Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


BAM tentukan siapa terbaik

Posted:

BAM tentukan siapa terbaik

BAM tentukan siapa terbaik

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - "BAM bakal menentukan siapa yang akan membimbing (Datuk) Lee Chong Wei dan jangan bebankan beliau lagi dengan persoalan itu,'' tegas Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai.

Menurut Chin Chai, beliau sudah bertemu jaguh No. 1 dunia itu bagi membincangkan mengenai kedudukan jurulatihnya untuk menghadapi Sukan Olimpik London 2012, sejak Datuk Misbun Sidek menarik balik peletakan jawatannya, minggu lalu.

"Chong Wei menyerahkan sepenuhnya kepada BAM untuk menentukan siapakah yang terbaik buatnya dan sudah tentu kami akan membuat keputusan selepas mengadakan mesyuarat CTC (Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan) dalam masa terdekat.

"Saya harap semua pihak faham bahawa apa saja keputusan yang bakal dibuat nanti hanya berteraskan kepentingan negara dan mengambil kira perasaan semua pihak,'' katanya.

Sejak beberapa hari lalu, Chong Wei mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan jurulatihnya.

Beliau, mengakui selesa bekerjasama dengan Tey Seu Bock dan Rashid Sidek sepanjang tempoh tiga bulan ketiadaan Misbun dan berharap proses itu tidak diganggu.

Justeru, kepulangan Misbun ke pangkuan skuad kebangsaan mungkin lebih terarah kepada membantu pemain-pemain skuad elit lain yang terdiri daripada Tan Chun Seang, Chong Wei Feng, Liew Daren serta Chan Kwong Beng, dan andai itu berlaku bermakna pasukan tersebut mempunyai tiga jurulatih dengan lima pemain untuk dikendalikan.

Menurut Chin Chai, isu siapa akan melatih Chong Wei dan apa posisi Misbun jika kembali ke BAM bakal diketahui dalam masa terdekat kerana beliau akan mengadakan pertemuan dengan jurulatih itu dalam tempoh seminggu ini untuk memperincikan mengenai skop tugas serta terma kontrak barunya.

Katanya, hasil rundingan dengan jurulatih itu kemudian akan dibawa ke mesyuarat CTC yang memegang kuasa untuk membuat keputusan akhir.

"Semua akan terjawab pada hari mesyuarat, sekarang adalah proses untuk kami mengkaji terma yang akan dimasukkan dalam kontrak baru itu nanti,'' kata Chin Chai.

Difahamkan, kandungan kontrak baru Misbun adalah hasil perbincangan bersama di antara Chin Chai, selaku Setiausaha BAM dan Pengerusi CTC, selain Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.

Ketiga-tiga mereka mengadakan pertemuan semalam untuk mendapatkan perincian untuk dibawa kepada Misbun.

Bagaimanapun, tegas Chin Chai, ia cuma perbincangan biasa kerana pada akhirnya keputusan hanya akan dibuat oleh CTC dengan turut mengambil kira pandangan Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai pihak yang menyalurkan dana.

"Sudah tentu pandangan Datuk Zolkples Embong (Ketua Pengarah MSN) juga penting kerana MSN memberi dana kepada kita, termasuk membayar gaji jurulatih. Sebab itu, terma kontrak baru ini kena mengambil kira perasaan semua pihak sebelum persetujuan dicapai."

Sementara itu Bendahari Kehormat BAM, Datuk Lim Teong Kiat mengakui, kemasukan semula Misbun dalam pasukan kebangsaan tidak akan menjejaskan kewangan badan badminton itu kerana beliau sudah berada dalam bajet awal sebelum memutuskan untuk meletak jawatan pada 31 Disember lalu.

Bagaimanapun ujar Teong Kiat, sama ada jumlah gaji yang bakal diterima oleh jurulatih tersebut adalah sama seperti pernah dinikmati sebelum ini atau sebaliknya, ia turut bergantung kepada MSN kerana gaji jurulatih berkenaan dibayar secara bersama oleh BAM dan MSN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peminat Reds, Arsenal kena sabar

Posted:

Peminat Reds, Arsenal kena sabar

Peminat Reds, Arsenal kena sabar

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Buat peminat Liverpool dan Arsenal, diharapkan boleh bersabar, ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan status perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya dengan dua kelab gergasi Liga Perdana England itu hanya diketahui selepas 10 April ini.

Hanya perlawanan membabitkan dengan Chelsea sahaja sudah pasti dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan pada 21 Julai ini.

Demikian pengesahan yang diberikan oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad bahawa pihaknya masih belum dapat membuat sebarang pengesahan mengenai kedatangan kedua-dua kelab tersebut ke Malaysia.

''Mengikut perancangan, sepatutnya sudah ada satu sidang media pada hari ini (semalam) mengenai perlawanan persahabatan skuad Malaysia dengan Liverpool dan Chelsea sama ada jadi atau tidak.

''Namun, ekoran masih terdapat beberapa perkara yang masih perlu diteliti, selepas 10 April ini sidang media itu akan dinantikan.

''Buat masa ini hanya Chelsea sahaja dapat memberikan pengesahan akan datang ke sini, " katanya yang dihubungi, semalam.

Pada 23 Mac lalu, Azzuddin pernah membuat pengumuman bahawa Chelsea dan Liverpool akan menguji skuad Harimau Malaya pada bulan Julai depan dan Arsenal berkemungkinan turut mengikuti jejak langkah kedua-dua pasukan berkenaan.

Buat masa ini, hanya satu perlawanan persahabatan berkelas A telah diaturkan oleh FAM iaitu bertemu Hong Kong pada 3 Jun nanti.

Walaupun begitu, berdasarkan pemerhatian Utusan Malaysia, tarikh 21 Julai yang dipilih untuk berdepan Chelsea dijangka menimbulkan polemik besar kepada skuad kendalian K. Rajagobal jika Harimau Malaya dapat melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.

Ini kerana perlawanan membabitkan Malaysia atau Taiwan berdepan Singapura dijadualkan pada 23 Julai, hanya dua hari selepas bertemu Chelsea, satu kemungkinan yang kurang logik di situ.

Ia sudah pasti menimbulkan persoalan sama ada skuad kebangsaan bakal diturunkan dalam perlawanan berkenaan atau FAM mempunyai pilihan lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan