan Berbatov melaksanakan tugasnya.

"Namun pada babak kedua, kami banyak mempersiakan peluang. Tapi bagi situasi ketika ini, kemenangan adalah cukup penting," kata Ferguson. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan sedia kerjasama dengan kelab Cardiff City

Posted:

Kerajaan sedia kerjasama dengan kelab Cardiff City

Kerajaan sedia kerjasama dengan kelab Cardiff City


NAJIB menendang bola masuk ke dalam gawang gol sebagai tanda melancarkan program pembangunan bola sepak 1Malaysia Cardiff City di Sungai Buloh semalam.


SUBANG - Kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan kelab bola sepak dari Wales, Cardiff City untuk menjalin kerjasama bagi membangunkan pusat pembangunan bola sepak di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan sekiranya permohonan kelab itu bersesuaian dengan kemampuan kerajaan.

"Langkah ini amat kita sanjungi kerana untuk menjamin masa depan bola sepak negara, kita memerlukan pembangunan di peringkat akar umbi yang tersusun.

"Kerjasama itu bermakna sekiranya mereka memerlukan kemudahan, kita akan meneliti permohonan itu dan jika berkemampuan kerajaan akan sediakan apa yang dikehendaki," katanya dalam sidang media selepas melancarkan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League (1MCC-JFL) di Pusat Penyelidikan Getah, Sungai Buloh dekat sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi 1MCC Datuk Chan Tien Ghee dan jurulatih bola sepak kebangsaan, K.Rajagobal.

Najib berkata, kerjasama tersebut memungkinkan hasrat membangunkan bakat bola sepak di negara ini tercapai kerana mereka bakal dibekalkan dengan aspek pembangunan yang menyeluruh termasuk pengetahuan untuk menjadi pemain yang berkualiti.

Beliau berkata, pelan pembangunan tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kelab Bola Sepak Cardiff City, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia.

"Saya mengalu-alukan langkah yang telah dimulakan oleh pengerusi 1MCC. Kerajaan akan bagi sokongan yang sebaik-baiknya supaya usaha ini mencapai tujuan ia diadakan," katanya.

Cardiff City kini milik rakyat Malaysia, merupakan kelab divisyen dua yang beraksi di Liga Perdana England(EPL).

Sebelum itu, Chan dalam ucapannya berkata, Cardiff City berharap kerajaan akan membantu menyediakan kemudahan bagi menjayakan rancangan kelab itu untuk menubuhkan sebuah pusat pembangunan bola sepak bertujuan membantu menggilap bakat-bakat muda di negara ini.

Diketuai bekas pemain bola sepak Cardiff City Kevin Cooper, pusat itu yang dirancang untuk beroperasi Jun depan akan turut menawarkan program untuk jurulatih tempatan dan ibu bapa bagaimana untuk mengurus dari segi diet dan etika di padang kepada anak-anak. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen