Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Barca berpesta, rekod Mourinho lebur

Posted:

Barca berpesta, rekod Mourinho lebur

Barca berpesta, rekod Mourinho lebur


PEMAIN Barcelona meraikan kejayaan mereka mara ke final Liga Juara-Juara dengan melambungkan pemain pertahanan mereka, Eric Abidal ke udara.


BARCELONA - Barcelona berpesta, Real Madrid menderita.Hajat Real melangkah ke final Liga Juara-Juara sekali lagi musnah.

Rekod pengurusnya, Jose Mourinho juga tercalar selepas mencipta nama sebagai pengurus paling unik membawa tiga pasukan berbeza mara ke final.

Rekod cemerlangnya itu bermula pada tahun 2004 apabila membawa Porto muncul juara diikuti kejayaan kedua ketika membimbing Inter Milan pada 2010.

Dia turut menjadi nadi di sebalik kejayaan Chelsea melangkah ke final Liga Juara-Juara pada musim 2007-2008.

Semalam, Real ditunjuk jalan keluar oleh Barca yang menang dengan agregat 3-1 hasil kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama minggu lalu dan seri 1-1 pada aksi kedua.

Barca kini mungkin berdepan Manchester United, pertemuan yang dilihat sebagai ulangan final 2009 yang dimenangi kelab Catalan itu.

Real yang memerlukan tiga gol untuk menyekat kemaraan Barcelona, turun dengan rentak yang lebih agresif pada aksi kedua semalam namun gagal memberi ancaman kepada lawan mereka itu, malah ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Pedro pada minit ke-54 sebelum Marcelo menyamakan kedudukan 1-1 sepuluh minit kemudian, namun ia sudah terlambat buat Real.

"Satu perasaan yang unik untuk beraksi di final sekali lagi," kata Iniesta yang tidak bermain pada aksi pertama minggu lalu akibat kecederaan.

Untuk menambahkan lagi derita Real, jaringan Gonzalo Higuain pada awal babak kedua dibatalkan oleh pengadil.

Situasi tersebut telah menghangatkan lagi kontroversi yang ditimbulkan Mourinho bahawa pengadil lebih memihak kepada Barcelona.

"Saya rasa semua orang sudah boleh melihat tentang apa yang kami cuba katakan sebelum ini (mengenai jaringan Higuain)," kata pembantu jurulatih Real, Aitor Karanka yang menggantikan tempat Mourinho.

Pada pertemuan itu, Mourinho dikatakan berada di bilik hotel pasukannya dan menyaksikan perlawanan tersebut menerusi televisyen. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kita perlu realistik'

Posted:

'Kita perlu realistik'

'Kita perlu realistik'

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


BENG HAI (kiri) bersama tiga pemain skuad kebangsaan berazam melakukan yang terbaik pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang bermula di Ipoh, Perak hari ini.


JANGKAANNYA memang tinggi, namun biarlah realistik. Itu respons jurulatih skuad hoki negara, Tai Beng Hai ketika diajukan pertanyaan mengenai peluang skuad hoki Malaysia pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2011 yang bermula di Ipoh hari ini.

Dengan reputasi sebagai finalis Sukan Asia 2010 Guangzhou, harapan peminat hoki tempatan untuk melihat satu lagi pencapaian terbaik dalam arena hoki negara pastinya menggunung tinggi.

Begitupun, Beng Hai sedar jangkaan tinggi yang diletakkan ke atas mereka ini berdasarkan prestasi terbaik ketika di China tahun lepas, namun beliau turut mengharapkan peminat hoki tempatan supaya lebih realistik daripada berfantasi.

"Kita kena sedar bahawa kita memerlukan masa selama dua tahun untuk membentuk sebuah skuad yang mantap seperti di Sukan Asia 2010," kata Beng Hai.

"Namun, bagi kejohanan ini pula, kita hanya ada sebulan lebih sebagai persiapan.

"Oleh itu, jangkaan ke atas skuad ini perlulah lebih realistik kerana misi utama kita ialah layak ke Sukan Olimpik London 2012 dan PSAS 2011 ini hanyalah sebagai satu permulaan saja," jelasnya.

Pada PSAS edisi tahun lepas, skuad negara hanya menduduki tempat keempat selepas tumbang 3-5 kepada Australia pada penentuan ketiga dan keempat.

Kali ini dalam kempen di Ipoh yang akan bermula dengan menentang Britain malam ini, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) menetapkan sasaran menduduki empat tempat terbaik sekali lagi.

"Apa pun, saya menyeru agar peminat dan penyokong Malaysia nanti tidak meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap pasukan kita."

Sementara itu, bagi merancakkan lagi kejohanan edisi ke-20 ini, stesen sukan tempatan, Astro Arena (saluran 801) menjadi penyiar rasmi dan memberi liputan secara langsung dan eksklusif sepanjang saingan ini.

Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass berkata, Astro Arena akan menyiarkan semua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia serta pertemuan-pertemuan lain yang menarik.

"Ini adalah kali kedua kami menyiarkan kejohanan ini selepas edisi ke-19 tahun lalu," kata Venu.

Pemain skuad negara Penjaga gol: S. Kumar, Roslan Jamaluddin; Pertahanan: Muhd. Razie Rahim, Baljit Singh, Mohd. Madzli Ikmar, Muhd. Izzat Mohd. Rahim; Tengah: Mohd. Sukri Abd. Mutalib, Azlan Misron, Kevinder Singh, Muhd. Azammi Adabi, Mohd. Shahrun Nabil Abdullah, Muhd. Marhan Mohd. Jalil, Nabil Fiqri Mohd. Noor.

Penyerang: Mohd. Frihan Ashaari, Tg. Ahmad Tajuddin A. Jalil, Faizal Saari, Hafifihafiz Hanafi, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harimau Muda maskot Sukma 2011

Posted:

Harimau Muda maskot Sukma 2011

Harimau Muda maskot Sukma 2011


SHABERY (dua dari kiri) dan timbalannya, Datuk Razali Ibrahim mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelancaran maskot dan lagu tema Sukma 2011 di Putrajaya semalam.


PANTERA atau Harimau Muda terpilih menjadi maskot rasmi bagi Sukan Malaysia XIV (Sukma) Kuala Lumpur 2011.

Dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Menara KBS di Putrajaya, semalam, pemilihan maskot tersebut adalah untuk menyemarakkan lagi semangat atlet muda yang beraksi dari 2 hingga 12 Jun nanti.

"Sukma tahun ini merupakan Sukan Malaysia yang pertama menggunakan format penggiliran seperti yang diumumkan pada tahun lalu," katanya.

Tahun ini, seramai 3,327 atlet dan 1,238 pegawai sukan dari seluruh negara telah memberi pengesahan untuk menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung pada 2 hingga 12 Jun nanti.

"Sebanyak 19 acara yang dipertandingkan akan melibatkan beberapa tempat iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam."

Antara sukan yang bakal dipertandingkan ialah polo air, berbasikal, bina badan, bola baling, bola jaring, futsal dan bola tampar pantai.

Di samping itu, majlis pelancaran SUKMA XIV Kuala Lumpur 2011 akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Jun.

Pada majlis semalam, lagu tema yang bertajuk Lagu Sukan Malaysia yang bakal menjadi lagu rasmi pada Sukan Malaysia XIV yang dicipta dengan gabungan rentak baru dan lama turut dilancarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan