Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Irfan berang!

Posted: 01 Nov 2011 04:50 PM PDT

Sukan

PRESIDEN PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh (kiri) dan penolong pengurus, Sheikh Ahmad Tajuddin ketika mengumumkan pengunduran Irfan Bakti Abu Salim (gambar kecil) daripada melatih skuad penyu musim depan dalam sidang akhbar baru-baru ini. - Foto Baharom Bakar

PRESIDEN PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh (kiri) dan penolong pengurus, Sheikh Ahmad Tajuddin ketika mengumumkan pengunduran Irfan Bakti Abu Salim (gambar kecil) daripada melatih skuad penyu musim depan dalam sidang akhbar baru-baru ini. - Foto Baharom Bakar

IRFAN Bakti Abu Salim naik berang, semalam dengan gelagat penyokong Terengganu menggunakan laman sosial menghentam kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh gara-gara tidak menyambung kontrak ketua jurulatih itu.

"Tolong jangan cetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan antara saya dengan presiden," rayu pengendali itu yang menolak tawaran skuad Peteh, kelmarin kerana cenderung untuk membimbing Selangor, musim depan.

"Saya tidak mahu disebabkan tindakan seperti ini, hubungan saya dan pengurusan PBSNT menjadi retak." Irfan kesal kerana tindakannya tidak menyambung kontrak bersama Terengganu, musim depan dimanipulasikan penyokong fanatik pasukan Terengganu melalui laman sosial.

"Tiada perbalahan atau pun pertikaman lidah berlaku antara saya dan Che Mat atau penolong pengurus, Sheikh Ahmad Tajuddin pada perbincangan kelmarin. Saya dengan rela hati memaklumkan hasrat saya dan mereka bersetuju," katanya yang turut akur akan mengendalikan pasukan Selangor, musim depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula bertegas akan menghubungi PBSNT untuk mengetahui punca jurulatih itu menarik diri. "Saya tidak dimaklumkan mengenai keputusan terbaru itu...saya akan tanya pengurusan PBSNT."

Irfan, 60, mengakui sepanjang mengendalikan skuad penyu bermula tahun lalu, dia mendapat layanan kelas pertama kerana semua permintaannya dipenuhi, termasuk pembayaran gaji, pemberian bonus dan pelbagai kemudahan lain.
"Che Mat meminta saya menyambung kontrak untuk mengendalikan skuad penyu dua musim lagi selepas pasukan Terengganu berjaya menewaskan Selangor pada pusingan pertama, tetapi saya hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi perlawanan pusingan kedua.

"Saya dengan rela hati membuat keputusan untuk tidak bersama skuad penyu musim depan biarpun pengurusan PBSNT bersetuju menaikkan gaji dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kereta baru dan kediaman," katanya, semalam.

Dia juga berpendapat pelantikan Mat Zan Mat Aris menggantikan posisinya itu amat bersesuaian kerana jurulatih itu pernah membantu pasukan Peteh muncul juara Piala Malaysia 2001.

Dalam perkembangan lain, Che Mat mengakui walaupun sedih melepaskan Irfan selepas membantu pasukan Terengganu menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia, tetapi itu adalah kehendak dan permintaannya.

"Tiada perbalahan ataupun pertikaman lidah antara kami. Jadi kami juga berpendapat penyokong fanatik pasukan Terengganu jangan melaga-lagakan kami melalui laman sosial," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sang

pengurusan PBNT tidak pro langsung. jangan politikkan bola sepak.

hakimi kimbaq

dalam bnyk2 coach, kamu yg terbaik IB, fun dan player masih sygkan IB, plez jgn tinggalkan negeri btuah ini, harap2 MB dpt myelesaikan konflik ini secepat mungkin.

firdaus graces

biarlah tuan haji irfan bakti pergi, beliau pun mahu mencari pengalaman baru di selangor, apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada irfan bakti kerana telah membina pasukan terengganu antara pasukan yang terbaik di malaysia

Hafizam ismail

IB..jasamu ttp dknang olh pyokong peteh..peteh ganu peteh..

zakaria putih

Sebagai coach professional, bila IB tinggal satu2 pasukan selepas menaikkan nama pasukan tersebut, nama coach akan lbh naik.harga lbh mahal.mmg sedih la. tp lain kali blh dtg balik.

zamKL

suatu kerugian IB keluar dari skuad Peteh..memang berkaliber IB melatih Peteh tiada tandingan...Kami juga sayang IB ..

Muhamad Syafuan

Peteh ganu Peteh...... Wat yg terbaik tahun depan... cuba lagi... negeri sembilan terbaik....

My_Timeline

mmg pykng bola trg lame doh nk srh DCMJ resign..tiada pembaharuan dlm bolasepak trg..

syed abu bakar bin syed akhir

patah tumbuh hilang berganti..
terima kasih irfan bakti kerana menaikkan imej pasukan terengganu sehingga menjadi juara piala FA dan naib juara piala malaysia.

anda adalah jurulatih yang beribawa.
kepada penyokong terengganu,yang lepas biarlah berlalu..buka buku baru .insyaallah mat zan mat aris boleh membimbing pasukan terengganu sehingga menjadi pasukan yang digeruni lawan pada tahun depan.

starqiem slay

Kami sayang IB.. kami mahu IB jadi coach Terengganu..


Full content generated by Get Full RSS.

Indonesia main ‘taktik kotor’

Posted: 01 Nov 2011 04:46 PM PDT

Sukan

Skuad sepak takraw bingung undian belum putus

TEKA-TEKI Indonesia berhubung jadual serta undian acara sepak takraw pada Sukan SEA XXVI membingungkan skuad negara yang setakat ini masih belum memperoleh butiran muktamad mengenainya, sekali gus menyukarkan mereka membuat percaturan strategi untuk menghadapi lawan pada temasya itu nanti.

Masalah itu dikatakan berpunca daripada kekurangan jumlah penyertaan pasukan yang mana acara berpasukan yang hanya disertai empat negara - Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar - mungkin terpaksa dilangsungkan secara liga sepusingan berbanding pembahagian kepada dua kumpulan seperti kebiasaan. Namun, tatkala temasya itu bakal berlangsung dalam tempoh kira-kira seminggu saja lagi, tindakan tuan rumah yang masih belum mengeluarkan maklumat mengenai jadual dan undian dilihat sebagai strategi mereka untuk memperoleh kelebihan terutama dalam menyusun jadual pertandingan yang memihak kepada mereka.

"Difahamkan, acara sepak takraw mungkin akan dilewatkan sehari berbanding jadual asal pada 11 November dan mereka juga mungkin menukar format pertandingan dengan memulakan acara antara regu terlebih dulu, diikuti acara double dan berpasukan berbanding kebiasaan iaitu acara berpasukan, diikuti double dan antara regu.

"Saya percaya semua itu dilakukan tuan rumah untuk mencari kelebihan dalam mengatur strategi mereka, khususnya acara berpasukan yang mana mereka kini boleh menyusun jadual mengikut keutamaan yang berpihak kepada mereka," kata ketua jurulatih kebangsaan, Jamaluddin Hassan (atas), semalam.

Skuad sepak takraw negara kali terakhir meraih pingat emas Sukan SEA pada temasya di Manila 2005 dan pada temasya kali ini, Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas tanpa mengira acara.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen