Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


KOM tak patut

Posted: 26 Sep 2011 10:38 AM PDT

"PELIK betul apabila atlet yang mengikut arahan mahu digugurkan sedangkan yang ingkar tidak dikenakan sebarang tindakan."

Demikian luahan kekesalan salah seorang Ahli Majlis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), S Rajasegram yang kesal dengan tindakan terbaru KOM mahu menggantikan tiga daripada lima pelari kuartet 4x100 meter wanita sedia ada iaitu Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling dengan dua pelari baru.


Keputusan itu dibuat kerana tiga pelari terbabit bersama dua lagi pelari lagi, Norjannah Hafiszah Jamaluddin dan Nurul Sarah Abdul Kadir dikatakan sudah tidak ada persefahaman lagi.

Namun apa yang mencetuskan rasa tidak puas hati Rajasegram ialah mengapa tiga pelari yang mengikut arahan dengan berlatih bersama jurulatih, Tan Kok Lim dan bukan lagi di bawah kendalian Harun Rasheed Othman seperti yang dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN), bulan lalu mahu disingkirkan.


Ketiga-tiga atlet itu menyokong keputusan itu kerana tidak mahu lagi berlatih di bawah Harun yang dianggap punca kepada segala masalah dalam kuartet 4x100m negara.


Sementara Norjannah dan Nurul Sarah pula yang ingkar arahan itu dan terus berlatih di bawah Harun tidak dikenakan sebarang tindakan sebaliknya terus dikekalkan dalam kuartet 4x100m.

"Tidakkah situasi ini sesuatu yang amat pelik? Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan tiga pelari ini mengikut keputusan yang diputuskan pada mesyuarat JKK baru-baru ini.


"Bagi saya ia keputusan yang tidak adil. Sepatutnya Nurul Sarah dan Norjannah yang sepatutnya digugurkan. Ini tidak, Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling pula menjadi mangsa.

"Presiden KOM (Datuk Seri Shahidan Kassim) yang bawa cadangan itu dalam mesyuarat JKK dan kini presiden pula yang setuju untuk gugurkan mereka bertiga," kata Rajasegram yang juga Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Johor (POAJ).


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden KOM, Karim Ibrahim dalam laporan akhbar berhubung isu pembubaran kuartet 4x100m wanita negara apabila menyatakan kuartet sedia ada tidak dibubarkan, sebaliknya tiga pelari sedia ada akan diganti dengan dua pelari baru iaitu Saidatul Husna Zulkifli dan Komala Dewi.


Alasan Karim ialah prestasi semasa kedua-dua pelari itu lebih baik berbanding Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling dalam beberapa kejohanan sebelum ini selain perkara itu sudah dibincangkan dengan Shahidan yang turut bersetuju menggantikan tiga daripada pelari pecut itu dengan pelari baru.


Justeru, Rajasegram berharap Shahidan dapat mencari jalan penyelesaian lebih baik dan tidak membuat keputusan yang dipengaruhi mana-mana pihak.

Safiq yakin atasi KL

Posted: 26 Sep 2011 10:34 AM PDT

SELEPAS diibaratkan mati hidup semula, pemain tengah Selangor, Mohd Safiq Rahim tidak mahu kebangkitan saat akhir gergasi merah itu hanya 'hangat-hangat tahi ayam'.

Baginya, pemain Selangor kembali mendapat keyakinan hasil kemenangan ke atas Polis, 4-1 Sabtu lalu untuk meneruskan kempen meraih tempat ke suku akhir Piala Malaysia sekali gus menyalakan impian misi 33 yang dicanang sejak awal lagi.


Bagaimanapun Safiq sedar, tugas itu bukan mudah kerana mereka berdepan halangan terakhir peringkat Kumpulan D, menentang lawan setempat, Kuala Lumpur yang turut memburu slot ke peringkat seterusnya di Stadium Shah Alam, hari ini.

Malah pasukan lawan yang dibimbing Razip Ismail itu berjaya mengikat mereka dengan keputusan 0-0 pada perlawanan pertama 13 September lalu.


"Semua pemain berfikiran positif untuk menang esok (hari ini) dan kami bersedia untuk bermain mati-matian. Ini peluang terakhir, kami perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin.


"Kemenangan ke atas Polis menjadi titik kebangkitan buat kami. Saya yakin kami boleh mendapat keputusan baik menentang Kuala Lumpur biarpun mereka mempunyai rekod tidak pernah kalah dalam kempen Piala Malaysia setakat ini," kata Safiq kepada Arena Metro semalam.

Sebelum mencatat kemenangan ke atas Polis, peluang Selangor sebelum itu tampak sukar selepas hanya mencatat satu kemenangan manakala seri sekali dan kalah dua kali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen