Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Lupakan ganjaran

Posted: 01 Nov 2011 02:13 PM PDT

"TIDAK ada ganjaran sama ada bonus atau insentif lain daripada kerajaan negeri," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bagaikan kecewa dengan kegagalan skuad Penyu menjulang Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Ahmad yang juga peminat setia bola sepak berkata, kejayaan Terengganu menempah tiket ke final dianggap sebagai kejayaan besar dan ia sememangnya patut diberi imbuhan.


"Tetapi ia bukan daripada kerajaan negeri, terpulang pada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menguruskannya kerana mereka juga dapat habuan (kutipan jualan tiket) daripada perlawanan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis Perasmian Perarakan Bot Berhias sempena Program Sukan Rakyat Mega Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu di Pengkalan Perahu Jeram, Sungai Nerus, Kuala Terengganu, kelmarin.

Mengulas keputusan Irfan Bakti Abu Salim mengundur diri daripada menjadi jurulatih Terengganu, Ahmad akui terkejut kerana tidak menyangka keputusan itu dibuat selepas kecemerlangannya membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala Malaysia 2011.


Beliau secara jujur berpuas hati dengan khidmat diberikan Irfan Bakti berdasarkan beberapa rekod kejayaannya menjulang nama Terengganu sebagai sebuah pasukan bola sepak digeruni di negara ini. Ahmad berkata, beliau akan menghubungi PBSNT untuk mengetahui punca sebenar jurulatih itu menarik diri daripada terus mengendalikan skuad Penyu untuk bersama Selangor musim depan.


Katanya, sebelum ini, PBSNT memaklumkan akan menyambung kontrak Irfan Bakti dua musim lagi.

"Kita tidak tahu apa berlaku dan saya tidak mendapat maklumat jelas mengenai perkara itu, saya akan tanya pengurusan PBSNT nanti.


"Biarpun saya bukan jawatankuasa PBSNT, sebagai pemerhati perkembangan bola sepak negeri saya berharap Irfan Bakti menilai semula keputusan dan kekal bersama kita," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Irfan tak gentar

Posted: 01 Nov 2011 02:09 PM PDT

SELANGOR pasti memburu piala dalam saingan Liga Malaysia musim depan bagi memartabatkan semula kedudukan gergasi Lembah Klang itu agar kembali berada dalam status elit.

Apatah lagi dengan kegagalan Merah Kuning untuk menggenggam sebarang piala yang dipertandingkan musim ini walaupun membariskan sejumlah pemain tempatan yang berstatus bintang. K Devan pula disingkirkan selaku ketua jurulatih sebelum saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia tamat dengan penolongnya, P Maniam mengambil alih tugas sehingga membimbing Selangor mara ke separuh akhir.


Namun cabaran besar dalam meraih piala sedia disambut pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim (gambar) dan tidak sedikitpun menggentarkan dirinya yang sudah membuktikan kredibilitinya apabila menjadikan Terengganu sebagai sebuah pasukan yang digeruni musim ini. "Harapan Selangor sememangnya tinggi. Sebagai seorang jurulatih saya perlu menghadapinya," kata jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu yang sudah menyatakan keputusannya tidak menyambung kontrak bersama Terengganu bagi menyahut cabaran baru musim depan. Beliau membimbing skuad Penyu muncul juara Piala FA serta naib juara Liga Super dan Piala Malaysia musim ini selain membentuk pasukan yang mantap terutamanya trio berbisa yang diketuai Ashaari Shamsuddin sekali gus menjadikan Terengganu antara skuad yang digeruni dan dihormati lawan.

Situasi sebaliknya berlaku kepada Selangor musim ini apabila gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super apabila sekadar menduduki tempat ketiga serta kekecewaan dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen