Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Empat muka baru galas cabaran negara

Posted: 03 May 2011 04:05 PM PDT

Sukan

 PEMAIN Malaysia (kanan)  cuba melepasi pemain   Pakistan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.

PEMAIN Malaysia (kanan) cuba melepasi pemain Pakistan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.

EMPAT muka baru adalah antara 18 pemain yang bakal menggalas cabaran skuad hoki negara dalam kancah Piala Sultan Azlan Shah, edisi ke-20 yang bermula di Stadium Azlan Shah, Ipoh, esok.

Mohd Firhan Ashaari, Kevinder Singh, Muhammad Azammi Adabi dan Muhammad Izzat Mohd Rahim mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Tai Beng Hai yang mengekalkan 14 pemain daripada skuad yang meraih pingat perak di Sukan Asia 2010, Guangzhou, November lalu.

Inilah barisan harapan menghadapi halangan getir daripada juara dunia, Australia, Britain, New Zealand, Korea Selatan, India dan Pakistan. Begitupun Beng Hai terpaksa mengenepikan pakar pukulan sudut penalti, Mohd Amin Rahim serta pemain muda, Azmin Rizal.

"Amin baru pulih daripada kecederaan dan saya tidak mahu memburukkan keadaan dengan menurunkannya pada kejohanan ini. Biarlah dia berehat dahulu.

"Azmin terpaksa diketepikan kerana tercedera ketika menentang New Zealand dalam perlawanan persahabatan pertama, Ahad lalu," katanya selepas menyaksikan pasukan kecundang kepada pemenang pingat emas Sukan Asia, Pakistan 4-2, petang semalam.

Apa pun pengendali berkenaan tidak mengambil serius kekalahan itu sebaliknya beranggapan masalah dalam perlawanan adalah penyerang 'bersikap malu' depan gawang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei dijangka meniti laluan mudah

Posted: 03 May 2011 04:05 PM PDT

Sukan

PEMAIN nombor satu dunia, Lee Chong Wei bakal melalui laluan mudah merangkul kejuaraan kali kelima buatnya tahun ini apabila bekas juara dunia, Taufik Hidayat dari Indonesia dan rakan senegaranya, Simon Santoso menarik diri daripada Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia.

Segar daripada kemenangan di Siri Super Terbuka India yang tamat Ahad lalu, penyertaan Chong Wei dalam kejohanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star itu sudah cukup menarik sokongan peminat biarpun tanpa kehadiran Taufik yang sebelum ini diletakkan sebagai pemain pilihan kedua serta Simon pemain pilihan kelima kejohanan.

Penarikan diri kedua-dua pemain Indonesia itu turut memudahkan Chong Wei mengumpul mata kelayakan maksimum ke Sukan Olimpik 2012 apabila kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$120,000 (RM357,000) serta kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan Olimpik. Dalam perlawanan pusingan pertama hari ini, Chong Wei dijangka tidak menghadapi masalah menewaskan Robin Gonansa dari Singapura dan mungkin bertemu pemain Jepun, Takuma Ueda dalam pusingan seterusnya pada sebelah petang.

Halangan kecil bagi Chong Wei mungkin akan tiba apabila mula memasuki pusingan separuh akhir nanti, apabila pemain berusia 29 tahun itu dijangka bertemu juara dunia, Chen Jin dari China dan mungkin bertemu rakan senegaranya, Bao Chunlai dalam pertemuan final.

Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang tewas pada separuh akhir Terbuka India, dijangka tidak menghadapi masalah merangkul kejuaraan kali ini apa lagi tanpa kehadiran beregu utama Denmark, Korea dan China.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen