Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Euro 2012: Debaran La Roja, Les Bleus

Posted: 22 Jun 2012 10:48 AM PDT

Sukan

Saingan suku akhir EURO 2012, Sepanyol menentang Perancis awal pagi esok

SEPANYOL harus mengilhamkan kemenangan dalam perlawanan kompetitif pertama ke atas Perancis dalam saingan suku akhir, awal pagi esok - tambahan boleh mengaut kesempatan untuk mara ke separuh akhir mengerti betapa lawan mereka itu kini dalam 'krisis pertelagahan'.

Pergeseran di kalangan pemain Perancis di luar padang tampak mengingatkan semula kepada tragedi 2010 apabila Les Bleus tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia di Afrika Selatan manakala juara bertahan, Sepanyol kelihatan bersatu sebagai satu unit padu menjelang perlawanan getir di Donetsk.

Kami harap faktor pengalaman akan membantu Sepanyol. Pasukan kebangsaan ini dibentuk untuk memecahkan rekod. - Fernando Torres, penyerang Sepanyol

Pemenang bakal bertemu Portugal pimpinan Cristiano Ronaldo dalam separuh akhir nanti.

Daripada enam pertemuan Sepanyol dan Perancis sebelum ini, Les Bleus menang lima, termasuk 2-1 di suku akhir Euro 2000.

Fernando Torres beranggapan ini adalah detik terbaik menamatkan rentetan kekalahan menentang Perancis.

"Kami harap faktor pengalaman akan membantu Sepanyol. Pasukan kebangsaan ini dibentuk untuk memecahkan rekod," kata Torres dalam laman web peribadinya kelmarin.
Untuk laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Euro 2012: Perancis kena ketepi rekod

Posted: 22 Jun 2012 10:40 AM PDT

Sukan

Laurent Blanc

Laurent Blanc

DONETSK: Perancis mempunyai sesuatu yang menyebabkan pasukan lain berasa iri hati – rekod tanpa kalah menentang juara dunia, Sepanyol dalam perlawanan kompetitif.

Begitupun, Perancis jelas mempunyai pemain yang lebih menyerlah ketika pertembungan terakhir kedua-dua pasukan itu pada Piala Dunia 2006 dan kali ini perlu mencari jalan bagaimana menyekat rentak penyandang juara Eropah itu daripada mengawal sepenuhnya perlawanan suku akhir, esok.

Situasi itu tampak lebih sukar dengan menilai bagaimana pertahanan Perancis dipermainkan ketika kekalahan 2-0 ke atas Sweden, pada Rabu dan jurulatih, Laurent Blanc perlu melakukan pertukaran di bahagian pertahanan tengah dengan meletakkan gandingan Laurent Koscielny dan Adil Rami dalam perlawanan itu.

Jika kami berjaya memegang bola lebih daripada Sepanyol, ia akan menjadi satu pencapaian sekalipun ia tidak menjanjikan kemenangan. Kami perlu mengambil peluang kami. - Laurent Blanc, jurulatih Perancis

"Jika kami berjaya memegang bola lebih daripada Sepanyol, ia akan menjadi satu pencapaian sekalipun ia tidak menjanjikan kemenangan. Kami perlu mengambil peluang kami," kata Blanc.

Sejarah pertemuan jelas memihak Perancis, dengan menang 3-1 pada peringkat 16 terakhir Piala Dunia enam tahun lalu.

Les Bleus juga menang 2-1 pada suku akhir Euro 2000 dan final 1984, malah Perancis turut menewaskan Sepanyol pada kempen kelayakan Euro 1992 dan seri 1-1 di peringkat Kumpulan Euro 1996, namun rekod itu pasti tidak banyak membantu.

Dengan ketiadaan Philippe Mexes yang mengalami penggantungan, pertahanan Arsenal Koscielny dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama bersama Rami yang beraksi bersama kelab Sepanyol, Valencia.
"Kami mahukannya membawa kualiti kepada pasukan," kata Blanc. "Dia perlu berkerja keras menentang Sepanyol kerana pastinya banyak bola untuk dikeluarkan daripada kawasan gol." - AP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan