Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zakry-Fairuzizuan tinggalkan BAM

Posted:

Zakry-Fairuzizuan tinggalkan BAM

Zakry-Fairuzizuan tinggalkan BAM

KUALA LUMPUR - Kedudukan Rexy Mainaky dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak disentuh pada mesyuarat majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam, sebaliknya badan badminton kebangsaan itu tampil dengan pengumuman mengejutkan iaitu Mohd. Zakry Latif dan Mohd. Fairuzizuan Tazari akan meninggalkan skuad kebangsaan selepas 15 tahun bernaung di bawah BAM.

Pengumuman tersebut dibuat ketika proses kelayakan Sukan Olimpik 2012 sedang berlangsung, sekali gus meninggalkan BAM tanpa beregu kedua atau ketiga yang mantap dan meninggalkan tugas mencari tiket Olimpik London kini dipikul sepenuhnya pasangan utama negara, Kien Keat-Boon Heong.

Dengan mengambil kira segala sumbangan yang telah diberikan oleh Zakry dan Fairuzizuan kepada negara selama ini, BAM juga sedia melepaskan mereka tanpa sebarang syarat, malah memberi jaminan mana-mana pemain yang layak secara merit ke Olimpik akan disenarai sama ada mereka pemain kebangsaan atau bebas.

"Zakry dan Fairuzizuan menghantar surat kepada BAM pada 17 Ogos lalu untuk keluar dari pasukan kebangsaan dan menjadi pemain bebas. Dengan mengambil kira segala sumbangan yang telah diberikan mereka kepada negara selama ini, termasuk beraksi pada Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan Sukan SEA, majlis memutuskan untuk membenarkan mereka tanpa syarat,'' kata Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh selepas mempengerusikan mesyuarat di Kuala Lumpur.

Mengenai kedudukan bekas pasangan mereka sebelum ini, Hoon Thien How dan Ong Soon Hock, beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) untuk menentukan hala tuju kedua-dua pemain, dan menunggu Rexy kembali dari percutian.

Setiausaha Agung BAM yang juga Pengerusi C&T, Ng Chin Chai mengakui, tanpa Zakry dan Fairuzizuan, sasaran badan kebangsaan itu untuk melihat dua beregu melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun depan tampak sukar, namun beliau menegaskan, kedua-dua pemain itu masih boleh beraksi andai mampu menempatkan diri di luar BAM, dan perkara itu disokong oleh Nadzmi.

"Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dua isu berbeza. Pada Kejohanan Dunia, BAM boleh menentukan kriteria pemain yang kami rasakan lebih sesuai untuk membawa cabaran negara tetapi pada Sukan Olimpik, peraturan jelas, siapa yang layak, dia akan beraksi tidak kira dia pemain bebas atau kebangsaan,'' tegas Nadzmi.

Sementara itu menyentuh kedudukan Rexy dan beregu utama negara, Kien Keat-Boon Heong, Nadzmi menjelaskan, BAM tidak akan melakukan tindakan drastik pada ketika Olimpik London hanya tinggal 11 bulan untuk berlangsung.

Tegasnya, aspek yang perlu diberi tumpuan adalah mencari kepincangan dan mengenal pasti pendekatan untuk memastikan pasangan utama negara itu dapat menempatkan diri pada kedudukan empat terbaik dunia pada tarikh akhir kelayakan, April tahun depan.

"Jurulatih amat penting dan kami tidak bercadang untuk membuat tindakan drastik ketika Sukan Olimpik tinggal 11 bulan lagi, tetapi terserah kepada C&T untuk mengenal pasti tindakan seterusnya yang harus diambil, tumpuan adalah menaikkan semula beregu,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jawatan bukan milik mutlak

Posted:

Jawatan bukan milik mutlak

Jawatan bukan milik mutlak

KUALA LUMPUR - Datuk James Selvaraj bukan pemilik mutlak jawatan Pengarah Prestasi Tinggi sekalipun jika beliau menerima tawaran untuk menggalas jawatan sepenuh masa, selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan akan membuka tawaran kepada umum.

Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh menjelaskan, sebaik tempoh tugas James berakhir hujung tahun ini, jawatan itu akan diiklankan dan semua orang perlu melalui proses temuduga serta memohon secara rasmi, termasuk James.

Tegas Nadzmi, BAM hanya mahu yang jawatan tersebut disandang oleh calon terbaik kerana ia adalah tugas yang sangat penting untuk menentukan perjalanan badminton negara.

"Kami sebelum ini menawarkan James jawatan sepenuh masa tetapi beliau hanya mahu menjadi pengarah sambilan, jadi sebaik tempoh James berakhir hujung tahun ini kami akan buka tawaran kepada umum dan mencari calon yang terbaik.

"Saya tidak tahu kalau James menerima jawatan ini secara sepenuh masa tetapi sekarang sekalipun beliau mahukan jawatan itu, beliau kena membuat permohonan rasmi seperti calon-calon lain dan tiada tempat automatik,'' ujar Nadzmi.

James sebelum ini menjelaskan, kegagalan BAM memberi penjelasan mengenai skop tugasnya sebagai Pengarah Prestasi Tinggi menyebabkan beliau tidak dapat mempertimbangkan sama ada mahu menerima jawatan secara sepenuh masa, apatah lagi beliau sendiri masih terikat dengan dengan jawatan pengurus senior Bata.

Beliau bagaimanapun mengakui, sedia menerima tawaran sepenuh masa, andai BAM dapat tampil dengan terma dan syarat bersesuaian.

"Saya tidak mahu komen banyak mengenai perkara ini sebab sampai hari ini, saya tidak jelas mengenai peranan yang BAM mahu saya mainkan dalam pasukan kebangsaan. Saya bukan menolak tawaran sepenuh masa secara mentah-mentah, tetapi mahu penjelasan mereka mengenai skop tugas saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen