Kosmo Online - Sukan |
United sudah sedia akhiri badi Posted: United sudah sedia akhiri badiLONDON – Manchester United memburu kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak tahun 2002 apabila berdepan Chelsea pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok. Ketika ini, skuad bimbi- ngan Alex Ferguson itu dilihat begitu bersemangat setelah mereka makin selesa di kedudukan teratas dalam kempen Liga Perdana England, sekali gus merangkul gela- ran juara buat kali ke-19. Begitupun, Ferguson sedikit gusar apabila pasukan bimbingannya itu masih gagal untuk meraih kemenangan setiap kali beraksi di Stamford Bridge. Lebih membimbangkan, aksi terakhir di stadium itu pada saingan liga musim ini menyaksikan United tewas 1-2 kepada Chelsea dan Ferguson sendiri digantung lima perlawanan kerana mengkritik keputusan pengadil. Ferguson bagaimanapun tetap yakin pasukan itu mampu mengulangi kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara 2008 menewaskan Chelsea di Moscow menerusi penentuan sepakan penalti. "Saya rasa mereka pasti mempunyai misi tersendiri apabila bertemu kami. Tetapi saya rasa semua orang pasti dapat lihat yang keputusan lebih memihak kepada Chelsea pada empat pertemuan terakhir. "Kami berjaya menewaskan mereka pada final 2008. Kami ternyata pasukan yang lebih baik pada final itu. Begitu juga pada pertemuan bulan lalu apabila kami jelas tampil lebih baik. "Kami memiliki kualiti dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi. Cuma kami mungkin memerlukan sedikit tuah apabila berde- pan Chelsea tetapi kami sebenarnya tidak menghadapi masalah berdepan mereka," kata Ferguson. Sementara itu, Ferguson turut bersetuju dengan tanggapan umum bahawa pembelian Fernando Torres oleh Chelsea pada pertengahan musim jelas menunjukkan bahawa kelab London itu benar-benar memburu trofi Liga Juara-Juara musim ini. "Saya rasa Roman Abramovich (pemilik Chelsea) begitu inginkan trofi yang belum pernah dimiliki- nya ini. Sebab itulah mereka membeli Torres pada harga tinggi meskipun ketika saingan musim ini hanya berbaki empat bulan," jelas Ferguson. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Sentuhan Akhyar lonjak PKNSOleh WAN FAKHRUL BAKAR NAMA Mohammad Khairul Akhyar Husain mungkin kurang dikenali di kalangan peminat bola sepak tempatan. Namun, penyerang PKNS FC itu kini semakin menampilkan sentu- han penyudah yang mantap apabila sudah meledak lima gol sepan- jang lapan perlawanan Liga Premier setakat ini. Terbaru, jaringan tunggal Khairul Akhyar, 22, atau lebih mesra di- panggil 'Kia' membantu PKNS FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium MB- PJ, Kelana Jaya malam kelmarin. Menurut pemain berasal dari Kelantan itu, dia mempunyai dua misi penting yang mahu dilaksanakan tahun ini. Pertama, membantu PKNS FC layak ke Liga Super 2012 dan menempatkan dirinya dalam skuad Olimpik kebangsaan. "Sudah tentu saya cukup berasa gembira ketika ini kerana jaringan-jaringan saya membantu PK- NS mencatat tujuh kemenangan dan sekali seri sepanjang mengharungi lapan perlawanan. "Saya mahu teruskan rentak jaringan kerana itu saja cara untuk saya menarik perhatian Ong Kim Swee (jurulatih skuad Olimpik kebangsaan) mahupun K. Rajagobal (jurulatih kebangsaan). "Ini kerana pada usia 22 tahun, saya masih layak beraksi untuk skuad Olimpik dan skuad Sukan SEA. "Memang itulah harapan dan cita-cita saya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Pada pusingan pertama Kelaya- kan Olimpik 2012 menentang Pakistan, Kim Swee hanya memanggil empat pemain luar iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saa- rani, Ahmad Shakir Md. Ali dan Faizal Abu Bakar. Andai berjaya meneruskan rentak jaringan, Khairul Akhyar yang kini di tangga kedua senarai penjaring terbanyak Liga Premier di belakang penyerang Sarawak, Bobby Gonzales mungkin berpeluang dipanggil untuk aksi pusingan kedua Kelayakan Olimpik menentang Lebanon pada Jun depan. "Saya mahu pastikan PKNS FC terus mencatat kemenangan apabila turun bertemu Harimau Muda B pada Khamis ini (esok)," jelas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: T-Team benam ego KelantanOleh MUSTAPA LAKAWA NORFARHAN (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kedua T-Team ketika menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. T-Team menang 4-3. REPUTASI Kelantan selaku kuasa bola sepak Malaysia akhirnya tercalar di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. Pada aksi penuh mendebarkan itu, Kelantan yang turun selaku pendahulu Liga Super tewas 3-4 kepada pasukan berstatus kelab, T-Team. Kemenangan tuan rumah itu sekali gus turut menebus kekecewaan mereka selepas disingkirkan Kelantan pada aksi Piala FA sebelum ini. Lebih manis lagi, dua daripada tiga gol yang dijaringkan T-Team semalam disumbangkan bekas pemain Kelantan, Norfar- han Mohammad dan Indra Putra Mahyuddin. T-Team yang dibimbing Yunus Alif membuka jaringan pertama pada minit ke-21 menerusi Zairo Anuar Zailani hasil sepakan percuma. Norfarhan terus menambah derita bekas pasukannya itu dengan gol kedua pada minit ke-46. Jaringan itu hadir hasil gerakan solo pemain pertahanan, Norfarhan yang berjaya menggelecek empat pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kencang yang menerjah jaring. Bersambung babak kedua, gawang Kelantan yang dikemudi Khairul Fahmi bolos lagi, kali ini menerusi jaringan cantik Indra pada minit ke-51. Pasukan pelawat cuba merapatkan jurang gol, namun beberapa percubaan daripada Norshahrul Idlan Talaha gagal membuahkan hasil. Bagaimanapun pada minit ke-62, Kelantan berjaya merapatkan jurang gol menerusi jaringan pemain gantian, Danial Fadzly Abdullah. Dua minit kemudian, pasukan pelawat menambah gol kedua hasil percubaan jarak jauh S. Chanthuru yang berjaya menewaskan Syamsuri Mustafa. Kealpaan Kelantan memburu gol penyamaan bagaimanapun dihukum tuan rumah dengan gol keempat minit ke-79 mene- rusi Haris Safwan Kamal. Namun, Danial Fadzly terus memberi tekanan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan hasil sepakan penalti pada minit ke-86. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan